Sesungguhnya mati itu PASTI. Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Tragedi kemalangan maut melibatkan suami isteri ini cukup menjentik emosi. Pasangan ini maut selepas Perodua Myvi dinaiki merempuh lori membawa muatan baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong, di Rompin awal pagi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala sementara isterinya Surawati Mohd, 33, meninggal dunia beberapa jam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah, di sini.

Meninggalkan 3 Anak Masih Kecil

Lebih menyayat hati, pasangan ini meninggalkan 3 orang anak-anak yang masih kecil. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan tiga anak pasangan itu yang berusia dua hingga enam tahun cedera.

“Siasatan awal kita mendapati kereta dipandu Muhammad Noor Idham dari arah Kuantan menuju ke Seremban dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori.

IKLAN

“Pemandu lori Md Kamarudin Ibrahim, 43, turut cedera dan keterangannya sudah diambil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, anak pasangan suami isteri itu dikenali Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.

IKLAN

Katanya, mayat dibawa ke hospital sama bagi urusan bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suami Isteri Kemalangan Maut, Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata!

IKLAN

MW: Cuma terfikir andai berada dalam situasi sebegini, kematian berlaku tiba-tiba..bersedia kah kita menghadapinya? Usia muda bukan jaminan hidup lama..Ajal menjemput tak kira masa dan peringkat usia. Paling terkesan pasti anak-anak yang masih kecil, rasa kehilangan dan masih mengharap kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber:Hmetro

Suami Isteri Kemalangan Maut, Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI