Namun kebelakangan ini wanita yang nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan ini seakan sepi dalam bidang pengacaraan televisyen. Jika ada yang merindui suaranya, apa yang boleh mereka buat adalah mendengar siaran radio Suria FM kerana di situlah tempatnya bertugas kini.
MW: Bagaimana dengan bidang pengacaraan televisyen. Kenapa Feeya menyepi?
Feeya: Sebenarnya saya masih lagi aktif dalam bidang pengacaraan. Cuma saya tidak kelihatan di dalam televisyen. Ada juga orang yang memberi tawaran kepada saya untuk mengacarakan majlis-majlis tertentu. Berkaitan dengan menjadi pengacara di televisyen, saya tidak tahu kenapa tidak ada yang memanggil. Mungkinkah saya sudah tidak laku di kaca televisyen?
Tetapi saya memang sangat rindukan pengacaraan di televisyen. Yalah, sebelum ini saya pernah mengacarakan Maharaja Lawak Mega dan Kilauan Emas. Tetapi mungkin sudah tidak sesuai lagi dengan status anak dua yang saya pegang ini untuk mengacarakan program sebegitu kan.
Namun saya percaya dengan rezeki. InsyaAllah jika ada peluang untuk mengacarakan apa-apa sahaja program di kaca televisyen, saya sedia untuk memberikan bakat saya. Dan saya tidak pernah pun terus hendak mematikan minat saya dalam bidang pengacaraan ini. Saya ok sahaja.
Saya suka lagi bidang pengacaraan televisyen. Malah saya sebenarnya rindu untuk keluar di kaca televisyen. Tetapi sebab belum ada rezeki dan belum ada peluang. Kita tunggu sahajalah.
MW: Boleh Feeya ceritakan sedikit perkembangan terkini dalam kerjaya dan peribadi.
Feeya: Seperti biasa saya sibuk berceloteh di dalam konti. Sekarang ini saya bekerja di Suria FM. Saya mengendalikan rancangan Gaya Suria dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Habis berceloteh dan penat bercakap di konti radio, saya sibuk dengan tugasan saya di rumah sebagai seorang ibu kepada dua orang anak. Itulah rutin harian saya. Pada hari minggu, ada juga saya mendapat Tawaran untuk mengacarakan majlis-majlis tertentu. Setakat ini saya bersyukur dengan apa yang ada.
Ads
MW: Feeya semakin cantik. Apa rahsia? Adakah Feeya lebih suka cantik secara alami atau secara buatan? Apa pandangan Feeya terhadap wanita yang mengamalkan cantik secara buatan?
Feeya: Kalau orang kata Feeya cantik, saya hanya mampu ucapkan rasa syukur. Sebenarnya tidak ada benda pun yang saya buat untuk jadi cantik. Saya Cuma mengekalkan sikap happy go lucky saya itu. Dan bila orang cakap setelah ada anak ini, serinya lain macam kan?
Tetapi bagi saya, bercakap soal jaga kecantikan terutamanya untuk jadi cantik, saya tidak ubah apa-apa. Cuma saya hanya mengamalkan pengambilan suplemen, dan melakukan rawatan kecantikan. Buat rawatan kecantikan itu maksudnya bukan kita buat perubahan pada wajah. Buat rawatan itu seperti kita buat facial. Itulah cara saya buat untuk mengekalkan kecantikan.
Jangan sesekali mengubah wajah kurniaan Tuhan ini dengan sewenang-wenangnya. Saya tidak buat muka kerana saya sudah bersyukur dengan pemberian Allah ini. Bagi saya biarlah cantik itu asli dan tidak dibuat-buat.
Sekarang ini banyak sangat saya lihat dalam Instagram yang menawarkan rawatan untuk membesarkan payudara dan punggung, mancungkan hidup, naikkan pipi dan sebagainya. Sebenarnya ia menyeksa diri kita sendiri.
Ads
Mungkin kesannya kita tidak Nampak sekarang. Tetapi kita anak Nampak kesannya di kemudian hari iaitu apabila kita sudah tua. Kalau saya ditawarkan secara percuma saya akan kata saya tidak mahu sebab saya takut kesannya pada masa akan datang.
Pada pandangan saya, untuk Nampak cantik, perlulah menjaga dalaman. Perlulah juga sentiasa rasa positif dan gembira. Elakkan untuk naik marah dan elakkan muka untuk berkerut. Bersihkan hati kita juga ia pasti akan jadikan kita semakin hari semakin cantik. Itulah rahsia saya.
MW: Rumahtangga Bahagia jadi idaman suami-isteri. Feeya ada tip bagaimana hendak Bahagia dalam rumahtangga?
Feeya: Tip Bahagia dalam rumahtangga senang sahaja. Suami-isteri perlu ada persefahaman, kepercayaan, kejujuran, jangan menggatal dan jangan curang. InsyaAllah akan Bahagia. Dan untuk Bahagia kita kena bahagiakan diri kita. Kita kena Bahagia dengan pasangan kita. Kalau kita Bahagia sudah tentu rumahtangga kita pun akan Bahagia.
Bagi saya sendiri, tip yang perlu pegang adalah jangan kongkong pasangan. Jangan ada rasa ragu-ragu dengan pasangan. Sentiasa percaya dengan pasangan. Kita juga perlu tahu tanggungjawab kita dalam rumahtangga. InsyaAllah jika buat semua ini, rumahtangga kita akan Bahagia. Paling penting, kita perlu bertolak-ansur dengan pasangan kita.
Ads
MW: Bercerita mengenai anak, apa cabaran Feeya dalam mendidik mereka? Bagaimana pula dari segi membahagikan masa menjaga mereka ketika Feeya sibuk bekerja?
Feeya: Saya bersyukur dengan rezeki Allah yang memberikan saya dua orang anak lelaki. Orang kata menjaga anak lelaki ini memang cukup mencabar sebab lelaki lasak jika dibandingkan dengan anak perempuan. Bagi saya itulah cabarannya kerana anak-anak saya dilahirkan agak rapat, setahun seorang. Itulah beza umur mereka.
Tidak dapat dinafikan semua ibu bapa mempunyai cabaran dalam membesar dan mendidik anak mereka. Semua orang melalui proses begitu. Dari anak kecil sehinggalah mereka besar ada sahaja cabaran lain pula.
Saya bersyukur setakat ini tidak ada masalah lagi dalam membesarkan anak-anak. Cuma apabila kita bekerja dan pada masa sama menjadi suri rumah, memanglah penat. Tetapi kita perlu lawan kerana dalam membesarkan anak-anak, kita mahu berikan yang terbaik untuk mereka.
Sesungguhnya saya bersyukur walaupun bekerja di radio dan bekerja di event, saya banyak dibantu oleh suami. Kami tidak ada pembantu atau bibik. Ini bermakna kami bergilir-gilir menjaga anak-anak. Jadi kalau saya ada kerja, saya akan minta tolong suami atau emak saya menjaga anak-anak. Keluarga kandung dan keluarga mentua memang banyak sangat tolong saya sewaktu saya sibuk dalam kerjaya . Mereka adalah orang kuat saya. Kalau mereka tidak ada membantu, susah juga dalam hal menjaga anak-anak.
MW: Manis Feeya dalam penampilan berhijab. Adakah Feeya ada do and don’t dalam berfesyen?
Feeya: Pada pandangan Feeya, dalam berhijab sudah pasti ada do and don’t. Tetapi selalunya saya akan pilih pakaian yang sesuai dengan kita yang berhijab ini supaya tidak dikecam. Sekarang ini netizen suka sangat mengecam. Jadi saya akan pilih pakaian yang bersesuaian kalau hendak pergi kerja atau pergi majlis-majlis. Jadi tidak ada masalah dalam berfesyen walaupun sudah bertudung. Kita masih Nampak gorgeous walaupun bertudung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mamazie Terguris, Shila Tergamak Keluarkan Kata-Kata Kesat. Ibu mana yang tidak terasa hati apabila anaknya mengeluarkan kata-kata kesat. Itulah antara luahan hati oleh ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman atau lebih mesra dengan panggilan Mamazie.
Perkongsian itu kemudiannya sudah dipadam oleh Mamazie. Menurut mStar onlie ianya dipadam beberapa minit selepas ia dimuat naik. Antara yang dikongsi oleh Mamazie;
“Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu.
“Allahuakhbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham,” tulisnya.
Menurut bekas isteri ND Lala itu lagi dirinya snediri tidak tergamak untuk menulis kata-kata yang keluar daripada mulut anak sulungnya itu hanya disebabkan rumah pusaka yang ingin dijualnya.
Mamazie juga menerangkan dirinya tampil membuat kenyataan tersebut kerana ingin membersihkan namanya yang sudah tercalar.
“Hati emak memang sudah dikisar halus. Emak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia mak simpan, sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular.
“Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji mak sendiri dalam video live. Allah tahu apa kebenarannya. Buat masa ini emak belum dapat maafkan dan mak tak reda dengan apa Shila buat. Berhenti menipu!
“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku. Hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepadaMu kerana sesungguhnya aku milikMu.
“Nurshahila, kau tanggunglah dosa… Pada Allah mak serahkan dirimu dan semoga Allah SWT mengadili segalanya serta memberimu petunjuk,” luah Mamazie.
Bila melihat beberapa selebriti menanggalkan hijab, pelbagai tanggapan mula diperkatakan. Pandangan dari Ustazah Sharifah Khasif ini boleh dijadikan panduan.Semoga kekal istiqamah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara. Tak sangka umur Aishwarya Rai sudah 48 tahun ya, tetapi melihat penampilannya anggun, cantik dan langsing ternyata langsung tak makan dek umur.
Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara
Seperti yang diketahui peminat, sebelum ini pelakon jelita Bolyywod ini pernah dikritik kerana tubuh badannya yang agak berisi.
Namun kini Aishwarya tampil lebih langsing. Seperti mana perkongsian portal Times of India, Aishwarya memberitahu, dirinya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan. Selain itu dia juga mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Bekas ratu cantik dunia dan juga isteri kepada Abhishek Bachchan itu juga kelihatan semakin menawan.
Jus Lemon Suam Bercampur Madu Setiap Pagi
Mendedahkan antara rahsia kecantikan diri Aishwarya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan.
Dia juga mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi. Walau tidak mampu meninggalkan menu kegemarannya iaitu masakan kari ikan dan ayam ala Mangalore dirinya terpaksa buat begitu untuk kekalkan kelangsingan badan.
Pada masa sama, Aishwarya juga rajin mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Amalan tersebut dikatakan banyak membantu beliau menurunkan berat badan selain aktif mengamalkan yoga.
Terima Kritikan Secara Terbuka
Kini hidup bahagia disamping keluarga tercinta suami dan anaknya Aaradhya Aishwarya akui sukar menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
Malah dirinya juga sebelum ini sering menerima kritikan namun dia tidak mudah melatah.
“Mungkin mereka yang berbuat demikian berasa bahagia dan punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain.
“Justeru, tidak perlu peduli tentang itu. Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri,” ujarnya.
Alhamdulillah selepas tujuh tahun kelahiran anak pertama Lara Alana, pasangan selebriti Scha Alyahya,37 dan Awal Ashaari,39 selamat menimang bayi kedua hari ini.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pasangan ini di Instagram mereka. Dengan meluahkan rasa syukur, bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di salah sebuah hospital swasta.
Kami sekeluarga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Terima Kasih Atas Doa & Sokongan
Dilaporkan Scha dan bayi perempuannya dalam keadaan baik dan sihat. Pasangan ini juga mengucapkan terima kasih atas ucapan doa, tahniah dan sokongan kepada mereka atas kelahiran ini.
Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.
Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.
Stay safe, and welcome to the world Baby L.
Sementara itu, ramai rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua pasangan ini. Antaranya Haiza Hanafi, adelinetsen, Alif Satar, Micheal Ang, Sariyanti, Jannanick, Mira Filzah, Nora Danish dan sebagainya.
MW: Tahniah sekali lagi buat pasangan Scha dan Awal. Semoga kelahiran anak kedua ini, menambah lagi rezeki melimpah ruah dan kebahagiaan dalam keluarga. Selamat berpantang Scha!
Ustazah Asma' difitnah, zahir rasa terkilan 10 malam terakhir Ramadan dicemari. Sejak semalam, tersiar kenyataan di media massa pendakwah Ustazah Asma' Harun yang dikatakan...