Ads

Kes Anak Hilang, Kerap Si Ayah Lalu Kawasan Itu Tapi Tak Nampak Jasadnya

Kes Anak Hilang
Kes Anak Hilang
Berita kes anak hilang hampir seminggu berakhir dengan penemuan jasad remaja di di dalam sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang – Kota Tinggi.

Kes Anak Hilang

Kes Anak Hilang, Kerap Si Ayah Lalu Kawasan Itu Tapi Tak Nampak Jasadnya

Menerusi luahan si ayah di portal Kosmo!, Kamaruzaman Bahari, dia tidak menyangka kawasan yang kerap dilaluinya berulang kali hampir seminggu mencari anaknya yang hilang rupa-rupanya menjadi lokasi penemuan jasad Muhammad Nasrulhaq. Luluh hati seorang ayah, namun reda dengan pemergian anaknya begitu.
Kalau ikutkan, selepas mendapat tahu anaknya hilang, dia yang bekerja kilang di Desa Cemerlang sanggup mengambil cuti kerja serta mengetepikan rehat demi menjejaki anaknya.
Usaha keras mencari Muhammad Nasrulhaq turut dibantu secara sukarela terdiri dari penduduk setempat serta pelbagai kumpulan luar selepas berita kehilangannya tular di Facebook.

Kerap Si Ayah Lalu Kawasan Itu Tapi Tak Nampak Jasadnya

Kes Anak Hilang, Kerap Si Ayah Lalu Kawasan Itu Tapi Tak Nampak Jasadnya

Ads

Lelaki berusia 50 tahun itu berkata, dia merasa ralat apabila mengenangkan dia dan rakan telah meredah pelbagai ceruk, malah melalui laluan yang sama berkali-kali.

Ads

​“Memang tak cukup rehat, kepala otak pula ligat memikirkan keadaan anak. Sejak dimaklumkan oleh mak mentua yang anak tidak balik ke rumah, saya terus bergegas pulang dan mulakan pencarian.

Ads

​“Dari hari Ahad sehinggalah malam sebelum ditemui, saya keluar pagi dan hanya pulang ke rumah pukul 4 subuh sebelum menyambung semula pencarian keesokan harinya.

“Boleh dikatakan kawasan laluan Kota Tinggi, Petri Jaya ini sudah menjadi seperti rumah kedua saya hari-hari saya lalu,” katanya lagi.

Berakhir Dengan Khabar Duka

Kes Anak Hilang, Kerap Si Ayah Lalu Kawasan Itu Tapi Tak Nampak Jasadnya

Anda mungkin berminat dengan

Bagaimanapun, usaha tersebut berakhir dengan khabar duka apabila jasad anaknya akhirnya ditemui di kawasan yang sering dilaluinya itu.
Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15, kali terakhir dilihat meninggalkan rumah kira-kira pukul 11 malam, Sabtu lalu dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah hitam dengan nombor pendaftaran JVR 4139.
Kes Anak Hilang, Kerap Si Ayah Lalu Kawasan Itu Tapi Tak Nampak Jasadnya
Berita itu menghancurkan harapan sebuah keluarga yang selama enam hari tidak pernah berhenti berdoa. Kali terakhir dia dapat dihubungi adalah menerusi panggilan video pada pukul 4.26 pagi, Ahad lalu.
Rakan perempuannya sempat merakam detik tersebut di mana telefon bimbit Nasrulhaq kelihatan seperti terjatuh.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Nasrulhaq. Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan, menerima segala amal kebaikan arwah, mengampunkan segala dosanya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

sarapan percuma Selangor

120,000 Pelajar Terima Sarapan Percuma Selangor Mulai Ogos, Ini Manfaatnya

Program sarapan percuma Selangor bermula Ogos ini bakal memberi manfaat kepada 120,000 pelajar di 965 sekolah bagi membantu meringankan beban keluarga dan memastikan murid mendapat pemakanan sebelum sesi pembelajaran.