Ads

Maryam Younarae Yakin Peluk Islam, “Saya Syukur Dengan Nikmat Yang Allah Bagi…”

Maryam Younarae
Maryam Younarae

Dilihat semakin bahagia, pempengaruh dan usahawan, Maryam Younarae menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya yang diajukan soalan mengenai Islam oleh rakannya dari Korea.

Maryam Younarae Yakin Peluk Islam

Maryam Younarae Yakin Peluk Islam, "Saya Syukur Dengan Nikmat Yang Allah Bagi..."

Menerusi perkongsian di Threads, Maryam mendedahkan rakannya meluahkan rasa ingin tahu sama ada dia benar-benar yakin selepas memilih untuk memeluk Islam.

Ujar Maryam, terlalu banyak perkara mustahil yang berlaku disebabkan daripada pertolongan Allah SWT yang menambahkan lagi keyakinannya terhadap Islam.

Ads

“Borak dengan kawan dari Korea, tiba-tiba dia tanya, ‘Now you memang betul-betul percaya Islam?’ Saya terus jawab, ‘Yes’.

“Bila saya fikir balik, terlalu banyak benda dalam hidup saya yang saya rasa tak mungkin jadi kalau tanpa pertolongan Allah. Sebab itu saya percaya Allah sentiasa ada,” kongsinya.

“Saya Syukur Dengan Nikmat Yang Allah Bagi…”

Maryam Younarae Yakin Peluk Islam, "Saya Syukur Dengan Nikmat Yang Allah Bagi..."

Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia memilih untuk terus berpegang kepada Islam atas kehendaknya dirinya sendiri dan bukan kerana dipengaruhi orang lain.

Ads

“Dan sebab tu saya ikut Islam. Bukan sebab orang suruh, tapi sebab saya nak hidup dengan rasa syukur atas semua nikmat yang Allah dah bagi.

Maryam Younarae Yakin Peluk Islam, "Saya Syukur Dengan Nikmat Yang Allah Bagi..."

“Yang paling saya bersyukur hari itu (selepas diajukan soala), kawan-kawan saha betul-betul nak faham kehidupan saya sekarang,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Untuk rekod, Maryam selamat mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang merupakan usahawan dan pempengaruh, Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019 di sebuah masjid di Korea Selatan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Gambar: Maryam

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Pelukan dan Lambaian

Pelukan dan Lambaian Terakhir, Tiga Sekeluarga Meninggal Dunia Dalam Satu Kemalangan...

Tiada siapa yang keluar dari rumah dengan menyangka pelukan dan lambaian yang ditinggalkan itulah kenangan terakhir buat insan tersayang.