“Mak buang saya sebab cacat. Saya maafkan tapi tak mampu pandang muka dia lagi. Luahan seorang pemuda kelainan upaya di Tik Tok @c1ncau1 dikenali sebagai Zuki cukup membuatkan ramai yang menangis dan menahan sebak.
Zuki bukan nama besar. Bukan selebriti atau ikon motivasi. Tapi kisah hidupnya, cukup untuk membuatkan ramai menitiskan air mata.
“Mak Buang Saya Sebab Cacat
Dilahirkan dalam kekurangan hingga dibuang mak sendiri tapi kata-kata yang lahir dari mulutnya sudah cukup menggambarkan betapa kecewanya hati seorang anak yang dibuang mak sendiri ke rumah kebajikan hanya kerana kecacatan dialaminya.
Dia diasingkan dari menerima pelukan ibu sendiri hanya kerana sebab dirinya dilahirkan dengan kelainan upaya.
“Mak ayah saya, dia dah buang saya. Saya dah maafkan tapi saya tak nak pandang muka anda lagi. Simple,” kata Zuki yang kemudian dilihat meminta maaf kepada individu yang menemubualnya kerana berkata begitu.
Mungkin kata-katanya dilihat agak tegas tetapi ia mungkin terzahir dari rasa kecewa yang dialaminya kerana tiada peluang membesar dalam kasih sayang mak ayah.
Ads
Dia membesar dengan luka yang cukup dalam. Luka yang tidak nampak secara fizikal tapi kekosonga dalam jiwanya. Walau sudah memaafkan ibu ayah yang membuangnya namun tidak mahu melihat insan yang melahir dan membawanya ke dunia adalah luahan dari lubuk hatinya yang dalam.
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi pelakon versatil Johan As’ari, kehidupan yang dilaluinya hari ini bukan sekadar tentang kerjaya seni dan populariti, tetapi tentang warisan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah pudar daripada hatinya.
Meskipun sudah hampir sedekad berlalu sejak pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Datin Firdaus Abdul Kader, momen istimewa bersama ibu tetap terpahat utuh di ingatannya. Untuk rekod, ibu Johan meninggal dunia pada Mei 2015 akibat kanser tulang.
“Senyuman ibu, wajah ibu… tetap jelas terbayang di depan mata saya.”
Itulah bisikan hati seorang anak yang tidak pernah melupakan setiap detik bersama ibunya. Kenangan yang disulam dengan sentuhan kasih, masakan ibu setiap kali pulang ke rumah, dan amalan mencium tangan sebelum melangkah pergi, semuanya terus hidup dalam memorinya.
Antara nilai paling besar yang dipegang oleh Johan sehingga ke hari ini adalah semangat ukhwah dan sifat suka bergaul, yang menurutnya adalah sifat utama yang diwarisinya daripada arwah ibunya.
“Dalam keluarga, sifat silaturahim tu amat dititikberatkan. Arwah ibu sangat menjaga hubungan dengan orang. Itulah yang saya pegang dan amalkan sampai sekarang,” ujar Johan penuh syukur.
Bagi Johan, ukhwah bukan sekadar bersosial, tetapi tentang nilai Islam yang dibudayakan sejak kecil dan kini menjadi sebahagian daripada identitinya sebagai seorang anak seni dan juga insan biasa.
Meskipun ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2015, Johan tidak menjadikan kesedihan sebagai alasan untuk tenggelam dalam kehilangan. Sebaliknya, dia mengangkat kenangan dan semangat ibunya sebagai inspirasi untuk terus kuat dan bahagia.
Sebagai seorang anak lelaki yang sangat rapat dengan ibunya, Johan reda dengan ketentuan Ilahi, namun jiwanya tidak pernah kering dari doa dan rindu.
Sering diberi watak antagonis, Johan akui bahawa dirinya menyimpan impian untuk membawakan watak yang lebih berbeza sebagai seorang bapa.
“Saya impikan watak sebagai seorang ayah. Bukan sebab usia, tapi kerana watak itu membawa dimensi emosi yang berbeza. Ia lebih mendalam… lebih jujur.”
Bagi Johan, lakonan bukan sekadar kerja, tapi juga satu cara untuk menzahirkan sisi peribadinya yang lembut dan penuh kasih sama seperti bagaimana dia diajar oleh ibunya sejak kecil.
Pengalaman Johan As’ari mengerjakan umrah menjadi salah satu momen paling bermakna dalam hidupnya, bukan sahaja sebagai seorang Muslim, tetapi juga sebagai anak seni.
Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah bukan dalam kapasiti peribadi sahaja, malah turut terlibat dalam penggambaran lakonan di lokasi penuh barakah itu, memberi dimensi spiritual yang luar biasa dalam kariernya.
“Älhamdulillah saya dapat menunaikan umrah beberapa kali atas tajaan sebuah syarikat pengendali umrah berpengalaman luas dalam ibadah umrah. Malah, saya juga dapat menjalani penggambaran di Mekah dan Madinah bersama beberapa lagi pelakon lain yang diterbangkan khas bersama sebuah syarikat pengendali umrah terkemuka di ibukota.
Malah saya teruja dapat bersama-sama kumpulan pertama penerima umrah Asnaf yang rata-rata teruja menerima jemputan umrah ini,”ujar Johan yang ditemui di Wadi D’Fajr, Hudaibiyyah.
Menurut Johan, setiap langkah di Tanah Haram membawa keinsafan dan rasa syukur yang mendalam, apatah lagi apabila dapat menghayati watak sambil merasai getar rohani di kota suci yang menjadi kiblat umat Islam.
Bagi Johan, peluang itu bukan sekadar rezeki duniawi, tetapi juga rezeki hati yang menjadi bekalan kekuatan untuk terus istiqamah dalam kehidupan dan kerjaya.
