Maryam selamat timang anak kedua. Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh popular Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim yang selamat menimang cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsi oleh Ryzal dan memaklunkan anak keduanya itu lahir pada tarikh yang sama dengan Maryam.
Maryam Selamat Timang Anak Kedua
Ryzal juga turut memaklumkan Maryam selamat melahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.
“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” tulis Ryzal.
Berharap Mampu Jaga Amanah Yang Diberikan
Luah Ryzal lagi, dia dan isteri berharap mereka suami isteri mampu menjaga amanah yang diberikan.
Ads
“Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan.
“Semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” kongsi Ryzal lagi.
Hud, pulanglah. Mama Abi tunggu Hud. Kehilangan seorang kanak-kanak, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang berusia setahun enam bulan sudah memasuki lebih 36 jam dari tarikh anaj kecil ini dilaporkan hilang ketika berada di rumah neneknya.
Dalam satu rayuan tangisan dikongsi ibunya di facebook, Azean Nur Atikah Ramley dengan emoji tangisan, dirinya berdoa agar anaknya itu ditemukan segera.
“Ramai orang-orang baik ikhtiar cari Hud Aryan,1 malaysia doa untuk Hud Aryan mama ni. Cepat balik hudd. Mama abi tunggu hud.
Dalam pada itu, Azean turut berharap anak tunggalnya itu dijumpai dengan selamat selepas operasi mencari anak kecil ini dilakukan dengan bantuan pasukan penyelamat (SAR) sejak semalam. Bahkan dirinya turut tidak keruan selagi anak tunggalnya itu tidak ditemui.
Dalam pada itu, emak saudara Hud Aryan, Azean Suhaily Ramley, 39 memaklumkan kakaknya itu sudah menunggu enam tahun termasuk keguguran empat kali sebelum direzekikan kelahiran Hud.
“Enam tahun kakak saya menunggu untuk mendapat zuriat, selain berdepan pengalaman empat kali gugur sebelum Allah hadirkan Hud Aryan Mohd Hafifi.
“Namun kini Allah hadirkan sekali lagi ujian berat buat kami sekeluarga dengan kehilangan Hud Aryan,” demikian luahan Azean Suhaili Sisiliawati Ramley, 42, ibu saudara Hud Aryan yang hilang sejak Isnin lalu.
Katanya, lebih menyedihkan sehingga kini kehilangan anak saudaranya yang berusia 19 bulan itu masih menjadi misteri dan tiada sebarang petunjuk walaupun sudah lebih 36 hari dilaporkan hilang.
Menurutnya, sejak kehilangan Hud Aryan, dilaporkan kakak dan abang iparnya tidak mampu melelapkan mara dan turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat. termasuk masuk ke kawasan hutan walaupun dalam keletihan.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Hud Aryan dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga namun pihak mencari belum menemui petunjuk positif mengenai keberadaan kanak-kanak ini. Usaha mencarinya masih diteruskan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, operasi yang bermula yang 9 pagi ini akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.
“Kita menamatkan operasi semalam 7 malam tadi (semalam), namun sehingga kini, masih tiada sebarang petunjuk positif sama ada kesan tapak kaki atau baju kanak-kanak berkenaan.
“Hari ini, operasi akan diperluaskan lagi dan akan menggunakan dua anjing pengesan yang tiba di sini, 6.30 petang semalam.
“Mengikut perancangan asal kita menggunakan khidmat anjing berkenaan petang semalam, namun disebabkan tiba lewat, hari ini baru anjing berkenaan akan dibawa ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, dari segi keanggotaan petugas, ia tidak bertambah memandangkan operasi SAR itu turut dibantu orang awam.
“Kita berharap operasi hari ini dipermudahkan dan ada petunjuk positif,” katanya.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pilih tema gothic vampire di hari sanding, pengantin akui peminat muzik metal. Sepasang pengantin menjadi tular di media sosial gara-gara memilih tema gothic vampire di hari sanding mereka.
Ada pro dan kontra sebaik gambar itu dikongsikan oleh MUA Dib Diba di facebooknya sejak semalam kerana ramai beranggapan, pengantin seharusnya tidak menonjolkan solekan seram sebegini, dikatakan tidak mengikut adat Melayu serta lain komen yang agak keterlaluan. Namun tak kurang mempertahankan pilihan pengantin kerana itu hari bahagia mereka dan mereka bebas memilih tema disukai.
MINGGUAN WANITA menghubungi sendiri pengantin yang mahu dikenali sebagai Mek Sa Sargaroth mengenai kecaman diterimanya termasuk mengapa dirinya memilih tema gothic vampire di hari bahagianya di Dalyla Inn Bukit Kuang, Kemaman Terengganu.Jelas Mek Sa, dia dan suami, Lan Mador bernikah pada 31 Januari 2025 dan majlis sanding diadakan keesokan harinya iaitu pada 1 Februari di lokasi sama.
Pilih Tema Gothic Vampire Di Hari Sanding
Pengantin Akui Peminat Muzik Metal
Di majlis akad nikah, dirinya mengenakan dress berwarna putih sementara suami tampil dengan baju Melayu berwarna putih.”Cuma untuk majlis sanding, saya dan suami sepakat memilih tema gothic vampire kerana kami sama-sama menyukai muzik black metal. Suami seorang guru muzik dan ada band metalnya sendiri iaitu Modar Band yang ditubuhkan sejak 1989 lagi.
