Tak mampu bayangkan perasaan seorang isteri yang menunggu kepulangan suami balik dari kerja, tetapi akhirnya menerima perkhabaran suaminya telah meninggal.

Lebih pedih bila isteri sedang menunggu hari lahirkan anak sulung, suami yang merupakan seorang posmen meninggal dunia terlanggar lori Ketika bertugas.

Posmen Meninggal Lori Ketika Bertugas

Posmen yang sedang melakukan penghantaran, maut dalam kemalangan di Kilometer 301.1 Lebuhraya KL-Seremban menghala selatan, semalam.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Muhammad Radzi, 28, terlanggar bucu lori dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Baca juga di sini:

Gambar Di Lokasi Kemalangan Yang Tular, Jadi Petunjuk Kepada Keluarga Mangsa Nahas Helikopter

IKLAN

Luluh Hati Suami Rupanya Isteri Sendiri Kemalangan, Arwah Turut Tinggalkan Anak Tujuh Bulan

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Isteri Sedang Menunggu Hari Lahirkan Anak Sulung

Lebih menyayat hati, berdasarkan Facebook (FB) Bandar Baru Online Community yang turut menyiarkan kejadian, isteri mangsa Nur Azura Abdullah kini sedang menunggu masa melahirkan anak sulung mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang maut menaiki motosikal jenis Modenas.

IKLAN

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang di lorong kecemasan terlanggar bucu sebelah kanan sebuah lori yang mengalami masalah enjin dan sedang bergerak perlahan dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun.

“Lori yang mengalami masalah kerosakan enjin itu turut menyalakan lampu kecemasan, juga berada di lorong kecemasan.

“Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar barangan PosLaju di kawasan Bandar Seri Mahkota, Bangi,” katanya dihubungi Harian Metro.

Posmen Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan peha patah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

IKLAN

Menurutnya, jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang dan bedah siasat dilakukan hari ini.

“Sementara itu, kenderaan yang terbabit dalam kemalangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan Puspakom.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.

MW: Malang tidak berbau, mungkin sudah tiba ajalnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkannya di kalangan orang yang beriman. Buat keluarga, MW merakamkan ucapan takziah atas pemergian insan yang disayangi. Al-Fatihah.

Sumber: myMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI