Ads

Majlis Bertunang Berakhir Duka, “3 Hari Lagi Tapi Arwah Pergi Tinggalkan Saya- Nor Syaqirah

Majlis tunang berakhir duka

Majlis bertunang berakhir duka, “tiga hari lagi tapi arwah pergi tinggalkan saya – Nur Syaqirah. Majlis pertunangan yang sepatutnya memberikan kebahagiaan buat Nor Syaqirah bersama kenalan dari zaman kecil bertukar duka apabila bakal tunangnya, Mohammad Amirul Mohammad Jais, 35 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Majlis yang sepatutnya menyatukan bakal dua keluarga akhirnya bertukar menjadi kenduri tahlil kerana segala persiapan sudah dilakukan. Menurut Nor Syaqirah Mohd Sha’aroni, 27 di pihak keluarganya sudah menyediakan penyediaan makanan bagi menyambut rombongan keluarga pihak lelaki.

Majlis Bertunang Berakhir Duka

Majlis Bertunang Berakhir Duka, “3 Hari Lagi Tapi Arwah Pergi Tinggalkan Saya- Nor Syaqirah
Pasangan ini bakal disatukan tiga hari lagi namun takdir memutuskan mereka dari bersatu

Memetik laporan Sinar Harian, Nor Syaqirah  memaklumkan makanan yang sudah ditempah akan diagihkan lebih awal manakala pada malam esok akan diadakan majlis tahlil di rumah keluarga arwah.

“Memang semua persiapan sudah dibuat, tetapi kami reda dengan ketentuan ALLAH,” katanya.

Mohammad Amirul maut selepas motosikal jenis Modenas Kriss yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, pada jam 11 pagi, Rabu.

Ads
Majlis Bertunang Berakhir Duka, “3 Hari Lagi Tapi Arwah Pergi Tinggalkan Saya- Nor Syaqirah
Mohammad Amirul maut selepas motosikal jenis Modenas Kriss yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, pada jam 11 pagi, Rabu.

Nor Syaqirah berkata, dia dan arwah sudah saling mengenali sejak kecil kerana membesar dalam Persatuan Kebudayaan Dendang Anak sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius apabila arwah melamarnya pada awal tahun ini.

“Kami tidak bercinta lama, tetapi memang kenal sejak kecil. Awal tahun ini dia mengajak saya berkahwin dan kami terus membuat persiapan untuk bertunang.

“Perancangan asal kami adalah untuk berkahwin pada Julai tahun depan kerana ia bersempena bulan kelahiran kami berdua,” katanya.

Ads

Majlis Bertunang Berakhir Duka, “3 Hari Lagi Tapi Arwah Pergi Tinggalkan Saya- Nor Syaqirah

Mengulas mengenai arwah, Nor Syaqirah menyifatkan bakal tunangnya sebagai seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Ads

“Saya telah kehilangan ibu pada 2021, namun kehadiran arwah bukan sekadar sebagai pasangan, malah menjadi tempat saya bergantung seperti seorang abang dan ayah.

Anda mungkin berminat dengan

“Dia seorang yang sangat mengambil berat dan sentiasa ada untuk saya. Oleh sebab itu, kehilangan ini amat sukar diterima,” tambahnya.

Jenazah Allahyarham Mohammad Amirul dimandikan dan dikafankan di Hospital Tanjong Karang sebelum dibawa ke Masjid Sungai Serdang untuk disolatkan.

Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Serdang kira-kira jam 6.30 petang, Rabu.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

aksi wheelie

Sanggup Pertaruh Nyawa Isteri & Anak Demi Aksi “Wheelie”, Lelaki Ditahan...

Tindakan seorang lelaki melakukan aksi wheelie sambil membonceng isteri dan anak perempuan berusia empat tahun mengundang padah apabila dia ditahan polis selepas video kejadian itu tular di media sosial.