“Saya memilih MUA Dib yang sebenarnya berjaya merealisasikan impian saya untuk tampil gothic di majlis sanding kami. Tak mudah sebenarnya mencari baju. Ada tiga lapis perlu dipakai termasuk dress dan sebagainya. Kosnya juga tak murah, mencecah ribuan juga.
“Ikutkan saya pujuk suami untuk tampil gothic juga tapi suami memilih tampil berbaju Melayu serba hitam lengkap bersampin, umpama pahlawan Melayu. Kami menggabungkan tema, Gothic Europe vs Melayu Nusantara. Penyatuan “Timur & Barat”.
“Jujurnya saya menerima kecaman kerana penampilan itu. Ada sampai sentuh soal akidah, kami mengagungkan ajaran sesat, minum darah dan sebagainya. Banyak yang keterlaluan hingga keluarga tertanya-tanya. Tapi apa yang membuatkan kami sepakat memilih tema ini kerana ia berkaitan dengan soul sahaja.
Saya dan suami sama-sama menyukai muzik metal ini dan dari situ datangnya keserasian untuk tampil dengan tema gothic dan Melayu Nusantara.
“Tapi ada netizen yang tak memahami memberikan pelbagai kecaman. Bagi saya setiap pasangan pengantin berhak memilih hari bahagia dengan cara mereka yang tersendiri,” katanya yang menghabiskan hampir RM40,000 untuk hari bahagia mereka.
Masa yang sama, dirinya menjelaskan, di hari persandingan itu, terdiri dari ahli keluarga, rakan taulan di mana masing-masing sudah mengetahui minat mereka berdua terhadap muzik.”Tak ada apa masalah di pihak keluarga kami, cuma yang bermasalah datangnya dari netizen yang mengecam penampilan sebegitu,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu Mek Sa mengakui kos untuk mencari baju mengikut tema itu tidak juga murah tambah ianya berlapis-lapis. Dress saja memerlukan tiga lapis tetapi kerana minat,dia bersyukur mendapat apa dihajatinya dan menghabiskan hampir RM2000 untuk membeli baju mengikut tema ini.
Dalam pada itu, MINGGUAN WANITA turut menghubungi MUA Dib atau nama sebenarnya Hadibah Abdullah Zawawi, 42 tahun yang berkongsi gambar ini di facebooknya.
Dia sendiri tidak menyangka gambar ini menjadi tular dan bualan netizen. Berpengalaman hampir 10 tahun sebagai MUA, Dib akui ini pertama kali pengantin meminta ditata rias tema Gothic Vampire.”Nak solek tak lama pun. Kami mula sekitar jam 9.30 pagi kerana majlis sanding jam 12. Dalam sejam lebih saja dah siap kerana kulit muka Mek Sa licin dan cantik. Nak solek pun senang saja.
“Tapi yang sukarnya ketika memakai baju sebab ianya berlapis-lapis. Untuk solekan begini, paling penting adalah pada mata dan bibir dan saya bersyukur kerana Mek Sa menyukainya. Mulanya tak sangka permintaan begini sebab biasanya orang buat hadiri event tapi ini majlis sanding.
“Ada juga saya tengok tetamu yang hadir agak terkejut berdasarkan riak muka mereka tapi ramai juga kagum kerana kelainan pilihan ini,” katanya yang turut menyolek pengantin di hari nikah.
Isteri tunggu mesej sehingga tertidur, rupanya suami sudah meninggal dunia. Penantian seorang isteri yang ingin tahu keberadaan suami hingga tertidur berakhir dengan kedukaan bila mana suaminya terlibat dalam kemalangan pada tengah malam, Rabu.
Mangsa, Muhammad Taqiyyuddin Zulkifli, 35, parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 232.1 Utara- Selatan (PLUS) arah utara, di sini.
Isterinya, Nur Izzaty Abd Jalil, 35 berkata, suaminya dalam perjalanan pulang ke Johor susulan akan memulakan kerjanya semula di Singapura selepas bercuti lama sempena Tahun Baharu Cina.
“Arwah dari rumah kami di Rawang, Selangor dan bergerak pulang ke Johor dalam jam 10.30 malam Selasa. Selalunya dia ambil masa dalam dua jam setengah untuk sampai sana.
“Tapi dalam jam 2 pagi macam itu saya tunggu dia mesej, tidak ada. Jadi saya mesej tanya… abang dah sampai ke, tetapi tidak berjawab. Sementara menunggu itu sampai saya tertidur,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Rabu.
Ujar suri rumah itu, kira-kira jam 5 pagi bapa mentuanya datang ke rumahnya memaklumkan suaminya terlibat kemalangan.
“Sebelum kejadian kami berkesempatan bercuti bersama sampai arwah tambah cuti dua hari iaitu Isnin dan Selasa yang mana sepatutnya dia pulang ke Johor pada hari Ahad.
“Tak tahulah, saya memang nampak dia sugul macam tak nak balik,” katanya yang arwah akan pulang setiap minggu ke Rawang.
Allahyarham bekerja di Singapura sejak 2016 sebelum pulang ke negara ini susulan wabak Covid-19 dan bekerja semula di Kota Singa itu pada 2022 sehingga kini.