Suami bila terlalu lama ‘bergantung hidup’ pada isteri, rasa hormat isteri akan hilang. Dalam sesebuah perkahwinan, suami dan isteri sepatutnya saling melengkapi, menyokong, dan bekerjasama dalam membina kehidupan bersama.
Suami Bila Terlalu Lama ‘Bergantung Hidup’ Pada Isteri, Rasa Hormat Isteri Akan Hilang
Namun, apabila seorang suami terlalu bergantung hidup pada isteri, baik dari segi kewangan, emosi, atau urusan rumah tangga, keharmonian rumah tangga boleh tergugat.
Apa yang sepatutnya menjadi hubungan saling melengkapi boleh bertukar menjadi beban yang hanya ditanggung sebelah pihak, hingga akhirnya menyebabkan ketidakpuasan hati dan konflik yang berpanjangan.
Perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini mengingatkan pada suami di luar sana supaya lebih bertanggungjawab dan jangan biarkan isteri yang uruskan segala hal-hal rumahtangga.
1. Kita jadi lelaki nie, bukan sebab kita beli beras dan ada lato lato sahaja. Kita jadi sebab lelaki itu datang dengan tanggung jawab.
2. Kita gagah, hebat, kuat, baik, ensem macam Kim Dong Jun pun. Jika tak bertanggujawab susah pasangan kita nak hormat.
3. Kita jumpa ramai, muka tak hensem, hidup sederhana tapi dialah tulang belakang keluarga. Semua dia usaha beli semua benda sampai ‘kering’.
Ads
4. Dia tak boleh beli benda benda mewah buat bini. Tapi semua benda asas keluarga dia usahakan beli.
5. Bayar kereta, rumah, makan, pakai, anak semua dia usahakan. Kadang, dia nak tukar baju setahun sekali pun susah. Sebab dia rasa bertanggujngawab.
6. Percayalah, dia akan ‘dapat’ penghormatan dari isteri.
Kawan kawan, lelaki ini memang itu fitrahnya. Jika hari ini kita masih bahas, “Apa salahnya kongsi sama suami isteri.” Benar, tiada salahnya.
TETAPI JIKA TERLALU LAMA KITA BERGANTUNG HIDUP PADA ISTERI.
RASA ‘HORMAT ISTERI PADA KITA’, AKAN BERKURANGAN DAN AKAN DIAM DIAM HILANG.
Penghormatan ini bukannya diminta, tetapi diperolehi oleh sang suami bila dia menjaga keluarganya dengan baik.
Jaga keluarga kita dengan baik.
Ads
Sediakan rumah kecil yang baik dan selesa buat keluarga kita.
Kata Mary Martin, perkawinan adalah sebuah lembaga untuk saling menghormati di mana isteri selalu benar, dan yang salah itu selalunya menjadi suami.
Perkahwinan adalah perkongsian antara dua insan, bukan beban yang harus dipikul oleh seorang sahaja. Suami seharusnya memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, bukan hanya bergantung kepada isteri dalam segala hal.
Jika keadaan ini berterusan tanpa perubahan, rumah tangga boleh menjadi porak-peranda, membawa kepada ketidakbahagiaan dan akhirnya perpisahan. Oleh itu, suami yang berada dalam situasi ini harus segera berubah dan mengambil langkah untuk menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab dan dihormati dalam keluarga.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Suami hidap OCD, sangat cerewet.’ Wanita ini kecewa diceraikan selepas 8 hari berkahwin dengan suaminya. Walaupun dia agak tertekan dengan sikap suaminya, namun tidak menyangka diceraikan begitu saja.
Barangkali suaminya tidak selesa dengan kehadiran isteri, malah mungkin dirasakan isteri tidak sesuai dengan sikapnya yang terlalu cerewet.
Seorang wanita di Indonesia meluahkan rasa kecewa kerana diceraikan suaminya hanya selepas lapan hari mereka berkahwin, lapor portal berita Wolipop.
Menurut Eka S Rufaidah, selepas berkahwin, suaminya sering marah-marah pada perkara-perkara kecil.
Dia mendapat tahu bahawa suaminya menghidap keadaan kesihatan mental digelar Obsessive Compulsive Disorder (OCD), sehari selepas mereka berkahwin yang membuatkan lelaki itu menjadi sangat cerewet.
Sangat Cerewet
“Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tidak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak.
“Dia juga pernah menyuruh saya menyiapkan makanan dan merendam sudu yang akan digunakan ke dalam air panas. Tanpa disengajakan, pakaian saya terkena nasi itu dan ia membuatkan suami naik angin.
