Tragedi hantar tiga anak ke sekolah, ibu parah & anak kecil meninggal. Tular dua beradik teresak saksi ibu terbaring. Perjalanan seorang ibu menghantar tiga anak kecil ke sekolah menaiki motosikal berakhir tragedi apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Soon Ban Kheng, Bukit Mertajam.
Tragedi Hantar Tiga Anak Ke Sekolah
Tragedi hantar anak ke sekolah. Tular gambar dua beradik teresak saksi ibu terbaring parah sementara adik meninggal dunia.
Dalam kejadian menyayat hati ini, dikatakan berlaku pada jam 6.40 pagi, ibu yang membawa tiga anak dengan motosikal ini dikatakan terlibat kemalangan di mana seorang dari anak kecilnya Ariz Zafran, 3 tahun meninggal di tempat kemalangan sementara dirinya cedera parah. Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, dua beradik yang terselamat berdiri di tepi jalan menyaksikan si adik sudah terbaring kaku dan ibu dalam keadaan cedera parah.
Dari page FB Penang Kini, dikongsikan sedikit info berkaitan empat yang kemalangan ini.
Ads
“Kemalangan menyayat hati awal pagi ni di Jalan Soon Ban Kheng, Bukit Mertajam. Seorang ibu menunggang motosikal membawa 3 anak untuk ke sekolah pagi tadi. Anak umur 3 tahunmeninggal dunia di tempat kejadian dan 2 lagi selamat (Allah lindung).
Ads
Ariz Zafran dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian dalam tragedi ini
“Sayu hati tengok foto depa dua berdiri depan mayat adik dan ibu yang cedera parah. Keadaan ibu mereka sangat kritikal d hantar ke Hospital Besar Penang. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan doakan ibu mereka selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Minggu ini media tular dengan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan seorang penjawat awam berusia 39 tahun. Sedih, habis cedera badan dan lebam pada muka yang dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan kandungannya yang berusia 12 minggu keguguran. Langsung tidak berperikemanusiaan!
Tetapi apa yang menjadi persoalan orang ramai, kenapa ada wanita kahwin dengan lelaki ini walaupun susuk tubuh badan ini viral memukul orang? Jawapannya mudah, jemput baca perkongsian daripada Puan Auni Ameera ini sejenak…
1. Kita tak tahu pun sikap, keperibadian dan characteristics mangsa untuk kita judge atau final verdict kenapa dia pilih lelaki ini.
2. Kita tidak tahu mangsa, kita tak kenal untuk kita terus buat conclusion. Kita tak tahu background family .
3. Kita tak faham dan kita tak study tahap mental dan cognitive mangsa, kita bukan circle dia dan kita tak tau dia buat penilaian macam mana. Hatta PhD dan businesswoman pun boleh terjerat dengan love scam.
4. Selalunya lelaki macam ini memang akan cuba ramai, dia tahu dia punya “dating pool”, dia ada criteria mangsa yang mana dia boleh makan, mana dia boleh try. Lelaki macam ini tahu apa yang dia buru.
5. Dia tidak akan berhenti mencuba sampai dia jumpa seorang wanita yang dia boleh manipulasi .
6. Dia perlukan mangsa untuk kehidupan dia, sama macam kau orang perlukan pekerjaan untuk terus hidup, kalau application kita untuk bekerja kena reject, adakah kita akan berhenti cuba untuk mencari kerja? Ini umpama jantan ni punya MO, kalau sorang perempuan tidak lekat, dia akan terus cari lain lagi.
7. Jadi ini bukan isu “kenapa mangsa terima”, tapi lebih kepada “si jantan ni tak akan berhenti cari mangsa”.
8. Ada 4 juta wanita bujang di Malaysia masih belum berkahwin. Dalam dia punya predatory point of view:
“Ramainya mangsa aku!”
“Ramainya aku boleh try!”
9. Dia bukan dapat “lucky strike”, kenal sorang terus dapat. Dia ini adalah Predator, dan Predator tidak akan berhenti cari mangsa sampai dia kenyang, kemudian beralih pada mangsa lain. Mungkin sudah 100 orang dia try dan dia cuma dapat 4.
Kalau 1,000 orang dia cuba, dan dia cuma dapat 1, dengan 1 orang ini pun sudah cukup untuk motivate dia cari mangsa baru.
10. Orang macam ini selalunya nampak charming dan convincing pada mangsa. Dia faham ada ramai wanita di sana perlukan kasih sayang suami, dia manipulasi sikap-sikap lembut dalam hati wanita dengan kata-kata manis. Dia boleh sense wanita-wanita yang dah ready untuk berumah tangga. Dia ambil kesempatan atas kelembutan, dia ambil kesempatan keatas wanita yang tengah mabuk bercinta. Pertama dia akan jadi musang berbulu ayam dulu.
11. Dia akan tujuk efforts dan kesungguhan dia sampai mangsa terpedaya. Dia akan skip mana yang tak layan dia dan akan fokus pada yang melayan dia.
12. Nampak dari cara percakapan, bahasa tubuh, dia ini memang Predator, bukan cari bini suka-suka tapi cari bini atas niat tertentu.
13. Gaya dia juga tidak menunjukkan yang dia rasa bersalah atas apa dia buat, tidak rasa kesian pada bekas isteri yang cacat kekal terlantar dan pada anak sendiri.
