Wanita jangan wangi-wangi sangat, ‘bahaya’ bila lalu depan lelaki. Dalam kehidupan seharian, menjaga kebersihan dan penampilan diri adalah sesuatu yang dituntut, lebih-lebih lagi bagi seorang wanita.
Wanita Jangan Wangi-wangi Sangat, ‘Bahaya’ Bila Lalu Depan Lelaki
Berpakaian kemas, berbau harum, dan tampil menarik adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Namun, adakah wajar jika seorang wanita memakai wangian yang terlalu kuat sehingga menarik perhatian lelaki lain?
Wangian Yang Berlebihan Boleh Menjadi Fitnah
Wangian bukan sekadar untuk menyegarkan diri, tetapi ia juga boleh memberi kesan kepada orang di sekeliling. Apabila seorang wanita memakai minyak wangi yang terlalu kuat, ia boleh menarik perhatian lelaki, sama ada secara sedar atau tidak.
Bau yang menyengat boleh mengundang rasa tertarik, mencetuskan perasaan yang tidak sepatutnya, dan dalam sesetengah keadaan, boleh menjadi fitnah.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa wanita yang memakai wangian hingga menarik perhatian lelaki bukan mahram boleh dianggap seperti melakukan sesuatu yang tidak baik. Dalam satu hadis, Baginda bersabda:
“Seorang wanita, apabila memakai minyak wangi lalu melewati suatu kaum supaya mereka terhidu baunya, maka dia adalah perempuan zina.” (Hadis Riwayat Abu Daud & An-Nasa’i)
Hadis ini bukan bermaksud wanita tidak boleh memakai wangian langsung, tetapi ia mengingatkan agar tidak berlebihan sehingga menarik perhatian yang tidak sepatutnya.
Berpada-Pada Dalam Berwangi-Wangian
Ads
Sebagai wanita, memakai wangian bukanlah satu kesalahan, tetapi ada batas yang perlu dijaga. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh diikuti:
Gunakan Wangian yang Sederhana
– Pilih wangian yang lembut dan tidak terlalu menyengat. Wangian yang terlalu kuat boleh mengganggu orang lain dan menarik perhatian yang tidak perlu.
Pakai Wangian Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga
– Sebaiknya, wanita memakai wangian ketika berada di rumah, khususnya untuk suami. Ini lebih baik berbanding memakai wangian yang berlebihan ketika keluar rumah.
Elakkan Wangian Yang Menarik Perhatian
– Jika perlu memakai minyak wangi di luar rumah, cukup sekadar yang memberi kesegaran diri tanpa menarik perhatian orang lain.
Pentingkan Kesucian Hati, Bukan Sekadar Bau Badan
– Wangian yang sebenar bukan hanya dari minyak wangi, tetapi juga dari keperibadian dan akhlak yang baik. Wanita yang menjaga aurat, tutur kata, dan tingkah laku akan lebih dihormati berbanding yang sekadar wangi tetapi tidak menjaga batas pergaulan.
Ads
Tiada salahnya wanita memakai wangian, tetapi perlu berpada-pada dan mengikut batas yang ditetapkan dalam agama serta norma masyarakat. Memakai minyak wangi secara berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki bukan mahram boleh mengundang fitnah dan membuka pintu kepada perkara yang tidak diingini.
Keindahan seorang wanita bukan sekadar terletak pada wangian yang dipakai, tetapi pada akhlak, kesopanan, dan maruah yang dijaga. Wangian yang sebenar adalah kesucian hati dan keindahan peribadi yang akan dikenang oleh orang lain, bukan sekadar bau yang hilang dibawa angin.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab” begitulah luahan Nelydia Senrose yang mengakui dirinya yang masih baru dalam penghijrahan memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.
Akui Nelydia bukannya sesuatu yang mudah untuk terus kekal istiqamah.
“Doakan Saya Agar Diberikan Iman Yang Kuat Untuk Kekal Berhijab”
Nelydia dan suami yang baru pulang dari mengerjakan ibadah haji turut berasa kecewa apabila dirinya tidak konsisten dalam pemakaian hijab.
“Kalau orang lain kecewa, saya lebih kecewa dengan diri sendiri.
“Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri,” ujarnya.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Nelydia juga akui sebagai insan biasa dia turut mempunyai kelemahan diri.
“Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.
Teguh Dengan Pendirian
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” ungkapnya.
Tak sangka ada kes tersedak air liur, sebab biasanya kita dengar kes anak tersedak susu. Inilah detik cemas yang dikongsi oleh Puan Alia Azlia, apabila anaknya lembik dan jantung anak perlahan sekelip mata!
Mak ayah patut ambil tahu dan hafal langkah untuk keselamatan anak-anak…
Allahuakbar…
Jam 3.00ptg
Detiknya berlaku perkara yang mendebarkan. Anakku Afifah Nurzahirah tiba-tiba menangis, lepas tu jatuh dan lembik badannya. Muka pucat dan biru bibirnya. Semuanya berlaku sekelip mata. Aku?? Aku panik sepanik-paniknya. Menangis semahu-mahunya lihat keadaan anak aku. Menjerit-jerit panggil suami. Waktu tu suami di dapur. Alhamdulillah Amir Mahmud tak panik. Mujur sangat-sangat. Aku cek keadaan sekeliling tempat anak aku duduk tadi. Tak ada apa-apa. Apa yang menyebabkan berlaku macam tu? Aku pun tak tahu. Suami aku lakukan beberapa teknik kecemasan bagi bayi yang tersedak. Dia cuba korek-korek tengkuk anak supaya muntah jika tercekik dan bagi laluan penafasan terbuka. Suami tepuk-tepuk belakang anak 5 kali, pastu suami letakkan anak atas katil, bagi tekanan pada bawah puting dada anak sebanyak 5 kali dan 5 kali tepukan kat dada untuk jika anak tercekik apa-apa. Suami cek pulak denyutan jantung anak, SLOW!
Bila suami bagitau denyutan jantung anak slow, kaki aku ni rasa macam dah tak melekat dah. Nyawa aku ilang tah ke mana. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar. Itu yang mampu aku lafazkan. Bila suami cuba buat yang termampu untuk anak. Aku tengok anak, diam je.. Tak aktif mahupun menangis. Yang pasti bibir dia biru. Suami ulang-ulang balik teknik kecemasan. Akhirnya anak menangis. Takutnya aku waktu tu.
Jam 3.30ptg
Aku dan suami bergegas ke kecemasan. Tapi alhamdulillah.. Anak dah beransur-ansur pulih. Aktif dan bergelak tawa dengan kakaknya. Tapi apa yang doc bagitau anak mungkin tersedak air liurnya sendiri. Ya Allah.. Aku dengan suami memang tak tau anak akan tersedak air liur sendiri sebab berdasarkan pemahaman dan apa yang aku ketahui hanya tersedak susu atau air masak sahaj. Doc kata kalau lambat suami buat teknik kecemasan tadi, tak tahu la apa akan jadi dengan afifah. Allah… Doc mintak kami suami isteri pantau anak selama 5-6 jam jika berlaku lagi terus bawa ke hospital. Tindakan pantas suami yang menyelamatkan anak kami.
Jam 4.00ptg
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Anak bergelak tawa.. Aktif bermain… syukur ya allahh. Semoga afifah baik-baik saja. Berlaku sekelip mata je tanpa kita sedari.
Mohon kepada ibu bapa walaupun ada menyatakan hanya bayi yg bawah 6 bulan berlaku tersedak tp terjadi jugak pada pada atas 6 bulan seperti anak saya. Boleh baca artikel mengenai tersedak dan cara mengatasinya dengan lebih lanjut sbb supaya lebih faham @ rujuk pada doktor untuk lebih pemahaman kerana saya pun masih membaca mengenai baby yang tersedak air liur kerana arini baru saya tahu.
Tindakan yg perlu dilakukan jika anak tersedak iaitu:
1. Posisikan bayi menghadap ke bawah di lengan Anda, dengan posisi kepala bayi lebih rendah dari dadanya.
2. Pegang kepala bayi dengan telapak tangan. Jangan menutupi bayi atau menekan lehernya.
3. Gunakan tumit dari salah satu tangan Anda untuk menepuk punggung bayi tepat diantara tulang belikat bayi. Lakukanlah sebanyak 5 kali tepukan.
4. Jika benda yang membuatnya tersedak tidak keluar, pegang kepala bayi dan ubah posisinya menjadi telentang di atas paha Anda.
5. Berikan 5 kali tekanan dengan cepat pada tulang dada di bawah puting bayi dengan menggunakan 2 – 3 jari Anda.
6. Terus berikan 5 tepukan dan 5 tekanan pada dada hingga benda tersebut keluar dari mulutnya.
7. Jika bayi pengsan, segera bawa ke hospital terdekat.
Saya sertakan beberapa gambar untuk faham lagi tindakan yang perlu dilakukan jika bayi tersedak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Belajar buat bom di YouTube, cemburu isteri jalin hubungan dengan mangsa. Kecekapan pihak polis menangkap suspek yang meletakkan bungkusan berisi bom hingga membawa kematian kepada tukang masak maut akhirnya terjawap dalam tempoh lima hari selepas kejadian.
dalam kejadian yang viral di media sosial ini, seorang tukang masak maut selepas bungkusan diletakkan di atas kereta meletup ketika dia memegangnya.
Memetik laporan Harian Metro, hubungan sulit antara mangsa dan isteri suspek dipercayai motif kejadian letupan bom buatan sendiri di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut.
Difahamkan, suspek bekerja sebagai pembuat seramik belajar membuat bom buatan sendiri menerusi Youtube.
Sumber berkata, tindakan mangsa yang mempunyai hubungan sulit itu sudah diketahui suspek sejak Mei tahun lalu.
Mngsa kemudian melarikan diri dari Kedah dan berpindah ke Ampang sebelum berlaku kejadian letupan berkenaan.
“Siasatan lanjut kini sednag berjalan. Polis tidak menolak kemungkinan suspek belajar membuat bom dari Youtube,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, susulan daripada kejadian itu polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 30 tahun ditahan di Serdang dan Kedah pada jam 7.20 malam semalam.
“Perintah tahanan reman sudah dipohon dan Majistret membenarkan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.
Dalam kejadian 8.55 malam itu, tukang masak sebuah restoran berusia 28 tahun maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.
Mangsa parah pada badan dan tangan. Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam.
Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...