Masakan Thai terkenal dengan rasa masam, pedas, masin dan manis yang seimbang. Bahkan, penyediaannya juga banyak menggunakan sayur-sayuran yang membuatkan hidangan itu lebih menyihatkan. Misalnya tomyam, miang kham, aneka kerabu dan sebagainya.

Mingguan Wanita Talkshow telah mengupas isu berkenaan dengan Sensasi Makanan Thai untuk episod kali ini. Antara tetamu jemputan ialah Puan Marinee Abdullah, ibu kepada pelakon Mawar Rashid yang sememangnya berasal dari negara Thai. Puan Marinee telah sudi berkongsi dua resipi asli Thai iaitu tomyam putih dan Miang Platoo yang sangat mudah disediakan dan menyihatkan.

Jom Cuba Resipi Masakan Asli Thai, Tomyam Putih Dan Miang Platoo
Tomyam Putih

Bahan-bahan:
Sedikit sotong – celur
Daging ayam – celur
Sedikit Udang – celur
Cendawan
Serai
Lengkuas
Daun limau purut
Bawang besar
Daun selasih
Daun ketumbar
Cili padi
Tomato
Limau nipis – ambil airnya
Sedikit garam
Sedikit gula merah
Sedikit pati ayam
Air putih

Cara Membuat:
1. Masukkan air ke dalam periuk, diikuti serai dan hirisan lengkuas.
2. Masukkan isi ayam, sedikit pati ayam dan gula merah. Kacau.
3. Bila menggelegak, masukkan hirisan bawang besar, daun selasih, daun ketumbar dan cendawan.
4. Masukkan hirisan tomato, daun limau purut, cili padi dan akhir sekali masukkan udang dan sotong. Jangan masak terlalu lama kerana tekstur seafood akan bertukar menjadi keras.
5. Akhir sekali, masukkan air perahan limah nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Siap dan sedia dinikmati bersama nasi putih.

Jom Cuba Resipi Masakan Asli Thai, Tomyam Putih Dan Miang Platoo
.

Miang Platoo (Isi ikan kembung dibalut daun salad)

Bahan-bahan:
Daun salad – cuci bersih
Bihun Thai – Celur
Ikan kembung – rebus dan goreng sedikit
Daun ketumbar

Bahan sos:
Bawang putih
Halia
Cili padi
Cili hijau
Daun ketumbar
Akar daun ketumbar
Gula merah
sos Thai
Air asam limau nipis

Cara Membuat:
1. Ikan kembung dibuang tulang dan dicarik-carik isinya sedikit tapi jangan hancur. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan untuk sos dan kisar halus. Ketepikan.
3. Untuk menyediakannya, ambil sehelai daun salad, letakkan sedikit bihun Thai di dalamnya.
3. Letakkan sedikit isi ikan dan sedikit daun ketumbar segar.
4. Tuang sedikit sos di atasnya dan bungkus. Sedia untuk dimakan.

Memang menarik topik hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8 malam ini. Siti Elizad dan Radin Amir akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriahkan perbincangan di studio MW.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI