
Di sebalik kilauan populariti dan tumpuan lensa kamera, ada satu sisi Bella Astillah yang menyentuh hati sisi seorang ibu yang berdiri teguh di sisi anaknya, memberi semangat bukan sebagai selebriti, tetapi sebagai wanita biasa yang mahu melihat anaknya berani dan kuat.
Pelakon dan penyanyi berusia 31 tahun ini mencuri tumpuan apabila hadir penuh semangat ke 113 International Triathlon Desaru Malaysia 2025, bukan untuk membuat persembahan, bukan juga sebagai jemputan VIP tetapi sebagai ibu kepada seorang peserta cilik, Ayden Adrean, 8 tahun.
Kesetiaan Seorang Ibu
Sejak awal pagi, Bella kelihatan hadir dalam gaya santai, mengenakan T-shirt hitam dan seluar jean, sambil ditemani si kecil comel, Ara Adreanna, 5 tahun. Namun yang mencuri perhatian bukanlah penampilannya, tetapi kesetiaannya berada di sisi anak dan insan-insan rapat dengannya, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Lebih indah, beliau tidak sekadar hadir sebagai penonton tetapi sebagai ibu yang menjerit penuh semangat, memberikan dorongan buat Ayden yang bertanding dalam triathlon pertamanya.
“Saya tak pernah paksa Ayden, tapi bila dia tunjuk minat, saya sokong sepenuhnya. Sukan ini bagus untuk kesihatan dan semangat juang. Memang saya risau, tapi saya bangga dia berjaya habiskan perlumbaan,” ujar Bella, penuh emosi.
Ayden yang baru berusia 8 tahun adalah antara peserta termuda acara triathlon kali ini. Meskipun teruja, beliau turut diuji apabila pelampung keselamatan hanyut semasa berenang memaksa dia menghentikan cabaran di laut atas faktor keselamatan.
Namun, di mata ibunya dan mereka yang menyaksikan, keberaniannya untuk tampil dan mencuba sudah cukup membuktikan bahawa semangat juang tidak mengenal usia.
“Ayden sangat berani. Tak semua kanak-kanak seumur dia sanggup sertai triathlon. Saya bangga dia tak putus asa,” ujar Syed Saddiq yang hadir memberi sokongan moral, dan turut mengakui hadir bersama Bella dalam acara tersebut.
View this post on Instagram

Apa yang dilakukan Bella bukan sekadar tugas seorang ibu, ia adalah gambaran wanita moden yang tidak hanya mengejar impian diri, tetapi juga menyokong impian anak-anak dengan sepenuh hati.
Biar pun status selebritinya membuat setiap langkah diperhatikan, Bella kekal merendah diri, memberi ruang untuk anak-anak bersinar di pentas sendiri. Kerana dalam hidup seorang anak, satu sorakan lembut dari ibu lebih bermakna dari ribuan tepukan di pentas dunia!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Sumber:www.kosmo.com.my/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI