Biarpun kini sedang hamil kedua namun selebriti terkenal Scha Al-Yahya tidak betah duduk diam. Isteri kepada Awal Ashaari ini juga akui dia begitu aktif dan sejenis yang tidak boleh duduk diam.
Hamil Kedua Scha Tetap Ligat Berkemas & Tak Boleh Duduk Diam
Akui dirinya seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam, Scha akan mengisi masa terluangnya dengan pelbagai aktiviti walaupun hamil kedua kali.
“Saya memang jenis tak reti duduk diam. Kalau ada masa terluang memang macam-macam aktiviti akan saya buat.
Difahamkan juga hamil kedua kali ini juga buat Scha lebih mencabar kerana dia mengalami alahan lebih lama daripada mengadungkan Lara Alana, 6.
“Kali ini lebih mencabar sebab alahan sangat lama dan sekarang pun masih ada alahan sikit sikit. Mengidam pelik-pelik tiada cuma baru-baru ini saya teringin makan makanan Penang, tetapi sekarang dah hilang keinginan itu.
“Cuma yang sama hanya tabiat saya yang terlalu suka mengemas dan tidak tahu duduk diam walau di rumah,” jelasnya.
IKLAN
Tak Kisah Bayi Lelaki Atau Perempuan
Mengusik tentang persiapannya untuk menerima kehadiran orang baru, Scha akui dia masih
belum membuat persiapan dan tidak kisah soal jantina anaknya.
“Saya tak kisah lelaki atau perempuan, apa yang saya harapkan lebih sihat dan baik.
“Persiapan pun belum buat, saya ingat tunggu dah masuk lapan bulan baru buat persiapan. Insya-ALLAH saya akan mengekalkan huruf L dan A seperti Lara Alana untuk anak kedua nanti,” kata Scha yang baru saja menjadi duta Meeracle untuk tempoh sembilan bulan.
IKLAN
Berhasrat Mahu Tunai Umrah Tahun 2021
Scha juga menyatakan dia amat rindu untuk pergi melancong dan berhasrat mahu tunaikan umrah.
“Sejujurnya rindu untuk pergi melancong dan menunaikan umrah. Selain itu, kadang-kadang rindu juga nak tonton wayang.
“Harapan saya untuk tahun 2021 nanti, akan menjadi tahun yang lebih baik untuk tahun-tahun sebelumnya bagi semua orang.
“Saya juga berharap impian saya untuk menjadi usahawan berjaya dan hasrat untuk menunaikan umrah tercapai tahun depan,” ujarnya seperti dipetik menerusi Sinar Plus.
Pandemik Virus Covid-19 memberi kesan yang amat mendalam kepada penyanyi dan pelakon anak kelahiran Sabah, Marsha Mila Londoh. Mana tidaknya dek kerana virus itu juga dia telah kehilangan bapa mentua, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60, pada 10 Syawal lalu.
Bukan itu saja Marsha juga telah disahkan positif Covid-19. Akui Marsha kini kesihatannya dirinya semakin baik berbanding hari hari pertama dimaklumkan positif Covid-19.
Covid-19 Marsha Alami Gangguan Paru-Paru
Seperti mana yang dipetik menerusi sesi Live SinarPlus, Marsha kini terpaksa lebih berhati-hati kerana difahamkan sekiranya bekas pesakit Covid-19 terkena jangkitan kali kedua, risikonya akan berganda.
“Saya sendiri semakin hari semakin baik berbanding hari pertama dimaklumkan positif Covid-19 dan fasa ‘bertarung’ dengan virus terbabit.
“Dari segi mental semua OK, cuma saya kena lebih berhati-hati dan menjaga SOP kerana difahamkan sekiranya bekas pesakit Covid-19 terkena jangkitan kali kedua risikonya berganda,” ulas Marsha yang akui situasi yang dilalui ketika dijangkiti Covid-19 amatlah sengsara.
Marsha juga berkongsi dia telah mengalami gangguan paru-paru
“Pengalaman peribadi, Covid-19 telah menganggu paru-paru dan sistem pernafasan saya termasuk mengalami batuk teruk tanpa henti,” luahnya.
Mudah Penat, Nyanyi Rasa Tersangkut-Sangkut
Kesan dari dijangkiti virus Covid-19 ini juga Marsha memberitahu dirinya mudah penat.
“Tubuh badan tidak akan sama seperti sebelum ini. Saya mudah penat, apatah lagi ketika menyanyi rasa tersangkut-sangkut. Doktor pun sarankan supaya mengawal paru-paru agar tidak bekerja berlebihan dan menangguh sebarang aktiviti nyanyian buat masa ini sehingga badan stabil.
“Mungkin proses penyembuhan mengambil masa antara satu hingga tiga bulan bergantung pada antibodi. Alhamdullilah, setakat ini saya dah boleh ke sana dan ke sini. Bahkan, turut melakukan senaman dan menjalani fisioterapi dua kali seminggu bagi memastikan badan khususnya paru-paru bertambah baik,” jelas Marsha yang akui memperlahankan karier nyanyian dan berharap selesai PKP keadaan badannya akan kembali pulih seperti sedia kala.
Bayi Berusia 40 Hari Pun Dimasukkan Ke Wad
Pelakon yang kini popular dengan watak Nurul Huda menerusi drama Rindu Awak Separuh Nyawa, turut berkongsi pengalaman sepanjang menjalani rawatan di hospital.
“Keadaan di sana begitu padat hingga katil tidak mencukupi manakala jumlah pesakit di ICU (Unit Rawatan Rapi) pun penuh. Lebih menyayat hati melihat bayi berusia 40 hari juga dimasukkan ke wad.
“Kondisi mental pada ketika itu memang down. Namun begitu, enggan membiarkan mental terus rapuh memasuki hari ketiga saya bangkit melawan kesakitan. Saya menggunakan kesempatan membantu jururawat dan sampai satu tahap mencuci tandas.
“Paling sebak, frontliners yang lengkap dengan sut PPE (sut peralatan perlindungan diri) sedikitpun tidak menunjukkan reaksi wajah keletihan dan sentiasa tersenyum.
“Jelas kelihatan tangan dan badan frontliners basah kuyup bermandikan peluh. Pengorbanan mereka benar-benar membuatkan saya terharu,” cerita Marsha.
Sumber: Live SinarPlus, SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Marsha
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Berhijab, Anzalna Bimbang Sukar Istiqamah. Minta Kukuhkan Hati & Tidak Berbolak Balik.
Sememangnya ketahuilah bahawa menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim yang mukalaf. Aurat bagi lelaki adalah antara pusat sehingga lutut. Aurat perempuan pula adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
Apabila seorang wanita sudah menetapkan hatinya untuk mengenakan tudung seeloknya biarlah pemakaian hingga ke akhir hayat. Namun ada segelintir wanita yang berhijab bimbang sekiranya hati mereka berbolak-balik.
Berhijab, Anzalna Bimbang Sukar Istiqamah
Bagi mereka yang bergelar selebriti sememangnya untuk istiqamah adalah sesuatu yang amat sukar. Sebagai peminat sudah tentu mahu melihat selebriti yang kita sayangi mendapat pengakhiran yang baik dalam hidup mereka.
Seperti mana diluahkan pelakon cantik Anzalna Nasir yang mula berhijab sejak dua tahun lalu akui dirinya begitu risau dan bimbang jika sukar istiqamah.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu, juga sangat risau jika hatinya mudah berbolak balik. Dek kerana itu juga Anzalna tidak mahu terlalu mengulas fasa penghijrahannya kerana keterbatasan untuk meramal apa yang bakal berlaku pada masa akan datang seperti mana dilaporkan Berita Harian.
“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila.
“Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” luah Anzalna.
Doakan Imej Menutup Aurat Kekal
Anzalna juga memohon agar mendoakannya mampu mengekalkan imej menutup aurat seperti sekarang.
“Doakan yang terbaik untuk saya agar kekal berhijab dan berimej muslimah,” kongsi Anzalna yang sangat bersyukur walaupun sudah berhijab namun rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus.
Memiliki keluarga bahagia, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Pasangan ini juga turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan, 11 bulan
Berita baik buat golongan mak-mak, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menjana suasana yang kondusif dalam negara, khususnya dari aspek kestabilan ekonomi dan pendidikan, bagi membantu menyejahterakan peranan kaum ibu mendidik dan menyediakan anak-anak mereka mengharungi kehidupan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Hari Ibu semalam berkata tindakan itu penting bagi merealisasikan potensi mereka (anak-anak) sebagai generasi masa depan untuk negara.
“Bersempena dengan Hari Ibu tanggal 13 Mei 2018, saya merakamkan penghargaan kepada ibu-ibu di seluruh negara, hatta di seluruh dunia di atas kesungguhan serta segala pengorbanan mereka di dalam mendidik anak-anak.
“Untuk semua ibu tersayang, selamat menyambut Hari Ibu 2018,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook dan Twitter beliau.
Sehubungan itu, Presiden PKR itu berkata Kerajaan PH menghormati dan menyanjungi tinggi semua ibu tanpa mengira bangsa dan agama selain berdoa agar masyarakat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga di bawah kepimpinan kerajaan baharu.
Pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri, sebaik parti itu diisytiharkan menang dalam PRU14.
Semoga nasib golongan mak-mak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan yang baru terbentuk ini.
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...