Susah Atau Senang, Aliff Syukri Tunaikan Janji Bawa Isteri Umrah Setiap Tahun

Di sebalik kejayaan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, adanya seorang isteri yang begitu kental, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Biar ketika suami dikecam hebat, dia setia di sisi menenangkan.

Lembutnya jiwa isteri, malah ketegasan peribadi menjadi sandaran kekuatan suami. Dan atas kelebihan inilah, DS Aliff Syukri menegaskan, “Jangan ditukar ganti isteri yang susah senang bersama kita. Sebab itulah kunci kejayaan.”

Rentetan itulah, beliau berkongsi memori yang sukar dilupakan dari kotak ingatannya.

Ketika 10 tahun lepas, ketika saya bekerja makan gaji RM1600, saya terpaksa berniaga part time di pasar tani bersama isteri saya dalam panas terik.”

Kerana akuinya, beliau juga mahu berjaya sama seperti orang lain. Dan waktu itulah, isterinya menuturkan satu impian.

B, kalau kita dah senang saya nak pergi umrah setiap tahun boleh tak? Tak kisahlah ambil pakej umrah paling murah.. jalan dari hotel 10 kilometer pun tak apa.”

Asalkan dapat jejak ke tanah suci setiap tahun. Sebab saya rasa tenang di sana.” Sungguh apa yang DS Shahida tuturkan itu rupanya menjadi realiti dan beliau mampu tunaikan janji itu pada isteri.

 

IKLAN

Susah Atau Senang, Aliff Syukri Tunaikan Janji Bawa Isteri Umrah Setiap Tahun

Kalau Itu Yang Awak Rasa Bahagia, Saya Tunaikan Impian Awak – Aliff Syukri

Janji saya, selagi saya mampu, saya akan tunaikan impian awak. Kalau itu yang awak rasa bahagia. Sebab saya bukanlah suami sempurna, jauh sekali yang terbaik buat isteriku.”

Tapi saya belajar jadi suami yang terbaik dan terus belajar untuk menjadi suami terbaik untuk keluarga kita.”

Dalam pada menuturkan hasrat hati, DS Aliff turut berkongsi lagu Kekasih Hati nyanyian kumpulan Inteam.

Ujarnya, lirik lagu itu amat bermakna buatnya. Dan itulah lagu yang ditujukan khas untuk isterinya, DS Shahida.

IKLAN

Yang tiada pengganti di dunia ini. Doakan kalau ada rezeki tahun depan saya teringin nak ke sana juga dengan satu keluarga.”

 

Susah Atau Senang, Aliff Syukri Tunaikan Janji Bawa Isteri Umrah Setiap Tahun

Walau Ribut Melanda, Saya Tahu Awak Akan Bersama Saya Sayang

Ketika DS Aliff dikecam hebat, DS Shahida terus menjadi sumber kekuatan suami. Kerana dia tahu, sebagai manusia suaminya itu tak lepas dari melakukan kesilapan.

Ramai orang lihat saya sekarang tapi tidak ramai melihat saya dahulu yang susah. Dulu saya pernah terduduk, tersungkur, duit dalam bank ada RM500 je.”

IKLAN

Tapi kita happy. Sekarang.. suit ada banyak tapi lain pula dugaan. Apa pun kita tempuhi juga.”

Saya tahu bukan mudah bergelar wife kepada Aliff Syukri. Banyak kesabaran dia yang selalu ada di sisi saya. Di kala saya senang dan susah.”

Dia ada ketika saya senang dan susah, dia ada ketika mana saya tak mampu pun membeli benda-benda berharga. Doakan kami kekal hingga ke jannah.”

Hanya Allah yang tahu betapa susahnya menjadi orang bisnes ini. Dan nak mengekalkan bisnes yang hampir 10 tahun ini tanpa bantuan sesiapa kecuali keluarga kecil kami.”

 

View this post on Instagram

jgn ditukar ganti isteri yg susah dan senang bersama kita sbb itulah kunci kejayaan ..siapa setuju sila komen dibawah? . . . . memori ni sy tak boleh lupakan.. ketika 10tahun lepas.. ketika saya bekerja makan gaji rm1600 sy terpaksa berniaga partime di pasar tani bersama isteri saya ketika panas terik.. krn kami juga nak berjaya mcm org lain ketika itu .. dan wife sy pernah cakap “b kalau kita dah senang sy nak pergi umrah setiap tahun boleh tak? tak kesahlah ambik pakej umrah paling murah jalan dari hotel 10kilo pun tak apa asalkan dpt jejak ketanah suci setiap tahun sbb saya rasa tenang disana” sy tak sangka skrg menjadi rialiti dan sy mampu… .. . janji sy selagi sy mampu sy akan tunaikan impian awak @shahidadherbs kalau itu yg awak rasa bahgia..sbb saya bukanlah suami sempurna jauh sekali yg terbaik buat isteriku @shahidadherbs tapi sy belajar menjadi suami yg terbaik dan terus belajar utk menjadikan suami terbaik utk keluarga kita.. lagi ni dan lirik ini amat bermakna buat saya dan sy tujukan khas utk isteriku @shahidadherbs yg tiada penganti di dunia ini… doakan kalau ada rezki tahun depan sy teringin nak kesana juga satu keluarga juga..???? . . .. kalau nak tngok full video kisah kami sila pergi dekat youtube sy Tv Terlajak Laris . Jgn lupa Subcribe tau sebab ade macam2 info yg sye nak share pd korang tqq

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sumber/Foto : aliffsukriterlajaklaris

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI