Wanita jual daun kering di Tik Tok, siapa sangka “sampah” pun boleh jadi duit. Dalam dunia yang semakin laju dengan teknologi dan persaingan bisnes, di saat ramai bergelut cara menambah pendapatan melalui bisnes, siapa sangka bahawa rezeki boleh datang dari sesuatu yang langsung tak disangka-sangka langsung iaitu daun kering.
Ya, daun kering. Benda yang biasa kita sapu, buang atau pijak begitu saja. Tapi daun kering ini tertulis rezeki buatnya. Daun-daun yang gugur dari pokok yang ramai memandang sebagai sampai tapi daun juga boleh dijual sebenarnya. Jangan kata kita kesunyian sebab membeli sampah yang bersepah itu tapi apabila kun fa ya kun, maka sampah juga boleh jadi sumber rezeki.
Wanita Jual Daun Kering Di Tik Tok
Kisahnya bermula dengan sekadar berkongsi gambar daun kering di Tik Tok yang kebetulan tengah viral orang menjual angin pantai. Hal yang juga tak terfikir di akal kita. Adakah orang membeli? Dan ia memberikan satu idea untuk menjual daun-daun kering di Tik Tok.
Jika kita bertanya, ada ke orang nak beli? Kesunyiankah kita sampaikan sampah pun mahu dibeli. Jawapannya, ya. Ada yang membeli. Harga dijual bagi setiap 10 helai daun kering ialah RM0.80. Dan hasilnya sudah 54 beg terjual.
Reaksi diterima dari pembeli juga sangat positif di mana mereka menyukai daun yang dijual.
Ads
Menambah elemen menarik, dirinya menyelitkan gula-gula kepada setiap pembeli daun kering untuk kegunaan bakar sampah itu.
Pendek kata, melatalah mencari rezeki, berusahalah, Allah akan beri tanpa kita duga. Bisnes begini, tak perlu ada stor besar, kos percuma cuma perlukan kreatif semata-mata.
Kadang-kadang kita sibuk kejar benda yang besar, sampai lupa nilai pada yang kecil. Padahal, daun kering pun boleh jadi duit asalkan kita pandai tengok peluang.
Kalau di Malaysia baru mula sebenarnya di luar negara sudah lama menjual daun-daun kering ini malah ianya memasuki pasaraya. Ya betullah, semuanya boleh buat duit asal rajin dan kreatif.
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Tak salah cikgu disiplinkan murid, tapi bila hukuman jadi penghinaan dibina bukan displin sebaliknya trauma jangka panjang,” itulah ulasan professional dari seorang doktor perubatan Dr Raihana Ismail. Perkongsian tersebut dipetik menerusi video di laman sosial yang dimuat naik oleh doktor itu.
Sebelum ini telah viral satu video seorang murid perempuan dimarahi sekumpulan guru. Isu tersebut telah menarik perhatian Dr Raihana.
Menurut Dr Raihana sepatutnya guru tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tanpa mengambil kira impak terhadap pelajar.
“Bayangkan seorang guru menuduh nak murid secara terbuka, depan kelas, depan kawan-kawan tanpa siasat dan tanya dulu apa yang berlaku dalam hati kecil murid tu. Apa jadi pada self-esteem anak?
“Satu tuduhan terbuka adalah retakan besar pada keyakinan diri. Anak mula rasa dia tak berharga, dia tak boleh dipercayai, suara dia tak penting dan lebih teruk, dia mula percaya ‘aku memang bersalah walau aku tak buat’,” luah Dr Raihana.
Pada masa yang sama Dr Raihana turut berkongsi tanda-tanda jika seseorang pelajar sudah memasuki zon stres melampau iaitu:
Tambahnya lagi, tidak salah jika cikgu ingin disiplinkan murid Cuma kenalah dengan cara yang terbaik.
“Tak salah apabila cikgu mahu disiplinkan murid, tapi apabila hukuman jadi penghinaan, apa yang kita bina bukan disiplin sebaliknya trauma jangka panjang.
“Trauma yang tak dapat dilihat ini akan muncul apabila mereka dewasa nanti… membuatkan mereka takut bercakap, takut silap, takut orang tengking, takut jadi diri sendiri.
“Kanak-kanak bukan pinggan kaca yang mudah pecah tapi apabila pecah, akan tinggal cuma serpihan yang susah untuk cantum semula. Marah apabila perlu tapi jangan hina,” sambungnya.
Menerusi kapsen juga Dr Raihana turut berkongsi,
KITA SERING MENILAI SIAPA YANG MENEGUR, BUKANNYA APA YANG DITEGUR.
Cara teguran mulia yang diajar RASULULLAH SAW :
Berilah teguran dengan niat yang ikhlas & cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka, inshaa Allah. Dan ALLAH Lebih Mengetahui. Peringatan dan pengajaran ni dituju untuk diri sendiri.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pemilik Ordinary Baker perjelas sebab saman adik beradik RM1.5 Juta, “orang nampak saman tak nampak pengorbanan. Sejak semalam kecoh di media sosial tentang kisah pengasas jenama pencuci mulut terkenal, Ordinary Baker Cafe yang dikatakan telah menyaman sebuah syarikat Eclairis yang juga merupakan adik beradik sedarah sedagingnya sebanyak RM1.5 juta.
Menurut Putri Nadira yang menguruskan Eclairis, Eclairis menganggap tindakan saman tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah amat menyakitkan kerana ia datang daripada keluarga sendiri.
Tidak berdiam diri dengan tindakan adik beradiknya termasuk banyak fitnah yang melata, pemilik sebenar Ordinary Bakers, Putri Arshad tampil membuka cerita sebenar mengapa tindakan saman itu dibuat.
Jelas, dirinya sendiri tidak suka membawa cerita ini ke khalayak ramai namun perlu berbuat begini kerana terlalu banyak fitnah selain salah faham terjadi. Masa yang sama, dirinya tak mahu melampaui batas kerana menghormati proses mahkamah.
Menurut Putri Arshad, dirinya adalah pemilik Ordinary Baker sebenar di mana semasa syarikat ditubuhkan, dirinya mengeluarkan modal 100 peratus, sepenuhnya tanpa adanya modal dari adik beradik yang lain.
Jelasnya, isu antara keluarga mula tercetus pada 30 November 2024 di mana satu perbincangan berlaku di Setia Alam (dirinya memiliki rakaman audio perbincangan ni).
“Tapi saya takkan kongsikan rakaman tu kepada umum sebab saya tak sanggup hadap rasa malu sampai tujuh keturunan nanti. Biarlah saya simpan sendiri bersama peguam saya. InshaAllah, suatu hari nanti kebenaran akan bersuara dan membersihkan nama saya. Saya tak perlukan pengiktirafan orang ramai untuk pertahankan diri. Cukuplah orang tertentu saja yang tahu hal sebenar.
Jelasnya, modal dikeluarkan adalah untuk bisnes kek kahwinnya sendiri namun dirinya berkorban demi adik-adik.
“Saya korbankan impian sebab nak bantu adik beradik capai impian mereka. Tiada seorang pun yang menyumbang walau satu sen pun. Tapi saya redha, sebab OB ditubuhkan untuk bantu keluarga. Waktu tu semua tiada kerja.
“Memang dalam perancangan awal saya nak bagi saham OB kepada mereka. Tapi dua daripada mereka disenarai hitam (blacklisted), jadi saya tangguhkan dulu pendaftaran nama mereka sampai saya selesai bayarkan hutang mereka.
“Dan ya, saya memang dah langsaikan satu demi satu hutang tu. Bayar hutang bukan kerja sehari dua. Kenapa penting nama kena bersih sebelum masuk syarikat? Sebab kalau OB nak berkembang dan perlukan pinjaman, institusi kewangan akan buat semakan latar belakang – itu sebabnya nama mereka tiada.
“Saya putuskan untuk jalan secara sendiri supaya lebih mudah kawal risiko. Bekerja dengan saya memang susah sebab saya ikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Saya tak suka urusan yang meragukan.
Perkara ni boleh disahkan dengan auditor, akauntan dan juga peguam saya.
“Daripada hasil titik peluh kami adik-beradik, OB berjaya bantu selesaikan banyak hutang keluarga. Tapi mungkin mereka dah lupa.
“Biasalah, bila duit tak masuk poket sendiri, orang akan lupa. Jumlah hutang hampir RM100K – hutang TEKUN, pinjaman pendidikan, hutang ah long, hutang dengan suami saya sendiri. Malah, sepatutnya tahun 2025 ni, saya dah rancang nak bayar PTPTN adik perempuan saya, tapi tak kesampaian.
Apa yang orang nampak – saya saman adik-beradik. Tapi apa yang orang tak nampak – saya selesaikan banyak masalah keluarga guna duit OB.
Saya juga pertahankan lebih 25 pekerja OB daripada teraniaya.
Takkanlah tiba-tiba, angin takde ribut takde, saya nak saman orang. Mereka rancang serangan terkoordinasi pada 1 November 2024. Tinggalkan kerja tanpa makluman, cuma beritahu staf mereka letak jawatan 24 jam.
“Saya langsung tak tahu. Mungkin mereka ingat dengan serang saya macam tu saya akan give up. Saya cuba buat kerja satu per satu dengan harapan mereka akan kembali, tapi saya silap. Dua minggu lepas tu, mereka buka syarikat baru.
“Aset syarikat yang masih di bawah financier telah dibawa keluar tanpa kebenaran. Belum cerita lagi pasal data syarikat yang dicuri. Saya memang ada niat nak tutup OB masa tu sebab mental dan fizikal dah terlalu penat. Tapi nak tutup syarikat bukan semudah itu. Tambah pula saya ada lebih 25 staf bergantung pada OB.
Saya teruskan juga dan Alhamdulillah ramai yang datang bantu dan beri sokongan.
“Bayangkanlah, OB buka kafe Februari 2024, buka cawangan Shah Alam pada Jun dan Disember mereka nak buka cawangan baru pula di Subang/Damansara. Yang Shah Alam pun belum dapat pulangan pelaburan, dah nak buka cawangan baru. Tanpa modal, tanpa sumbangan satu sen pun. Alhamdulillah, saya tak ikut cakap mereka. Kalau tak, saya yang penat urus tiga cawangan seorang diri.
Belum masuk lagi kisah Instagram OB diambil alih, semua kandungan dipadam dan saya dihalang akses. OB kena mula dari kosong balik. Kalau nak cerita soal keluarga, sayalah satu-satunya yang kekal setia dengan janji.
Cawangan Setia Alam – untuk adik-beradik perempuan
Cawangan Shah Alam – untuk adik lelaki
Cawangan ketiga (sepatutnya di Cyberjaya), giliran saya sebab dekat dengan rumah
Tapi bila sampai giliran saya, mereka nak buka cawangan di Subang/Damansara. Bila saya tak setuju, mereka tinggalkan OB begitu saja.
Ada yang minta bukti. Ini saya cuma kongsi sedikit. Perbualan ni berlaku sekitar Oktober/November.
Kepada semua, bila terima sesuatu berita, siasat dulu. Jangan jadi orang yang buta mata dan hati.Kepada yang sebar fitnah tentang saya sejak 24 jam lepas, buat masa ini saya tak maafkan kalian. Dosa fitnah tu kalian tanggung di akhirat nanti.
“Kepada ‘cyber troopers’ adik-beradik saya, sesetengah dari kamu kenal saya secara peribadi. Kamu tahu asal-usul keluarga saya. Kamu tahu siapa yang berdiri demi keluarga sejak 25 tahun lalu.
Kepada adik-adik saya, kamu tahu saya tak pernah tinggalkan kamu sejak kecil sampai 30 Oktober 2024. Hari kamu khianati kakak sendiri. Saya hampir musnahkan hubungan saya dengan suami semata-mata nak bela kamu.
Terima kasih kerana tunjukkan siapa kamu yang sebenar.
Saya boleh maafkan semua yang kamu buat terhadap saya secara peribadi tapi kali ini melibatkan periuk nasi pekerja OB. Kalau saya tak pertahankan mereka sebagai majikan, siapa lagi? Kalau saya gagal selamatkan OB, sekurangnya saya tahu saya dah buat sehabis baik.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terapi visual untuk wanita stres cadangan doktor China, tengok lelaki sado. Seorang pakar sakit puan di China mencetuskan kontroversi apabila menyarankan agar wanita yang berdepan masalah kekurangan tenaga dalaman atau darah menjadikan tontonan lelaki sado atau berotot sebagai satu bentuk terapi untuk menstabilkan emosi dan mengurangkan tekanan.
Cadangan yang luar biasa ini dikemukakan oleh Dr He Zhenye, pakar ginekologi dari Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong, menerusi sebuah video yang kini tular di media sosial. Hospital berkenaan merupakan salah satu institusi kesihatan awam terkemuka di selatan China.
“Wanita disarankan untuk melihat lelaki berotot lebih kerap sebagai cara untuk melegakan stres,” ujar Dr He dalam klip video tersebut yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Menurut beliau, kekurangan ‘qi’ atau tenaga dalaman serta darah dalam tubuh sering menyebabkan wanita mengalami gejala seperti keletihan, kemurungan, pucat, pening, dan kesukaran tidur. Dalam keadaan sebegini, beliau menasihatkan agar wanita tidak terlalu aktif dalam hubungan romantik, sebaliknya mengalihkan perhatian kepada sesuatu yang lebih selamat seperti menikmati keindahan visual lelaki berotot.
Dr He menjelaskan bahawa pemandangan seperti ini mampu merangsang pengeluaran hormon dopamin di otak, yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan perasaan gembira dan mengurangkan tekanan. “Visual yang menyenangkan boleh mengaktifkan sistem ganjaran otak dan membawa kebahagiaan,” tambah beliau.
Cadangan ini disambut dengan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, terutama golongan wanita yang bersetuju bahawa ‘terapi visual’ seperti itu boleh memberikan kesan positif terhadap kesejahteraan mental.
Seorang pengguna media sosial mengulas, “Kita perlukan lebih banyak kegembiraan dan kurang tekanan. Cadangan ini wajar dimasukkan dalam panduan kesihatan moden untuk wanita.”
Selain itu, dalam satu video lain, Dr He turut mencadangkan pemakaian barangan kemas emas oleh wanita, berdasarkan kepercayaan perubatan tradisional China bahawa emas membantu menyihatkan limpa dan menguatkan jantung.
Dr He kini mempunyai lebih 133,000 pengikut di media sosial, di mana beliau sering berkongsi tip-tip kesihatan wanita menggunakan pendekatan yang menggabungkan elemen tradisional dan moden secara santai namun profesional.
Walaupun pandangannya dianggap aneh oleh sesetengah pihak, ramai yang menganggap gaya penyampaian beliau yang ringan dan mudah difahami menjadikan topik kesihatan wanita lebih mudah diakses dan diterima.