Sumber Foto : Instagram Jihan Muse

Usia Masuk 40an, Sudah Lama Teringin Nak Seorang Lagi Anak “Suami Gembira Tahu Hamil”. Sarat hamil 6 bulan, ramai yang memuji Jihan Muse sejak mengumumkan dirinya kini sedang mengandung anak kedua. “Cantik sangat Jihan, berseri-seri ibu mengandung jaga diri ya”, itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.

Sememangnya pelawak dan juga pengacara Jihan Muse akhirnya mendedahkan dirinya kini sedang sarat hamil enam ternyata kelihatan lebih berseri-seri sejak mengandung.

Usia Masuk 40an, Sudah Lama Teringin Nak Seorang Lagi Anak

Pemilik nama sebenar Nur Jihan Musa, 39 akhirnya mendedahkan ketika mengetahui dirinya berbadan dua ketika  melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur wajib untuk menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.

Bukan sekadar hasil ujian Covid-19 yang dilakukan mendapati dirinya positif virus ketika itu juga dia baru mengetahui dirinya hamil.

Dek kerana jangkitan Covid-19, juga dia turut dimasukkan ke hospital Sungai Buloh.

Ketika itulah Jihan baru mengetahui dirinya positif dua perkara iaitu Covid-19 dan hamil.

Tidak Alami Simptom Teruk

Seperti mana yang dilaporkan media, Jihan sangat bersyukur kerana tidak alami gejala teruk dan ketika itu dia ditempatkan bersama ibu lain yang sedang sarat mengandung.

IKLAN

“Saya juga melalui pengalaman ditempatkan bersama ibu-ibu lain yang sedang sarat hamil di dalam wad.

“Malah ada yang lebih teruk daripada saya.

“Berada selama 10 hari di dalam wad mengajar saya untuk lebih bersyukur menikmati kehidupan,” ungkapnya.

Rezeki Tambah Anak Dimakbulkan

Isteri kepada pelakon, Ungku Hariz dan juga ibu kepada Ungku Arsalan Haq itu juga gembira apabila doanya untuk menambah zuriat termakbul.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sudah lama menginginkan seorang lagi anak.

IKLAN

“Memandangkan umur saya pun semakin lanjut. Suami sangat gembira apabila mendapat tahu saya hamil,” kata Jihan.

“Memang Cantik Sekarang Ni Jihan” Netizen 

Menerusi komen rakan artis dan warganet ramai yang mendoakan agar dipermudahkan Jihan sepanjang waktu mengandung dan melahirkan kelak. Malah ramai juga yang memuji Jihan yang kelihatan cantik, maklumlah seri ibu mengandung. 

Baca Sini : Bergelar Isteri & Ibu Bukanlah Mudah, Jihan Muse Akui Perlu Bijak Uruskan Masa

Wajah ‘Selamba’ Hero Jihan Muse Jalani Ujian Calitan, Lega Hati Ayah Bonda  

IKLAN
View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Baca Sini : Jihan Muse Kongsi Petua Tradisional Hilangkan Batuk, Selsema & Kahak Anak Guna Minyak Bawang Putih

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Mingguan Wanita : Tahniah Jihan, amboi senyap-senyap dah mengandung anak kedua.

Sumber Foto : Instagram Jihan Muse

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.