Ads

Dua Beradik Pernah Viral Tahun Lalu Dipukul Ayah Kerana Mahu Bersekolah, Terkini Terima Nasib Malang Dihalau Waris Penjaga

Dua beradik pernah viral tahun lalu dipukul ayah kerana mahu bersekolah, terkini terima nasib malang dihalau waris penjaga.

Kisah dua beradik kematian ibu ini pernah menjadi tumpuan ramai tahun lalu apabila dipukul bapa kandung sendiri hanya kerana mereka  mahu bersekolah namun bapa kandung mahu anak-anak kecil ini bekerja.

Dua Beradik Pernah Viral Tahun Lalu Dipukul Ayah Kerana Mahu Bersekolah, Terkini Terima Nasib Malang Dihalau Waris Penjaga
Sepulangnya dari sekolah, kain baju dua beradik ini sudah dilempar keluar dari rumah

Dua Beradik Pernah Viral Tahun Lalu Dipukul Ayah Kerana Mahu Bersekolah

Dua Beradik Pernah Viral Tahun Lalu Dipukul Ayah Kerana Mahu Bersekolah, Terkini Terima Nasib Malang Dihalau Waris Penjaga
Keduanya tiada tempat berteduh selepas dihalau keluar dari rumah waris penjaga

Terkini selepas diselamatkan dari jagaan bapa kandung (bapa kini didakwa), dua beradik ini diserahkan kepada waris penjaga namun penderitaan dua beradik ini tidak terhenti begitu sahaja kerana mereka menerima ujian sebaik pulang dari sekolah.

Jika anak-anak sebaya disambut dengan senyuman ibu bapa dan hidangan nasi tetapi dua beradik ini disambut dengan kejutan apabila pakaian mereka dicampak keluar rumah oleh waris yang menjaga mereka.

Hal menyedihkan ini dikongsikan oleh pemilik Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal, Herman Sudil yang pernah membantu menyelamatkan dua beradik ini ketika dipukul ayah sendiri sebelum hak penjagaan kanak-kanak  ini diberikan kepada waris penjaga atas keputusan pihak berkuasa.

“Baju kena campak luar rumah. Baru balik sekolah dah kena halau. Dua beradik ini pernah dimasukkan ke hospital tahun lepas hampir dua minggu. Bukan sebab kemalangan. Tapi kerana dipukul oleh ayah sendiri.

Ads

Dirinya menjelaskan, nasib dua beradik itu sentiasa dirundung malang, ditendang seperti bola selepas kematian ibu yang melahirkan mereka.

“Selepas ibu bapa bercerai, mereka tinggal bersama ibu yang kemudiannya berkahwin lain. Malangnya hayat ibu tak lama dan dua beradik ini dijaga oleh bapa tiri pula. Selepas bapa tiri berkahwin lain, dua beradik ini diserahkan kepada datuk dan nenek yang telah uzur.

Dua Beradik Pernah Viral Tahun Lalu Dipukul Ayah Kerana Mahu Bersekolah, Terkini Terima Nasib Malang Dihalau Waris Penjaga
Tahun lalu mereka dipukul ayah sendiri sendiri hingga dua minggu menerima rawatan di hospital

“Bila atuk nenek sudah uzurr dan tiada pendapatan tetap, nasib dua beradik ini sering berubah. Dijaga dari satu waris ke satu waris sebelum diserahkan kembali kepada bapa kandung.

“Tapi malangnya dipukul hingga teruk sehingga terlantar dua minggu di hospital kerana mereka mahu bersekolah tapi ayah suruh bekerja untuk mencari duit. Keduanya kemudiannya diselamatkan pihak berkuasa sebelum ditempatkan sementara di rumah kebajikan diusahakannya.

Ads

Tambah Herman lagi, masa berlalu seketika dan pihak berkuasa kemudian  berrjaya menemui waris yang bersetuju menjaga dua beradik ini.

“Saya sangkakan nasib dua beradik ini bertambah baik kerana mereka suka  bersekolah tetapi rupanya  melalui episod lebih hitam kerana balik saja dari sekolah, segala kain baju milik anak-anak yatim ini sudah dicampak di hadapan rumah.

“Mereka kutip semua kain baju yang dicampak dan keluar dari rumah waris penjaga  sebelum menelefon saya kerana buntu tidak tahu mahu bermalam di mana. Dengan cuaca yang panas terik, anak-anak ini pun tak tahu nak tuju ke mana.

Ads

“Bila mereka maklumkan dihalau dari rumah, Rumah Amal TBQ terus  belikan tiket bas dan dua beradik ini menaikinya sendirian. Jam 3 pagi mereka sampai di Terminal Bas Larkin dan ada  warden menyambut mereka yang sudah dianggap  seperti  anak sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Dua Beradik Pernah Viral Tahun Lalu Dipukul Ayah Kerana Mahu Bersekolah, Terkini Terima Nasib Malang Dihalau Waris Penjaga
Kanak-kanak ini sampai ke Larkin pada jam 3 pagi sebelum dijemput oleh warden Rumah Amal TBQ

“Mereka hanya mahukan satu tempat selamat untuk berlindung dan mahu terus bersekolah kerana mereka sukakan sekolah.

Dua Beradik Pernah Viral Tahun Lalu Dipukul Ayah Kerana Mahu Bersekolah, Terkini Terima Nasib Malang Dihalau Waris Penjaga
Selepas dihalau waris penjaga, di pondok panas inilah dua beradik menumpang teduh sebelum menelefon Rumah Amal TBQ

“Bayangkan dari kecil diuji begini, dapat pula ayah yang memukul dan suruh kerja. Diserahkan pada waris, macam-macam dilalui dua beradik ini,”katanya yang kini menjaga lebih 50 anak-anak yatim.

Perkongsian terbaru Herman Sudil itu sekali lagi mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa sedih melihat nasib dua beradik berkenaan yang seolah-olah terus ‘dibuang’ dari satu tempat ke satu tempat lain sejak kecil.

Ramai juga berharap agar kehidupan mereka selepas ini lebih terbela dan tidak lagi melalui episod hitam seperti sebelum ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Bayi 5 Bulan Lecur Teruk Insiden Periuk Nasi Terbalik, Ibu Menangis...

Bayi 5 Bulan Melecur Hampir Keseluruhan Badan