Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, Kamal Hisham Mustaffa, 35, dan isterinya, Norhapisah Idris, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Dua anak mereka yang parah di kepala ialah Muhammad Danish Irfan Kamal Hisham, 11, dan seorang anak angkat pasangan itu, Muhammad Danial Abdullah, 12. Mankala, empat lagi anak pasangan itu berada di rumah ketika kejadian.
Tak Sempat Memintas
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira Aeroback dipandu Kamal Hisham dari arah Ketengah Jaya ke Felda Kerteh 2, dikatakan memintas sebuah kereta di lokasi kejadian.Bagaimanapun, Kamal Hisham tidak sempat kembali ke laluan kiri sebelum bertembung dengan kereta Perodua Alza.
Pemandu Alza, Mohd Zulkifli Ab Aziz, 39, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh, Kemaman dan rakannya, Mohd Suhaimi Mat Hassan, 22, yang bertugas sebagai juru tol, dilaporkan patah kaki.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Keadaan kereta Perodua Alza yang remuk.
Dalam Perjalanan Ambil Anak Di Asrama
Katanya, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang tinggal di Kampung Sura Hujung itu dalam perjalanan mengambil dua anak mereka yang tinggal di asrama Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Raja.
“Kemalangan menyebabkan pemandu dan semua penumpang kedua-dua kenderaan tersepit.
Ads
“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan semua mangsa,” katanya.
Baharudin berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dihantar oleh ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ibu Sempat Masak Mee Segera
Sementara itu, menurut anak sulung mangsa Muhammad Danial, 12, ibu mereka sempat memasak mee segera dan berpesan suruh menjaga adik-adiknya.
“Ibu sempat masak mi segera untuk sarapan kepada kami adik-beradik.
Ads
“Ibu suruh saya jaga adik-adik kerana dia dan ayah nak pergi ambil dua adik yang tinggal di asrama,” kata Muhammad Danial.
Muhammad Danial berkata, dia sangat terkejut apabila diberitahu oleh bapa saudaranya bahawa kedua-dua insan kesayangannya itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ibu dan ayah keluar rumah kira-kira jam 8 pagi untuk mengambil dua adik, Muhammad Danish Irfan, 11, dan Muhammad Darwish Iqbal, 9, yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan Pasir Raja.
“Biasanya kalau ke mana-mana, ayah dan ibu akan bawa kami adik beradik bersama, tapi hari ini ayah tidak berbuat demikian sebaliknya minta saya jaga adik-adik di rumah,” katanya.
Ads
“Saya hanya sempat melihat Muhammad Danish dan Muhammad Darwish ketika mereka dibawa keluar bilik kecemasan untuk dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Saya hanya mampu menangis dan tidak sempat nak cakap apa-apa memandangkan Muhammad Danish kelihatan kritikal dengan memakai alat bantuan pernafasan,” katanya.
Muhammad Danial berkata, kedua-dua adiknya itu dilaporkan parah di bahagian kepala di mana Muhammad Danish paling kritikal dan masih tidak sedarkan diri.
“Saya tidak mahu kehilangan mereka dan berdoa agar mereka selamat.
“Minta Allah selamatkan adik kita,” katanya
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga anak-anak ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.
Semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.
Nahas pelajar UPSI, Muhammad Zahim antara yang terselamat, alami kecederaan di bahagian pinggang. Tragedi nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah menggemparkan negara serta mengundang rasa dukacita seluruh rakyat.
Nahas Pelajar UPSI, Muhammad Zahim Antara Yang Terselamat, Alami kecederaan Di Bahagian Pinggang
Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah. Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.
Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tempoh hari juga ialah Muhammad Zahim Zakri bin Mokharizam yang tinggal di Kampung Bukit Pelong, Permaisuri. Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir telah berkesempatan melawat pelajar ini.
Muhammad Zahim mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan sukar nak bercakap lagi kerana menahan kesakitan. Ketika kejadian berlaku, Zahim tidak tidur dan sedar sepenuhnya sepanjang detik cemas itu serta sempat keluar dari bas berkenaan.
Lebih menyedihkan, ada rakannya yang duduk sebaris telah terkorban dalam tragedi tersebut. Sama-sama kita doakan agar adik Zahim terus diberi kekuatan dan kesembuhan yang sempurna.
Perkongsian Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Pasangan warga emas Muhammad Shah Meon, 75 dan isteri, Mo’minah Ujang, 71 yang dilaporkan hilang sejak 31 Mac lalu lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada petang 1 April. Dipercayai kereta yang dipandu terbabas namun tidak rosak teruk.
Anaknya, Muhamad Khaidir Muhammad Shah, 37 berkata, pasangan itu ditemui di Senawang sekitar jam 5.30 petang, Isnin dan selamat dibawa pulang ke rumah sekitar jam 8.45 malam pada hari sama.
Pasangan Warga Emas Tersesat Berjaya Ditemui Dengan Selamat
Menurutnya, warga emas itu tersesat dan menyebabkan mereka hanya memandu sepanjang malam untuk mencari jalan pulang.
“Telefon tidak dapat dihubungi disebabkan kehabisan bateri dan mereka pula tak ingat nombor telefon anak-anak.
“Biasa kalau mahu ke mana-mana kami yang bawa cuma masa hari kejadian (Ahad) mereka curi-curi keluar.
“Saya hanya tahu dia ke rumah adik selepas mereka telefon beritahu sudah dalam perjalanan dan berada di Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) sekitar jam 10 pagi,” katanya.
Kehilangan pasangan warga emas itu dilaporkan selepas gagal dihubungi sejak Ahad lalu.
Pasangan berkenaan bertolak dari Hulu Langat, Selangor sekitar jam 4 petang Ahad namun tidak sampai ke rumah di Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan hingga petang Isnin.
Situasi tersebut menyebabkan anak-anaknya panik sebelum menularkan berita kehilangan tersebut di media sosial.
Kereta Dipandu Terbabas Tapi Tak Rosak Teruk
Muhamad Khaidir berkata, maklumat awal diterima memaklumkan kereta dipandu bapanya terbabas di kawasan Serenia, Sepang pada waktu Subuh namun mereka meneruskan pemanduan susulan kenderaan tidak mengalami kerosakan teruk.
“Selepas saya tularkan kehilangan mereka, banyak yang hubungi saya memaklumkan ternampak kereta ibu bapa saya sampai ke Tol Sentul dan beberapa lokasi lain.
“Sehinggalah ada pemberi maklumat lain telefon beritahu ibu bapa saya di Senawang. Saya minta mereka tahan ibu bapa saya untuk kami jemput mereka di sana,” kongsinya.
Katanya, kejadian tersebut menyebabkan mereka empat beradik panik namun bersyukur ibu bapa mereka ditemukan dalam keadaan selamat.
TIADA TRAUMA
“Kita bimbang jadi apa-apa kepada mereka kerana hilang pada waktu malam. Lepas kejadian ini, kami jadi lebih beringat dan berhati-hati kerana tidak mahu insiden sama berulang.
“Keadaan ibu bapa saya baik-baik saja, tiada trauma atau terkejut sebaliknya nampak kelegaan di wajah mereka sejurus ditemui dan terus terlena di dalam kereta.
“Alhamdulillah, semuanya selamat dan mereka dilindungi dan ramai yang bantu.
“Terima kasih juga kepada penyalur maklumat dan orang ramai yang mendoakan keselamatan mereka,” katanya.
Pasangan Kontroversi, Marissa & Aslam Ke Mahkamah Syariah. Terbaru anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telahpun ke Mahkamah Syariah bersama suaminya Ahmad Aslam.
Seperti mana dilaporkan, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, atas prosiding pengesahan nikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Pasangan tersebut hadir di mahkamah dengan memakai pelitup muka dan kemudian bergegas pulang selepas berada dalam dewan bicara. Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Marissa dan Aslam khabarnya bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan. Malah pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.
Pasangan Kontroversi, Marissa & Aslam Ke Mahkamah Syariah
Seperti mana dikongsi Berita Harian Online Peguam Syarie mewakili pasangan berkenaan iaitu Muhammad Ammar berkata pihak mahkamah menangguhkan prosiding pada tarikh seterusnya.
“Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir. Siasatan akan disambung pada masa akan datang. Bila tarikhnya, saya dimaklumkan anak guam untuk tidak memaklumkan,” luah Muhammad Amar.
Aslam pula menyatakan terdapat sedikit masalah teknikah berhubung maklumat peribadi mereka.
“Ada masalah sedikit berkenaan maklumat peribadi dalam permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.
“Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawab. Borang ini sudah lama kami serahkan kepada peguam dan hari ini, kali pertama kami hadir. Semuanya akan diuruskan pihak peguam,” katanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...