Jika sebelum ini Mingguan Wanita pernah kongsikan kisah 25 Tahun Berkahwin, Suami Isteri Ini Bakal Timang Anak Yang Ke-21!.Terkini, keluarga terbesar di Britain ini dikatakan bakal menambah ahli keluarga yang ke-22 pada April tahun depan.

Umum Di YouTube

Suami isteri ini antara pasangan yang bertuah dimurahkan rezeki dengan kelahiran anak yang ramai. Sue Radford, 44, dan suaminya Noel, 48, ada memuat naik rakaman ultrasound terbaharu dan mengumumkan bahawa kandungan kini mencecah usia 15 minggu di YouTube kelmarin.

“Jadi sekarang anda semua tahu, kami akan mempunyai anak lagi. Usia kandungan mencecah 15 minggu dan kami akan mengetahui jantina bayi tidak lama lagi”

“Saya berharap ia adalah bayi lelaki kerana kelahirannya akan menyeimbangkan bilangan 11 anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarga kami,” kata Radford yang juga sudah mempunyai tiga cucu.

Hamil 15 Minggu, Keluarga Terbesar Britain Bakal Timang Anak Ke-22!

Anak Terakhir 2018

Sebelum ini pasangan itu mengatakan bahawa selepas anak terakhir mereka lahir pada tahun 2018, tidak akan ada lagi ahli keluarga baharu keluarganya.Pasangan terbabit mempunyai 21 cahaya mata berusia 30 tahun dan 18 bulan.

Nama anak-anak pasangan ini adalah;

1.Christopher (30 tahun)
2.Sophie Rose (25 tahun)
3.Chleo Anne (23 tahun)
4.Jack Richard (22 tahun)
5.Daniel Leon (20 tahun)
6.Luke James (18 tahun)
7.Millie Jo (17 tahun)
8.Katie Louise (16 tahun)
9.James Edward (15 tahun)
10.Ellie May (14 tahun)
11.Aimee Elizabeth (13 tahun)
12.Joshua Benjamin (12 tahun)
13.Max Joseph (11 tahun)
14.Tillie May (9 tahun)
15.Oscar William (7 tahun)
16.Casper Theo (6 tahun)
17.Alfie Thomas (Keguguran)
18.Hallie Alphia Beau (4 tahun)
19.Phoebe Willow (3 tahun)
20.Archie Rowan (2 tahun)
21. Bonnie Raye (11 bulan)

Difahamkan salah seorang anak pasangan ini yang dinamakan Alfie meninggal dunia ketika usia kandungan mencecah 23 minggu pada 2014.

Hamil 15 Minggu, Keluarga Terbesar Britain Bakal Timang Anak Ke-22!

Kos Mingguan

Keluarga besar itu menetap di kediaman ala Victoria dilengkapi 10 bilik yang dibeli pada tahun 2004 dengan harga RM1.3juta.Kesemua mereka selain Chris dan Sophie masih tinggal bersama dalam satu rumah.

Noel dan Sue menghabiskan lebih daripada RM160,000 menyediakan makanan dan pakaian anak-anak mereka. Kos mingguan membeli barangan keperluan rumah adalah sekitar RM1,850 termasuklah, 126 liter susu, lebih 20 buku roti, 21 kotak bijirin dan 28 gulung tisu tandas.Keluarga ini menggunakan minivan dengan 15 tempat duduk untuk bergerak.

Sue juga berkata dia memerlukan 3 jam untuk mengemas rumah dan 9 kali cucian mesin basuh tanpa henti setiap hari.

Hamil 15 Minggu, Keluarga Terbesar Britain Bakal Timang Anak Ke-22!

Bawa Anak Berkelah & Pergi Taman

Walaupun mempunyai keluarga besar, mereka masih berpeluang bercuti bersama ke luar negara selain mereka sekeluarga juga gemar menonton wayang terutama pada cuti sekolah.

Namun demikian, Sue menambah, perkara yang paling seronok ialah membawa mereka berkelah atau jalan-jalan di taman dengan anak-anak, sementelah ia adalah PERCUMA sepanjang hari.

MW: Kita ada dua tiga orang anak pun dah pening kepala, macam mana nak uruskan 22 orang anak sekaligus! Tahniah buat pasangan ini, memang betul-betul hebat!

Sumber: Sinar Harian, metro.co.uk

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI