Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. Sesungguhnya pemergian insan tersayang di saat kita amat memerlukan amat memedihkan, apatah lagi permergiannya secara tiba-tiba.
Namun sebagai hambanya kita harus akur. Luluh hati suami apabila mengetahui rupanya isteri sendiri terlibat dalam Kemalangan, arwah turut tinggalkan anak yang masih kecil berusia tujuh bulan.
Luluh Hati Suami
Betapa luluh hati seorang lelaki ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat rupanya adalah mayat isteri sendiri dalam kejadian di Jalan Sungai Ular, Kulim, Kedah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah mayat Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat, ketika itu.
Luluh Bila Tahu Isteri Sendiri Yang Kemalangan
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.
“Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.
IKLAN
“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan,” katanya.
Difahamkan, pasangan yang masing-masing merupakan OKU bisu itu bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
MW: Semoga suami mangsa tabah menjalani ujian ini dan diberi kekuatan untuk membesarkan anaknya yang masih kecil. Sangat besar ujian yang dilaluinya. Al-Fatihah.
Cara terbaik nak menasihat atau bercakap dengan anak seperti yang diajar Rasulullah SAW adalah dengan memilih waktu yang tepat. Ada tiga waktu yang boleh mak ayah guna terutama untuk memujuk hati anak-anak yang memberontak.
Sebab kalau tersalah pilih waktu, nanti penat saja ibu bercerita. Kesannya tak tersentuh pun sampai ke hati anak. Inilah juga yang dipraktikkan Siti Aminah Sulaiman dalam mendidik anak-anaknya dan ianya menjadi.
Rebutlah 3 Waktu Ini
Waktu yang paling AFDAL untuk kita sentuh hati anak-anak
3 waktu ini diajar oleh Baginda SAW sebagai waktu yang paling sesuai untuk nasihati anak.
Tugas mendidik dan menegur anak bukan kerja yang mudah. Silap tegur anak jadi lagi melawan dan memberontak pulak..
Alhamdulillah saya sendiri sudah mencuba kaedah nasihati anak dalam 3 keadaan waktu ini dan terbukti BERKESAN!
Sungguh benarlah Rasullulah SAW dihantar sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Inilah 3 waktu yang TERBAIK untuk kita nasihati anak:
1) DALAM PERJALANAN /TRAVELLING / BERMUSAFIR
Elok sangat dan kena pula masa cuti sekolah ni, pasti ramai yang merancang bercuti dengan anak-anak.
Gunakanlah detik yang berharga ini
Kenapa sesuai untuk nasihati anak ketika dalam perjalanan?
Kerana hati anak sedang GEMBIRA dan TERBUKA untuk terima nasihat.
Pengalaman saya yang terbaru ini ketika kami travel ke Ipoh, saya memang sudah rancang dari awal untuk tegur cara solat anak saya.
Saya berniat nak tegur cara dia bersolat, kerana dia selalu solat dengan laju.
Cara saya ialah mulakan dengan PUJIAN:
“Terima kasih tadi Muiz sebab tolong mak kutip mainan atas lantai..(sambil urut2 belakang anak) Allah sayang anak yang rajin tolong mak”
Tengok muka anak dan mula senyum lebar kena puji, saya sambung dengan teguran:
“Muiz, nanti bila solat, baca Fatihah perlahan-lahan tau..Jangan laju sangat, kita nak Allah dengar apa yang kita baca masa solat..”
Saya lihat muka anak jernih sekali dan dia mengangguk faham.
Kemudian saya sambung dengan cadangan untuk tambah baik solat anak:
“Oh.. Mak ada idea. Jom kita tengok video Tafseer Surah Al Fatihah nak?”
Lalu sepanjang perjalanan ke Ipoh kami tonton bersama video Tafseer Ustaz Nouman Ali Khan.
MasyaAllah, saya nampak perubahan dalam solat anak saya sejak dari travelling yang lepas.
2) WAKTU MAKAN
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:
“Aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan.
Lalu sabda Baginda SAW: Hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. Sejak itu, begitulah caraku makan.”
Dalam buku Prophetic Parenting tulisan Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, untuk mengenal peribadi asli anak, lihatlah dia waktu makan dan minum.
Anak akan tonjolkan sifat aslinya.
Kadang anak lapar hingga tak dapat kawal diri, hingga makan guna tangan kiri, tak kunyah dengan betul atau berebut dengan adik beradik lain.
Di sinilah pentingnya kita sebagai ibu bapa untuk duduk makan bersama.
Ajarkan anak tertib makan.
Alhamdulillah, anak saya Muiz seorang Left Handed (kidal),pada awalnya sukar untuk makan guna tangan kanan.
Berkat sabar dan nasihat berulang kali , dia boleh makan dengan tangan kanan. Biarlah perlu ingatkan anak berulang kali pun, jangan pernah jemu.
Ingatkan anak untuk baca Bismillah sebelum jamah makanan, duduk bila minum air dan sunnah lain.
Paling penting kita sediri perlu tunjuk adab makan yang betul, baru mudah anak nak ikut.
3) KETIKA ANAK SAKIT
Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya.
Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘Masuk Islamlah engkau’. Dia melihat ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘Turutilah Abu Qasim’.
Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa,”Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka“.
Sebak hati saya bila baca hadith ni,
Halus sungguh peribadi Nabi Muhammad SAW
Dakwah pada anak kecil dengan begitu lemah lembut sekali.
Sakit yang dialami anak menjadikan hatinya lembut dan lunak.
Masih saya teringat nasihat saya pada anak kedua ketika dia demam batuk baru-baru ni.
“Nanti adik jangan makan lagi aiskrim warna warni tu. Mak dah cakap ‘colouring’ tak bagus untuk badan. Dia jadikan badan kita lemah, antibodi jadi tak kuat..”
Penangan nasihat masa sakit ni, sampai sekarang anak tak berani lagi cuba makan ais krim. Itulah kali pertama dan terakhir dia mencuba.
Sama juga dengan anakanda Muiz, ketika sakit dia selalu bertanya kenapa dia sakit?
Jawab saya: “Syukur Allah beri kita rasa sakit, kita sedar kita manusia. Firaun tak pernah sakit, dia jadi sombong dan mengaku dia Tuhan..”
Banyak lagi nasihat yang boleh kita selitkan bila anak sakit, dengan Izin Allah mereka akan dengar.
Fuhh.. Bukan mudah nak didik anak-anak ni.
Kerana itu penting kita rebut 3 waktu yang AFDAL supaya nasihat lebih meninggalkan kesan dalam hati anak-anak.
Saya doakan setiap ibu ayah yang membaca post ini diberikan kesabaran dan hikmah dalam menasihati anak-anak.
Silakan SHARE untuk ilmu yang berpanjangan. Dan silakan tag pasangan supaya lebih mudah untuk diamalkan bersama dengan anak nanti.
Bila sudah berkahwin, pasanganlah orang yang paling dekat dan terbaik dalam meminta dan memberi nasihat. Tak kiralah suami mahu pun isteri, sebab masing-masinglah orang yang tahu dan memahami apa yang dialami oleh pasangan. Boleh kata susah senang bersama.
Walau bagaimanapun, ada juga pasangan terutamanya suami merasakan nasihat isteri ini tidak ‘sesuai’ dan lebih suka mendengar nasihat daripada orang yang tidak ada kena mengena. Bukan bermaksud, sahabat atau orang yang dikenali itu tidak boleh dipercayai ye!
Sebenarnya, nasihat isterilah yang patut suami dengar dan apa yang dikatakan itu adalah dari hati. Seperti apa yang dikongsikan oleh Liyana AuraRich ini, suami lebih suka dengar nasihat orang lain. Walhal isterilah orang yang paling dipercayai dan paling dekat dengan suami. Kena ingat tu…
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan suami. Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !
Buruk baik diri suami, isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini confirm!
Isteri Penasihat Terbaik
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita !
Tidak ada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Malah, tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekali pun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Paling Ikhlas
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam.
MW: Betul tu, isterilah orang yang tepat nak beri nasihat. Walaupun kadang-kadang suami kena ‘tadah’ telinga dengar bebelan tu. Tapi itulah yang sebenar-benarnya.
Rupanya ada cara selamat buat slime, tanpa menggunakan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan anak dan tidak mahal. Percayalah… anak suka main benda ni, ala-ala playdoh pun ya!
Apa yang best cuma perlukan 4 bahan asas, jadi lebih baiklah ikut langkah demi langkah seperti yang Puan Nor Azleen Abd Rahim kongsikan kali ini. Confirm anak suka!
Jom, Tengok Apa Yang Diperlukan
Akhirnya hari ini saya tunaikan permintaan Afiah nak membuat slime selepas lebih setahun dia memintanya.
Bukannya apa kebanyakan resepi slime yang ada menggunakan bahan pencuci pakaian yang kuat, sabun pencuci pinggan yang kuat juga, bahkan ada juga yang menggunakan boraks sebagai bahan utama dalam pembuatannya.
Selepas melihat beberapa video dan laporan kes yang menunjukkan tangan anak “terbakar” akibat terlalu lama bermain dengan slime yang dibuat dengan resepi bahan-bahan aktif sedemikian, saya tangguhkan sahaja.
Tetapi bila jumpa resepi yang dikongsikan oleh Mama Q3 hari tu tidak menggunakan bahan-bahan aktif sedemikian, saya putuskan untuk mencubanya.
Kami membuatnya dalam kelas persediaan. Seminggu sekali kelas ini dah macam playgroup dek kesukaran nak mengajak anak-anak ini berinteraksi.
Bila buat macam playgrup ini, mereka lebih aktif dan teruja. Mahu berbual-bual dan berkomunikasi.
Seronok sakanlah budak-budak ini dapat membuat slime dan bermain sampai bertukar warna biru tangan masing-masing.
Tapi saya gunakan pewarna makanan sahaja jadi warna biru tu hilang bila dicuci dengan air dan sabun. InsyaAllah.
Slime yang dibuat tanpa slime agent activator ini tidak bertahan lama. Pendek kata setiap kali nak main kena bancuh yang baru.
Tapi bolehlah memenuhi hajat nak memberikan anak-anak permainan sensori kan. Dapat juga hampir sejam lebih bermain dengannya.
Kami cuba pelbagai jenis gam. Gam yang murah-murah kurang RM1 sebotol kecil tu langsung tidak jadi ya.
Guna gam putih atau susu tu menjadi juga tetapi tidak bertahan lama. Sekejap sahaja sudah keras dan tidak elastik. Selain itu ia juga tidak bergumpal.
Kena pilih gam yang berkualiti untuk membuatnya.
Berikut adalah bahan-bahannya:
1 bekas bikarbonat soda
1 bekas gam berkualiti
250ml air panas
Pewarna makanan
Cara membuat:
1. Bicarbonate soda. 1 botol untuk 1 bancuhan slime.
2. Gam putih yang kiri sekali tu hasilnya tidak bergumpal. Gam dua kecik tengah tu tak jadi langsung. Gam yang kanan tu jadi dengan cantik.
3. Pewarna makanan yang lebih banyak digunakan untuk membuat eksperimen daripada membuat kuih.
4. Kacau bicarbonat soda dengan air panas dahulu.
5. Campurkan pewarna makanan dengan gam.
Rujuk Video:
6. Tangan dah macam the avatar. Yang sebelah kiri atas meja tu slime yang menjadi. Yang sedang dikacau itu slime dengan gam murah. Tak jadi.
Masukkan bancuhan bicarbonat soda ke dalam gam perlahan-laham sehingga ia bergumpal menjadi slime.
Video Main:
Boleh main macam ni sahaja pun. Tarik tekan tekan. Apa yang bestnya entahlah mommy tidak faham.
Ok, selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...