Teruja membaca kisah seorang wanita jual menu masakan sendiri, sebulan boleh dapat sampai RM4,000 untung bersih jual makanan dekat vending machine MRT Ampang Park menerusi program IPR INSAN.
Luar biasa, yang penting wanita kena rajin dan berusaha untuk teruskan mencari rezeki. Macam Kak Nab, ‘masyuk’!
Wanita Jual Menu Masakan Rumah Dalam Mesin Layan Diri
Kisah wanita bernama Zainab Dali atau lebih dikenali – Kak Nab ini layak dijadikan inspirasi, setahun dia boleh dapat dalam RM38,000 dengan menjual makanan masakan rumah (home-cooked meal) dalam sebuah mesin layan diri di MRT Ampang Park.
Apa yang menarik, Kak Zainab turut terima tempahan makanan. Kalau ada order, adalah duit lebih. Kalau tak ada, boleh bergantung dengan vending machine IPR INSAN.
Ads
Tidak mudah juga, sebab Kak Zainab ada kekangan menjaga dua insan OKU yang istimewa.
Jana Pendapatan RM4, 000 Sebulan
Ads
Sebenarnya, dia dulu chef. Katanya Spaghetti Aglio Olio yang paling laku! Kemudian dalam mesin layan diri itu pula, ada minuman dan sandwich, serta pelbagai menu sarapan on-the-go seperti macaroni goreng, nasi goreng ayam, nasi goreng kampung dan bihun soto.
Ads
Kongsinya lagi, dia akan menyediakan sebanyak tiga hingga empat menu setiap hari sebelum dihantar ke mesin yang terletak di MRT Ampang Park.
Sudah berumur pun sanggup buat, kasihan nasib warga emas diragut di hadapan sebuah rumah di Bandar Baru Permas Jaya, Masai.
Kalau merujuk pada gambar dan video yang tular, wanita umur 73 tahun itu sampai tergolek jatuh. Sampai hati sungguh, ramai yang simpati dengan keadaan mak cik itu.
Jadi sekarang polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian ragut yang berlaku kira-kira jam 5.26 petang.
Menurut perkongsian portal yang dipercayai, mangsa merupakan seorang suri rumah tempatan berusia 73 tahun.
Siasatan awal mendapati dua suspek menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna putih dengan nombor pendaftaran yang tidak dapat dipastikan telah menghampiri mangsa sebelum pembonceng bertindak meragut rantai leher yang dipakai mangsa.
Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan pada siku tangan kiri serta bengkak di bahagian kepala. Polis turut mengesahkan menerima satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan atau cuba melakukan rompakan.
Apa yang menyedihkan, sehingga kini kedua-dua suspek masih bebas dan usaha mengesan serta menahan mereka sedang giat dijalankan.
Jika oang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian, boleh hubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 bagi membantu siasatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
KL Fashion Week 2026 kembali menghangatkan industri fesyen tempatan menerusi edisi ke-14 yang bakal berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos 2026 di Esplanade, Taman KLCC.
Bertemakan “Destinasi: Tanah Air”, acara tahunan ini bukan sekadar mengetengahkan rekaan fesyen terkini, malah menjadi platform meraikan identiti Malaysia menerusi kreativiti lebih 50 pereka dan jenama tempatan.
Dengan sokongan Suria KLCC, KLCC (Holdings) Sdn. Bhd. serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), KL Fashion Week 2026 dijangka menjadi antara acara fesyen terbesar negara yang menghubungkan industri kreatif, budaya dan ekonomi dalam satu platform bertaraf antarabangsa.
Tema “Destinasi: Tanah Air” dipilih bagi mengangkat keunikan budaya Malaysia menerusi rekaan fesyen moden yang diinspirasikan daripada warisan tempatan.
Ruang pertunjukan KL Fashion Week 2026 turut diberikan nafas baharu dengan inspirasi motif arkib batik Yayasan Sabah. Pentas peragaan serba putih yang berbentuk jam pasir bersama susun atur tempat duduk lebih organik dijangka memberikan pengalaman lebih imersif kepada tetamu dan pencinta fesyen.
Malah, panel skrin LED bersaiz besar akan dipasang bagi membolehkan pengunjung Suria KLCC mengikuti setiap pertunjukan fesyen secara langsung walaupun berada di luar ruang utama acara.
Antara tarikan utama KL Fashion Week 2026 ialah penyertaan lebih 50 pereka dan jenama tempatan yang bakal mempersembahkan koleksi masing-masing sepanjang tujuh hari acara berlangsung.
Tahun ini menyaksikan kemunculan beberapa label baharu seperti PLAZÄ, NanaLyana, Asyraf Arrif, inisaya by Jeffery Goh, 99%ANGEL, CDH dan EMRI.
Turut mencuri perhatian ialah penampilan Sharifah Kirana serta ManChien yang memperkenalkan label baharunya, Super Structure.
Tidak ketinggalan, dua nama besar industri fesyen Malaysia iaitu Rizman Ruzaini dan Fiziwoo kembali dengan persembahan istimewa. Rizman Ruzaini bakal mengadakan dua pertunjukan berturut-turut, manakala Fiziwoo menampilkan barisan pakaian lelaki di bawah label Woo Brothers.
Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan warisan tempatan, KPDN sekali lagi memperkenalkan segmen Fashion Forward Batik Malaysia.
Segmen khas ini menampilkan 30 rekaan eksklusif daripada 10 pereka fesyen tempatan menggunakan batik asli dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Usaha tersebut membuktikan tekstil warisan negara mampu diterjemahkan dalam sentuhan moden tanpa menghilangkan nilai tradisi, sekali gus berpotensi menembusi pasaran premium antarabangsa.
Menurut Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan, KL Fashion Week 2026 bukan hanya siri pertunjukan fesyen, sebaliknya sebuah pengalaman komuniti yang menghimpunkan pencinta fesyen, pereka, penggiat industri dan masyarakat umum.
Beliau berkata tema “Destinasi: Tanah Air” membawa fesyen Malaysia kembali kepada akar budayanya sambil membuka ruang kepada perkembangan industri ke tahap lebih tinggi.
Penganjuran kali ini juga memberi penekanan kepada pengalaman pengunjung melalui pelbagai aktiviti interaktif di Suria KLCC termasuk pop-up jenama tempatan, pameran seni visual, penggayaan pelajar fesyen dan ruang khas JOM Malaysia anjuran KPDN.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerjasama dengan KL Fashion Week 2026 merupakan sebahagian daripada agenda memperkasa produk tempatan menerusi kempen JOM MALAYSIA.
Menurut beliau, acara ini menjadi platform penting memperkenalkan jenama Malaysia kepada pemain industri, pelancong dan media antarabangsa, sekali gus memperluaskan peluang pasaran untuk usahawan tempatan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Francis Tan menyifatkan penganjuran tahun ini sebagai peluang terbaik mengangkat kreativiti tempatan dan menjadikan KLCC sebagai destinasi utama yang menggabungkan budaya, gaya hidup dan kecemerlangan fesyen Malaysia.
Dengan barisan pereka terkenal, koleksi eksklusif, ruang pameran interaktif dan sokongan pelbagai pihak, KL Fashion Week 2026 dijangka terus mengukuhkan kedudukannya sebagai acara fesyen paling berprestij di Malaysia.
Lebih daripada sekadar pentas memperagakan pakaian, acara ini menjadi simbol kebangkitan industri fesyen tempatan yang semakin diyakini di peringkat antarabangsa serta membuka peluang kepada bakat baharu untuk terus menyerlah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tular video seorang isteri kanser tahap akhir yang mencuit emosi apabila suaminya ada di saat akhir memberikan kata-kata yang menenangkan.
Tak terluah dengan kata-kata namun jelas menggambarkan kasih sayangnya pada orang rumah yang sedang bertarung nyawa dengan alat bantuan pernafasan.
Video itu memaparkan seorang suami sedang menemani isterinya yang dipercayai sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat kanser tahap akhir.
Si isteri kelihatan sangat lemah di atas katil hospital. Manakala si suami pula tidak berganjak walau seinci.
Dia menggenggam tangan isterinya, memandang wajah wanita yang dicintainya itu sambil perlahan-lahan membimbingnya supaya terus mengingati Allah SWT.
Tidak putus-putus dia berpesan supaya isterinya berzikir dan menyebut nama Allah.
Apa yang paling menyentuh hati ialah apabila si suami sempat memohon agar isterinya menghalalkan makan minumnya sepanjang mereka hidup bersama sebagai suami isteri.
Diucapkan dengan nada tenang, tetapi mungkin sebenarnya menyimpan seribu kepedihan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Bayangkan, di saat kebanyakan orang tidak sanggup menerima hakikat orang yang disayangi bakal pergi, lelaki ini memilih untuk menyempurnakan tanggungjawab terakhirnya sebagai seorang suami.
“Di saat orang yang paling kita sayang sedang dijemput pulang, jangan biarkan dia pergi tanpa diingatkan kepada Allah. Bimbinglah dengan kalimah tauhid, mohon saling memaafkan, halalkan makan minum, dan redhakan pemergiannya.
“Ramai yang takut untuk melakukannya kerana terlalu sayang. Sedangkan itulah antara tugas terakhir kita kepada insan yang paling kita cintai,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen sebak sebaik sahaja menonton video tersebut.
Rezekinya, ramai yang menitipkan doa agar Allah SWT mengurniakan husnul khatimah kepada si isteri serta memberikan kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Menerusi perkongsian media sosial miliknya, kelihatan anak perempuanya juga sesekali menangis merindui ibunya yang telah pergi meninggalkannya. Semoga si kecil itu membesar jadi anak solehah dan bijak pandai.
Status hubungan pelakon, Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan kembali menjadi perhatian apabila mereka tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.