14. Perangai dia memang tanpa remorse, no regrets. Tiada second thought. Tiada penyesalan. Apa yang dia cuba buat selama ini ialah impose narrative yang dia tak bersalah, dia orang baik dan dia suami yang baik supaya dia dapat berlepas diri .
15. Bukan sahaja mata, tapi air muka dia pun kosong .
16. Tengok dari kecederaan mangsa-mangsanya, dia memang jenis bantai perempuan macam binatang, pijak tendang tumbuk semua tanpa belas kasihan dan ignore semua rayuan.
17. Dalam TV, media nampak baik, tapi di closed door isteri dan anak-anak sampai menggigil ketakutan. Keluarga jantan ini pula kita tak tahu macam mana.
18. Kes terbaru ini dia dah terjerat dengan perbuatan sendiri. Semoga narsistic remorseless Predator ini kena seumur hidup atau 302.
Pesanan buat wanita, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki dan hafal nama lelaki ini untuk masa depan. Semoga wanita-wanita yang pernah menjadi mangsa diangkat darjatnya dan lelaki dayus ini dibalas setimpal dengan perbuatannya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah Mya Khadeeja, kanak-kanak perempuan autistik yang dilaporkan hilang ditemukan terapung di kolam takungan banjir di PPR Taman Nagasari petang semalam cukup mencuit emosi si ibu.
Bagi emak yang turut mempunyai anak istimewa seperti ini, pasti akan memahami dengan situasi si ibu arwah adik Mya. Bukan senang untuk terima apa yang berlaku, sekelip mata ‘pergi’.
Berkongsi tentang perubahan Mya Khadeeja, si ayah perasan sikap anaknya itu suka menangis dan tantrum.
Ceritanya, “Mya kerap menangis dan tantrum sejak seminggu lalu, tidak seperti sebelum ini. Mungkin ini petanda anak saya itu akan pergi selama-lamanya.”
Demikian kata Suraidi Shaari, 50, bapa kepada kanak-kanak autistik, Mya Khadeeja, 6, yang ditemukan lemas di dalam kolam takungan banjir petang semalam.
Menurutnya, perubahan anaknya itu turut disedari oleh isteri, Nurul Hidayah Othman, 43, namun menganggap ini kebiasaan kerana menghidap autisme.
“Kira-kira seminggu sebelum kejadian arwah sering tantrum dan menangis siang malam tidak seperti sebelum ini cuma pada situasi tertentu sahaja dia jadi macam itu.
“Walaupun menghidap autisme, arwah tidak menyusahkan sesiapapun termasuk kakak dan abangnya kerana lebih gemar bermain sendirian, ” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Kata Suraidi yang bekerja sendiri, anak bongsunya itu disyaki keluar dari rumah setelah pintu pagar dibuka oleh anak lelaki berusia 10 tahun yang juga seorang autistik.
“Saya rasa arwah keluar setelah ternampak orang berjalan di luar dan mengikut mereka kerana dia tidak berani untuk keluar sendirian.
“Apabila menyedari kehilangannya saya berusaha mencari di sekitar taman perumahan ini sehingga pukul 12.30 tengah hari sebelum membuat laporan polis. Kemudian saya teruskan pencarian sehingga dia ditemui oleh penduduk di situ pada pukul 4.10 petang,” jelasnya.
Tambahnya, dia sekeluarga masih bersedih, namun reda dengan pemergian Mya.
“Arwah anak syurga yang meninggal dunia hari Jumaat dan lemas. Insya-Allah satu pengakhiran yang baik untuk anak saya ini,” katanya yang turut mempunyai anak berusia 20, 19 dan 10 tahun.
Jenazah Mya Khadeeja dikebumikan di Kampung Pantai Halban di sini pada pukul 11.30 malam tadi setelah urusan bedah siasat selesai.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Rahim berkata, bedah siasat ke atas jenazah mendapati kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat lemas.
Dengan rasa sebak, isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh sehingga melambung ke atas sebuah kereta, mahu memfail saman sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh yang didakwa membunuh suaminya, Ahad lalu.
Peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, jumlah sebenar dalam kes saman sivil ini belum dimuktamadkan kerana terdapat pengiraan yang perlu dibuat berdasarkan beberapa faktor.
“Di sisi undang-undang, kita tak boleh tuntut pampasan berdasarkan emosi kerana ada pengiraan yang akan diambil kira antaranya gaji dan tanggungan keluarga mangsa.
“Saya akan berbincang dengan anak guam, tetapi jumlah itu perlu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang serta ketetapan kes-kes terdahulu,” katanya.
Semasa prosiding, Saktygaanapathy mengangguk tanda faham selepas didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.
Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis Benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan, di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Mengulas lanjut, Mohd Faizi yang hadir selaku peguam pemerhati berkata, mahkamah memberikan kebenaran kepada mereka untuk turut serta dalam prosiding terbabit.
Katanya, kebenaran itu sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan fakta yang sahih daripada mahkamah, sebelum saman dan tindakan susulan daripada pihak insurans dapat dibuat.
Beliau berkata, tertuduh dalam kes ini tidak diwakili peguam dan berkemungkinan ahli keluarga mahupun pihak mahkamah akan melantik wakil tersebut menjelang sebutan kes akan datang.