Suami tak boleh paksa isteri rapat dengan mak mentua, ipar dan biras. Dalam kehidupan berumah tangga, hubungan antara suami isteri dan keluarga mentua sering menjadi isu yang sensitif. Ada yang bernasib baik, dapat keluarga mentua yang baik dan mesra.
Suami Tak Boleh Paksa Isteri Rapat Dengan Mak Mentua, Ipar Dan Biras
Namun, ada juga yang berdepan dengan mentua yang sukar, ipar yang menjengkelkan, atau biras yang suka membanding-banding. Dalam keadaan begini, ramai suami mengharapkan isteri mereka tetap bersikap baik dan rapat dengan keluarga suami, tanpa mengambil kira perasaan si isteri sendiri.
Hubungan Itu Perlu Terbina Secara Semula Jadi
Sebuah perkahwinan bukan hanya penyatuan dua individu, tetapi juga penyatuan dua keluarga yang berbeza latar belakang dan cara hidup. Namun, ia tidak bermakna seorang isteri wajib serta-merta akrab dengan keluarga mentua.
Hubungan yang mesra dan rapat tidak boleh dipaksa. Ia perlu berlaku secara semula jadi, dengan adanya keserasian dan rasa hormat antara kedua-dua pihak.
Sebagai suami, adalah tidak adil untuk memaksa isteri agar segera serasi dengan ibunya, adik-beradiknya, atau ipar duainya. Mungkin isteri memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, atau mungkin ada perkara yang menyebabkan dia lebih selesa menjaga batas.
Hak Isteri Untuk Menjaga Jarak
Ada suami yang menganggap isteri wajib menyayangi ibu mentuanya sebagaimana dia menyayangi ibunya sendiri. Hakikatnya, perasaan tidak boleh dipaksa. Hormat itu wajib, tetapi kasih sayang perlu lahir dengan ikhlas.
Isteri berhak untuk menjaga batas jika dia merasa kurang selesa atau kurang serasi dengan keluarga suami. Ini bukan bermaksud dia membenci atau tidak menghormati mereka, tetapi lebih kepada menjaga kesejahteraan mental dan emosinya sendiri.
Jika hubungan dengan mentua atau ipar memberi tekanan kepadanya, dia berhak untuk menjarakkan diri tanpa perlu dipaksa untuk “berbaik-baik” hanya demi memenuhi kehendak suami.
Tanggungjawab Suami: Jadi Orang Tengah yang Adil
Seorang suami sepatutnya menjadi penghubung yang adil antara isteri dan keluarganya, bukannya bertindak sebagai “orang suruhan” yang hanya mengikut kata-kata ibu dan adik-beradik sendiri.
Ads
Jika isteri mempunyai masalah dengan mentua atau ipar, suami seharusnya mendengar dan memahami situasi sebelum membuat kesimpulan. Jangan terus menyalahkan isteri tanpa menyelidik apa sebenarnya yang berlaku. Kadang-kadang, mentua atau ipar sendiri yang bersikap kurang adil terhadap isteri, tetapi suami memilih untuk menutup mata kerana enggan berpihak kepada isteri.
Suami juga perlu belajar menghormati ruang peribadi isteri. Jika dia tidak mahu terlalu rapat dengan keluarga mentua, jangan memaksa. Selagi isteri masih menghormati dan melayan keluarga suami dengan baik, itu sudah mencukupi.
Kita tak boleh paksa pasangan untuk rapat dengan mertua, dengan ipar dan dengan biras.
Kenapa?
Perasaan kita, apa yang kita nak rasa, adalah sesuatu yang kita tak boleh nak paksa. Ianya datang secara semula jadi, untuk rasa suka pada seseorang, untuk rasa benci pada seseorang, untuk rasa senang pada seseorang, untuk rasa kurang senang pada seseorang, semua itu adalah berdasarkan sikap dia dan cara dia bergaul kita. Cara dan sikap kita juga berbeza.
Ads
Kadang-kadang kita boleh perasan yang pasangan kita kurang bergaul dengan ipar, kurang rapat dengan mertua dan kurang bersembang dengan biras. Bukan sebab dia tak suka dengan iparnya, birasnya atau mertuanya, tapi tiada titik persamaan antara mereka yang boleh membuatkan mereka rapat dan dapat bergaul seperti biasa.
Ada orang suka bercakap, ada orang yang hanya bercakap bila perlu, ada orang pula suka diam, ada orang suka bergurau, ada orang suka serius, ada orang yang langsung tak boleh bergurau, ada orang suka marah, ada orang susah nak marah. Untuk satukan dan bagi bergaul antara dua sikap dan cara manusia yang berbeza itu akan makan masa, mereka akan jadi rapat dan mudah bergaul dengan sendirinya bila mereka jumpa titik persamaan antara mereka.
Sebagai pasangan, jangan paksa mereka untuk rapat, jangan desak dia untuk bergaul, sebaliknya bagi ruang dan masa untuk dia buat semua tu secara semula jadi.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semua manusia pernah buat silap dan Allah takdirkan dosa sengketa supaya jadi bukti pada kita, ternyata hebatnya sebuah taubat dan kemaafan. Begitulah ujian besar Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini yang akhirnya mendapat pengampunan Yang Dipertuan Agong dan dibebaskan.
Pendek kata sekadar bukan pengampunan, bahasa yang paling tepat adalah dibersihkan segala fitnah dan pertuduhan kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Sekali gus membuka mata netizen yang mungkin pernah terpedaya dengan berita-berita palsu di media sosial.
Memamg perit dan perasaan itu mungkin hanya ditelan oleh isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail dan 6 orang anak-anaknya. Tetapi dari kaca mata Puan Ainizal Abdul Latif, dia mengambil sudut pandang yang postif untuk dijadikan pengajaran. Jemput renungkan…
Simbolik Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Jika benar dia pendosa, apa amalnya dan bagaimana taubat nya di penjara sehingga Allah beri kemenangan yang tidak terduga, Allah bersihkan namanya dan melihatkan kepada kita betapa hebatnya kuasa pengampunan tuhan.
Namun jika benar dia teraniaya, sungguh benar Allah mengangkat semua doanya, walau berapa lama Allah tahan untuk menjadi asbab kepada kita melihat hebatnya apabila sengketa ditamatkan dengan kemaafan sesama insan.
Allahuakbar, jika kita melihat dengan panduan Al Quran, tiada ada apa yang silap pada perancangan tuhan. Sebaliknya kita akan hanya mencari hikmah, hikmah, hikmah dan kebaikan. Bukan mencari kesalahan manusia dan menyalahkan takdir yang di tulis tuhan.
Sejarah membuktikan, beberapa insan hebat lahir setelah dipenjarakan, namun kesudahan nya Allah gantikan dengan peristiwa besar, termasuklah Hamka dan Nabi Yusuf Alaihissalam. Moga peristiwa besar ini menjadi ibrah kepada kita sempena dengan kehadiran Ramadan.
Hakikatnya, dunia adalah penjara bagi orang-orang mukmin. Kerana itu Allah kurniakan Ramadan, bukan sekadar untuk berlapar dan dahaga, malah besar daripada itu menjadikannya bulan memohon keampunan dan mencari sebanyaknya ibrah dari penurunan mukjizat Al Quran.
Moga kita berjaya melepaskan diri dari penjara dunia dan mendapat kemenangan dan kejayaan besar pada hari pengadilan hanya bermula dengan berjuang dengan tembakan taubat yang bertubi-tubi dan berdoa sebanyaknya di bulan Ramadan!
Terima kasih atas motivasi ini tuhan, selamat datang bulan yang di rindukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak kisahlah rumah kita kecil atau besar, asalkan bahagia daripada menggangu dan menyusahkan orang lain. Oleh sebab itu disarankan pada pasangan yang baru berkahwin, tinggalkan berasingan daripada keluarga dan ipar duai.
Sebaik mana pun hubungan kita dengan keluarga dan ipar duai pasti lama-kelamaan akan bermasam juga lama-lama.
Lebih banyak yang kurang enak daripada yang indah berlaku bagi mereka yang tinggal sebumbung beramai-ramai. Maklumlah banyak kepala, banyaklah masalah yang nak kena hadap.
Biarlah Rumah Kita Kecil Asalkan Bahagia
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslinda dan hadam baik-baik ya:
Setelah berkahwin elaklah menetap dengan mertua atau ipar duai. Sama ada di rumah mereka atau rumah sendiri kerana kelak akan menimbulkan banyak masalah. Lagi satu privasi kita pun terhad.
Biarlah rumah kita kecil asalkan kita bahagia. Malah jika kita ada masalah ianya hanya dalaman sahaja dan tidak diketahui oleh orang luar.
Selain itu elaklah juga mertua atau ipar duai menumpang kita, jika datang sekali sekala tak apa. Kerana bimbang asal dari suka terus jadi tidak suka.
Selain itu jika terlalu ramai dalam sebuah rumah, tanggungan kita juga akan bertambah malah tidak semua sanggup berkongsi. Ada yang mempunyai peti ais peribadi, meja makan peribadi dan lain-lain. Jadi seolah-olah ibarat duduk di bilik sewa yang percuma.
Rumah Sendiri Tak Menggangu, Menyusahkan Orang
Masalah yang akan timbul pula ialah bil-bil dalam rumah itu yang tinggi. Jika ada yang berkongsi tidak apa tetapi jika hanya kita sahaja yang tanggung, penat juga. Sedangkan gunanya ramai tetapi yang bayarnya seorang saja.
Lebih-lebih lagi kita menetap bersama ipar duai kita yang tidak bekerja. Ini juga satu masalah buat kita. Andainya mereka ada anak-anak, terpaksa kita pula yang kena tanggung semua. Mereka senang lenang makan,tidur dan rehat. Malah lepas tangan kepada kita untuk menanggung semua.
Seeloknya sebagai mertua ataupun ipar duai. Tak perlulah mengganggu rumahtangga anak dan adik beradik kita. Kita tidak tahu masalah mereka. Entah-entah gaji yang mereka dapat hanya cukup-cukup untuk tanggungan mereka anak beranak. Jadi jangan bebankan mereka.
Jika kita nampak mereka mewah sedikit, anggaplah itu mungkin hasil penat lelah mereka. Malah pastinya mereka tidak akan melupakan kita. Cuma satu saja jangan meminta-minta secara paksa sama ada wang ataupun apa sahaja.
Bina Kehidupan Sendiri Tanpa Menyusahkan Orang
Kekadang mereka akan memberi juga kepada kita mengikut kemampuan mereka. Tak perlu memaksa mereka memberi lebih kerana mereka juga ada tanggungan dan masalah. Tidak semua mereka mendapat gaji yang tinggi. Malah ada hutang yang perlu mereka bayar juga.
Jangan iri hati melihat kehidupan orang lain. Setiap kita rezeki berbeza. Ini tidak jika kita tengok kehidupan adik beradik atau ipar duai kita lebih elok dari kita, mulalah timbul perasaan cemburu dan tidak puas hati. Maka mula mengganggu dengan menyibuk apa yang mereka ada. Ini tidak baik dan boleh merosakkan hubungan kekeluargaan.
Biarlah kita berjumpa ataupun berkumpul sekali sekala. Kemeriahannya lain. Malah banyak cerita yang hendak kita kongsikan nanti. Lama tak berjumpa juga akan membuatkan kita saling merindu.
Oleh itu, biarlah kita membina kehidupan kita masing-masing asalkan tidak mengganggu dan menyusahkan orang lain. Dengan cara ini, perasaan yang tidak elok juga tidak akan timbul. Bila berkumpul sekali sekala pasti akan meriah. Makanya biarlah kita ada rumah sendiri. Tak besar tak apa asalkan kita gembira.
MW: Kadang-kadang terperangkap apabila orang tua meminta kita untuk tinggal bersama, dek perasaan rasa bersalah kita setuju tinggal bersama. Hubungan yang awalnya baik menjadi keruh, tetapi masih ramai yang merasa bahagia walaupun tinggal beramai-ramai sebumbung.
Semuanya terpulang kepada diri masing-masing dalam mengawal setiap situasi yang sudah tentu bukan sesuatu yang mudah, Renung-renungkan.
Percaya atau tidak, hanya dengan sentuhan dan ciuman anak anda akan membesar emosi yang lebih positif. Tetapi mak ayah kenalah tahu cara nak praktik ciuman pada si anak setiap hari dan lima tempat sentuhan yang berkesan bentuk anak.
Empat Ciuman Dan Lima Sentuhan:
Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibu bapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.
4 Ciuman
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.
Manakala 5 Sentuhan pula ialah:
1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
Kredit: Abdul Basit Abdul Rahman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...