Apabila menyentuh soal jodoh, Johan memilih untuk menyerahkan segalanya kepada aturan Tuhan. Tidak pernah mengeluh atau meratapi takdir, dia akur bahawa setiap manusia punya masa dan jalannya sendiri.
“Jodoh tu rahsia Allah. Jangan sebab putus cinta atau lambat bertemu jodoh, kita jadi sedih. Saya berpegang pada satu perkara. Kita ada ibu yang sentiasa sayang dan nak lihat kita bahagia. Kalau ibu doakan, InsyaAllah… jodoh itu akan datang dengan cara yang paling indah.”
Johan sempat berseloroh, namun penuh makna.
“Siapa yang tak mahu kahwin? Saya pun nak kahwin… Doakan saya.”, ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Di sebalik kilauan populariti dan tumpuan lensa kamera, ada satu sisi Bella Astillah yang menyentuh hati sisi seorang ibu yang berdiri teguh di sisi anaknya, memberi semangat bukan sebagai selebriti, tetapi sebagai wanita biasa yang mahu melihat anaknya berani dan kuat.
Pelakon dan penyanyi berusia 31 tahun ini mencuri tumpuan apabila hadir penuh semangat ke 113 International Triathlon Desaru Malaysia 2025, bukan untuk membuat persembahan, bukan juga sebagai jemputan VIP tetapi sebagai ibu kepada seorang peserta cilik, Ayden Adrean, 8 tahun.
Sejak awal pagi, Bella kelihatan hadir dalam gaya santai, mengenakan T-shirt hitam dan seluar jean, sambil ditemani si kecil comel, Ara Adreanna, 5 tahun. Namun yang mencuri perhatian bukanlah penampilannya, tetapi kesetiaannya berada di sisi anak dan insan-insan rapat dengannya, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Lebih indah, beliau tidak sekadar hadir sebagai penonton tetapi sebagai ibu yang menjerit penuh semangat, memberikan dorongan buat Ayden yang bertanding dalam triathlon pertamanya.
“Saya tak pernah paksa Ayden, tapi bila dia tunjuk minat, saya sokong sepenuhnya. Sukan ini bagus untuk kesihatan dan semangat juang. Memang saya risau, tapi saya bangga dia berjaya habiskan perlumbaan,” ujar Bella, penuh emosi.
Ayden yang baru berusia 8 tahun adalah antara peserta termuda acara triathlon kali ini. Meskipun teruja, beliau turut diuji apabila pelampung keselamatan hanyut semasa berenang memaksa dia menghentikan cabaran di laut atas faktor keselamatan.
Namun, di mata ibunya dan mereka yang menyaksikan, keberaniannya untuk tampil dan mencuba sudah cukup membuktikan bahawa semangat juang tidak mengenal usia.
“Ayden sangat berani. Tak semua kanak-kanak seumur dia sanggup sertai triathlon. Saya bangga dia tak putus asa,” ujar Syed Saddiq yang hadir memberi sokongan moral, dan turut mengakui hadir bersama Bella dalam acara tersebut.
Apa yang dilakukan Bella bukan sekadar tugas seorang ibu, ia adalah gambaran wanita moden yang tidak hanya mengejar impian diri, tetapi juga menyokong impian anak-anak dengan sepenuh hati.
Biar pun status selebritinya membuat setiap langkah diperhatikan, Bella kekal merendah diri, memberi ruang untuk anak-anak bersinar di pentas sendiri. Kerana dalam hidup seorang anak, satu sorakan lembut dari ibu lebih bermakna dari ribuan tepukan di pentas dunia!
Buang sampah kecil di jalanan seperti tisu atau puntung rokok, bersedia jalani khidmat masyarakat 12 jam. Awas kalau ada tabiat suka buang sampah di tempat awam khususnya di bandar.
Tabiat pengotor dan ambil mudah ini akan mengakibatkan pesalah boleh dikenakan hukuman khidmat masyarakat selama 12 jam. Jika engkar boleh dikenakan hukuman denda antara RM2000 ke RM10,000.
Tidak hanya terhad kepada sampah-sampah kecil seperti tin minuman, plastik, tisu dan lain lagi, mana-mana pemilik yang membela kucing atau anjing juag tidak terlepas jika tertangkap membuang najis haiwan merata-rata. Ini kerana najis haiwan ini dianggap sebagai sampah kecil dan ia termasuk dalam kesalahan seperti dinyatakan.
Semua peraturan ini akan berkuat kuasa bermula 12 tengah malam 1 Januari 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Baru ini, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025 yang membolehkan mahkamah mengenakan perintah khidmat masyarakat hingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil.
Memetik Tik Tok rasmi Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, tiga Rang Undang-Undang (RUU) KPKT melibatkan Akta 133, Akta 672 dan Akta 171 telah diluluskan di Dewan Rakyat.
Dirinya menjelaskan, pindaan ini bertujuan memperkukuh tanggungjawab sivik dan mendisiplinkan masyarakat dalam menjaga kebersihan awam, selari dengan aspirasi MADANI.
Pindaan ini memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata seperti puntung rokok, tisu, plastik dan pembungkus makanan di tempat awam. Mahkamah boleh memerintahkan khidmat masyarakat maksimum 12 jam dan ingkar perintah boleh didenda RM2,000 hingga RM10,000.
Nga Kor Ming yang juga Presiden UN-Habitat menegaskan pindaan ini penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk memastikan imej negara kekal bersih dan dihormati di mata dunia.
Jadi pada yang suka buang-buang sampah merata tu khususnya sampah kecil bersedia lakukan khidmat masyarakat atau kalau tidak didiklah diri sendiri untuk tidak membuang sampah merata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!