Ads

“Mak Mereka Tak Tahu Anak Dah Tiada…” Tragedi Sungai Jeram Meruntun Hati, Ibu OKU Lembam Masih Tunggu Anak Balik

Tragedi Sungai Jeram

Tragedi Sungai Jeram yang meragut nyawa dua beradik perempuan pada petang Selasa semalam telah meruntun hati ramai apabila ibu kandung mangsa yang merupakan OKU lembam masih belum mengetahui kedua-dua anaknya telah meninggal dunia.

Dalam tragedi tersebut, Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di sungai bersama rakan-rakan mereka.

Namun di sebalik tragedi Sungai Jeram yang menyayat hati itu, ada satu lagi kisah pilu yang membuatkan ramai sebak. Ibu mangsa, Suria Sulong, 34, sehingga kini masih tidak memahami sepenuhnya apa yang telah berlaku.

Baca artikel: 11 Tahun Menanti Anak Kecil, Ayasofya Kini Kembali Pada Sang Pencipta

Ibu OKU Lembam Masih Menunggu Anak Pulang

“Mak Mereka Tak Tahu Anak Dah Tiada…” Tragedi Sungai Jeram Meruntun Hati, Ibu OKU Lembam Masih Tunggu Anak Balik
Ibu kepada dua beradik yang lemas dalam Tragedi Sungai Jeram ini masih belum memahami bahawa anak-anak kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya.

Menurut nenek mangsa, Esah Salleh, 76, anaknya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) lembam dan tidak menyedari bahawa dua anaknya telah pergi buat selamanya.

Lebih memilukan, mangsa sulung yang berusia 15 tahun itu juga mewarisi keadaan sama seperti ibunya.

“Mak mereka tak tahu anak-anak dia dah meninggal. Suria OKU lembam dan anaknya yang umur 15 tahun itu juga mewarisi keadaan sama, tapi adiknya normal,” katanya ketika ditemui.

Menurut Esah, kedua-dua cucunya tinggal bersamanya di Kampung Jeram sejak kecil selepas Suria berpisah dengan suami. Sebagai nenek, dialah yang selama ini menjaga, membesarkan dan menjadi tempat bergantung dua beradik tersebut.

Ads

“Saya Yang Jaga Mereka Dari Kecil”

Menceritakan detik sebelum Tragedi Sungai Jeram berlaku, Esah berkata dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung.

Ketika itu, kedua-dua cucunya keluar dari rumah untuk ke rumah rakan mereka seperti kebiasaan. Tidak lama kemudian, berita yang diterima benar-benar merentap jiwa seorang nenek.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu cucu lemas di sungai. Kehilangan mereka amat dirasai kerana saya yang menjaga mereka dari kecil dan kami sangat rapat,” katanya dalam nada sebak.

Bagi seorang warga emas yang sudah menjaga cucu-cucu sejak kecil, kehilangan itu tentunya bukan sesuatu yang mudah diterima.

Ads

Apatah lagi apabila dua beradik tersebut menjadi peneman hidupnya selama ini.

Baca juga artikel: Tragedi Kemalangan Libatkan 4 Beradik Kandung Ke Sekolah, Sebelah Kaki Mas Siti Terpaksa Dipotong

Mayat Ditemui Berdekatan Pada Kedalaman Empat Meter

“Mak Mereka Tak Tahu Anak Dah Tiada…” Tragedi Sungai Jeram Meruntun Hati, Ibu OKU Lembam Masih Tunggu Anak Balik
Kedua-dua mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman kira-kira empat meter dan sekitar 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

“Mak Mereka Tak Tahu Anak Dah Tiada…” Tragedi Sungai Jeram Meruntun Hati, Ibu OKU Lembam Masih Tunggu Anak Balik

Terdahulu, Tragedi Sungai Jeram ini berlaku apabila empat remaja mandi di sungai berkenaan sekitar jam 3 petang sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

Ads

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tidak jauh dari lokasi mereka dipercayai hilang.

Anda mungkin berminat dengan

Kedua-dua mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira empat meter dan berada sekitar 20 meter dari lokasi kejadian.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut.

Kesedihan Yang Sukar Difahami

Apa yang menjadikan Tragedi Sungai Jeram ini begitu menyentuh hati ialah keadaan ibu mangsa sendiri.

Dalam keterbatasannya, Suria mungkin masih menunggu kepulangan anak-anaknya tanpa memahami apa yang sebenarnya telah berlaku.

Dia masih menyangka dua beradik itu akan pulang seperti biasa. Disebabkan belum mampu memahami mengapa ramai orang di sekelilingnya, si ibu ini juga turut menangis dan bersedih.

Sumber: Sinar Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ayasofya

11 Tahun Menanti Anak Kecil, Ayasofya Kini Kembali Pada Sang Pencipta

Ayasofya pergi secara tiba-tiba, bukan mudah nak terima ujian pemergian seorang anak kecil. Nak-nak sudah 11 tahun menunggu kehadirannya sebelum ini.