“Saya berasa takut melihatkan emosinya yang tidak stabil,” katanya.
Tambah Eka, dalam satu kejadian lain, suaminya menyuruh dia membuang beras yang sudah dicuci hanya kerana kaedah cucian wanita itu tidak sama seperti cara suaminya.
“Selain itu, ada satu ketika apabila perut saya berasa sakit kerana masalah senggugut. Saya meletakkan bantal tidur di paha bagi mengalas perut yang sedang sakit.
“Secara tiba-tiba, dia menjerit kepada saya dan berkata bahawa saya ialah isteri yang tidak taat,” ujar wanita itu.
Selepas 8 Hari Berkahwin
Keesokan harinya, Eka berkata, dia meminta kebenaran suaminya untuk pulang ke rumah ibu bapanya secara sendirian.
“Pada 14 Mac, dia mengirim pesanan pada aplikasi WhatsApp dan menceraikan saya begitu sahaja.
“Saya berharap tiada wanita lain yang menerima nasib sama seperti saya dan untuk kaum lelaki, pernikahan bukanlah satu perkara main-main,” katanya. – Agensi
Mingguan Wanita : Biarpun tak serasi janganlah diceraikan isteri begitu saja. Cuba berbincang dan selesaikan masalah dengan cara baik, perkahwinan bukanlah perkara main-main.
Jangan hanya memuji kejayaan, mak ayah kena lihat juga nilai diri anak sama ada mereka seorang yang rajin, mudah mendengar kata atau menghormati orang tua.
Nilai diri anak adalah lebih hebat daripada segalanya. Hargai dan sayangilah diri anak-anak seadanya.
Jangan Hanya Memuji Kejayaan
Kongsi Mohd Fhais Salim, pada anak jangan hanya memuji pada,
– kepandaian
– kehebatan
– kejayaan
– kekuatan
– kepetahan
Mak Ayah Kena Lihat Juga Nilai Diri Anak
Dia semata-mata. Tetapi lihat juga pada,
– kerajinan
– peramah
– tolak ansur
– budi bahasa
– ketekunan
– usaha
Sesungguhnya itulah nilai sebenar anak kita.
Nilai Anak Sebaiknya
Yang kita nampak dan puji selalu itu adalah result yang tercipta daripada nilai.
Risau, jika kita asyik puji pada result lama-kelamaan anak kita akan terpedaya.
Anak akan jadi attention seeker!
Puji result anak akan jadi taksub pada pujian tapi jika kita puji nilai, anak akan rasa dirinya sangat bernilai.
Nilai diri = self esteem
Self esteem yang tinggi akan buat anak jadi sangat pandai menghargai diri sendiri.
Memang tak dapat dinafikan wanita, mahupun isteri merupakan ‘pengurus’ terbaik melibatkan kewangan keluarga mahupun perniagaan.Segala urusan kewangan dapat diatur sempurna dan dapat dirancang dengan baik, tanpa perlu risau demi kebaikan keluarga mahupun dalam bisnes.
Wawa Uruskan Semua Duit Perniagaan
Perkara ini diakui sendiri oleh selebriti dan pelakon popular Aeril Zafrel,34 terhadap isterinya Wawa Zainal 31. 10 tahun hidup bersama, mendirikan rumahtangga dan membina empayar perniagaan, Aeril cukup menghargai jasa isterinya yang mampu menguruskan semua duit perniagaan dengan baik sekaligus menjadi salah satu tip kejayaan mereka.
Bukan apa, selain kerja keras, pengurusan kewangan yang betul juga amat penting untuk perniagaan meningkat maju dan berjaya.
“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai ke harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, inshallah semuanya akan baik-baik saja”
10 Tahun Usia Perkahwinan
Mencecah 10 tahun usia perkahwinan, Aeril juga bersyukur melalui susah senang bersama isteri tersayang dan berusaha melengkapi kekurangan masing-masing.
“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama.Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal bersama. Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.”
“Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada 4 orang anak hinggalah kejayaan wawacosmetic pada harini ni.”
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012.Pasangan sama cantik, sama padan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,7, dan Ayya Soffya,2, dan Muhammad Fahri kini berusia dua bulan.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Aeril dan Wawa atas kejayaan dalam perniagaan. Terbaik, Aeril percaya dan serahkan segala urusan kewangan perniagaan pada isteri dan antara tip kejayaan mereka berjaya dalam bisnes juga.
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang...