Kalau perkahwinan lebih banyak mudarat daripada kebaikan jika diteruskan, mungkin perpisahan jalan terbaik.
Setiap pasangan sememangnya mendambakan perkahwinan hingga ke hujung nyawa, namun bila takdir Allah mengatasi segalanya, apa daya manusia.
Kadang-kadang perpisahan atau penceraian menjadi peluang kedua untuk pasangan untuk mulakan hidup baru. Penceraian bukanlah penamat hidup, abaikan kata-kata negative bila bergelar janda atau duda, kerana peritnya ujian rumah tangga, mak ayah yang laluinya.
Kalau Perkahwinan Lebih Banyak Mudarat
Ikuti perkongsian Kheyr Hameed ini dan fahami apa yang cuba sampaikan.
Bukan mudah memberi nasihat dan pandangan pada mereka yang perlu memilih untuk meneruskan perkahwinan atau mengakhirinya.
Kerana itu adalah tentang hidup mereka. Selalu aku ingatkan pada mereka yang datang pada aku, “Ini tentang kehidupan kau. Kau yang rasa, kau yang tanggung.
“Kau takut jadi janda sebab takut orang mengata. Tapi orang tahu tak apa yang kau rasa? Orang tu bagi kau makan ke, masa kau tengah lapar terkais sana, sini nak cukupkan duit? Orang itu tolong kau kena masa kau kena pukul dengan laki (suami)?”
Persepsi masyarakat pada janda tak akan pernah habis. Duda tak apa. Siap ada label, “Duda itu hot.” Kalau hidup berpaksikan pada apa yang orang kata, tak akan pergi ke mana.
Ads
Umpama cerita ayah tua, anak dan keldai. Anak naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau biarkan bapa kau yang sudah tua jalan kaki.”
Bila ayah naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau biarkan anak kau kecil lagi jalan kaki.”
Kemudian, bila kedua-duanya naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau buat keldai tu menderita tanggung beban.”
Bila dua-dua tak naik, orang kata, “Bodohnya kamu ini, sudah ada keldai, naiklah.” (Cerita ini mak ayah aku selalu cerita bila nak gambarkan tentang di mata manusia ini, semua benda pun tak betul)
Mungkin Perpisahan Jalan Terbaik
Aku pesan untuk yang tengah cari bahagia, sayangilah diri sendiri. Jangan fikir apa orang kata, tapi kau nak cari redha Tuhan untuk hidup ini. Kalau perkahwinan itu lebih banyak mudarat dari kebaikan jika diteruskan, maka perpisahan mungkin lebih baik.
Ads
Bila setahun dua, mereka ini datang menyapa aku mengkhabarkan betapa bahagia mereka walau mungkin masih bersendiri, aku turut tarik nafas lega.
Notakaki: Tapi ada juga yang menyalahkan aku bila selepas berpisah, hidup sedikit susah sbb perlu bekerja. Well, haters is real. Begitulah.
Mingguan Wanita : Tidak dinafikan, bila timbul soal perpisahan banyak perkara difikirkan. Tetapi sekurang-kuranglah pilihlah jalan terbaik untuk diri sendiri, kerana hidup bukan hanya untuk hari ini tetapi esok dan selamanya.
“Ustazah, bulan ni dah dua kali saya datang bulan”
Berkerut dahi si ustazah mendengarnya.
Bila masuk ke dunia mengaji, nak-nak pula mengajar anak-anak muda membaca Al-Qur’an, akan ada yang datang mengadu masalah sebegini.
Diajak mengaji, terus digelengkan kepala dan tersengih-sengih tiba-tiba. Sebagai tanda untuk menyatakan bahawa dia sedang uzur syar’ie.
“Dah kira elok tak tempoh awak datang haid pertama bulan ni? Dah cukup tempoh 15 hari?”
Tiba-tiba air mukanya berubah. Kelu lidah. Ternganga mulut sambil memandang ustazah. Keliru mahu memberikan jawapan gamaknya.
Kadang mereka kurang arif dalam membezakan darah haid dan darah istihadhah. Kawan-kawan, mak-mak, kakak-kakak kena alert perkara ini ya. Jelaskan kepada mereka macam mana nak membezakan kedua-dua jenis darah yang keluar ini.
Darah haid keluar paling minima adalah dalam tempoh 24 jam. Dan tempoh maksimanya pula adalah selama 15 hari. Setelah itu, sekiranya darah masih mengalir keluar, ianya dikira sebagai darah istihadhah.
Cara Solat Ketika Ada Darah Istihadhah
Darah istihadhah membenarkan kita menunaikan solat. Tetapi ada syarat sahnya pula yang perlu dihadam.
Nak solat ketika mengalami istihadhah, Pastikan terlebih dahulu kita bersihkan tempat keluar darah (faraj) dan memakai tuala wanita atau sesuatu yang dapat menahan darah daripada mengalir keluar.
Satu wudhu’ hanya sah digunakan untuk satu solat fardhu sahaja.
Senang nak faham dan praktiknya, setiap kali nak solat, kita wajib bersihkan diri dari darah yang mengalir dan ambil wudhu’ yang baharu.
Lagi Stress, Makin Banyak Darah Istihadhah Keluar
“Darah istihadhah ni darah penyakit kan, ustazah? Saya ni berpenyakit ke?”
Ahh sudah!
Adikku sayang, bila darah istihadhah keluar, jangan mudah panik dan tertekan. Kawal emosi dan perasaan. Lagi kita stress, lagi banyak darah tu keluar tanpa diundang.
Wanita yang sedang dalam istihadhah masih tetap perlu solat. Banyakkan istighfar, selawat dan berdoa supaya darah istihadhah berhenti keluar dan kita mampu menunaikan ibadah dengan baik dan mudah. Insya-Allah..
Ada yang masih menggaru kepala yang tidak gatal tentang benda ni?
Jom ajak anak-anak dan orang yang kita sayang untuk bersahabat dengan Al-Qur’an. Moga ada secebis pahala buat kita persembahkan di hadapan Tuhan.
Memang dah banyak sangat kes anak masuk barang mainan kecil dalam mulut, telinga dan hidung. Sepatutnya sebagai mak ayah, anda kena peka dan bijak memilih mainan yang berkualiti yang boleh membantu meningkatkan pemikiran kreatif dan imaginasi anak-anak. Tetapi jangan pula sampai mengundang masalah!
Jadi untuk mengelakkan daripada berlaku kejadian pelik-pelik, mak ayah boleh rujuk perkongsian Dr Ezairy M.Sallih ini…
Bahaya alat mainan kecil kepada anak-anak!
Kenapa Doktor ini menulis tentang bahaya alat-alat serta barang permainan kecil kepada anak-anak kita? Apa bahayanya kepada mereka?
Sebagai doktor yang bertugas di bidang telinga, hidung dan tekak, memang banyak kes-kes seperti ini yang Doktor terpaksa hadapi. Kes bayi termasuk alat mainan di telinga bukanlah suatu yang jarang untuk ditemui. Banyak sebenarnya.
Bukan itu sahaja, bahkan alat permainan seperti ini juga boleh termasuk ke rongga seperti hidung. Perkara seperti inilah sebenarnya yang paling perlu ditakuti. Mengapa?
Apabila objek masuk ke rongga hidung, ia amat berisiko untuk tersedut dan seterusnya masuk saluran pernafasan. Apa yang lebih merisaukan ialah ia juga boleh sampai ke paru-paru. Nyawa pesakit boleh terancam!
Adakah setakat itu sahaja? Haa… Objek seperti duit syiling dan bateri juga perlu diberi perhatian. Bukanlah suatu perkara yang jarang ditemui di kalangan anak-anak yang dirujuk ke hospital kerana tertelan duit syiling. Dan Ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk ditangani dan dirawat.
Pesakit perlu ‘ditidur dan dibius’ bagi melalui prosedur di bilik bedah, semata-mata untuk mengeluarkan objek yang tertelan!
Sebagai ibu bapa yang prihatin, tolonglah pesan dan beritahu anak-anak berulang kali. “Kalau jumpa duit syiling, kalau jumpa barang-barang kecil, beri kepada ayah dan ibu.” Pesan selalu kepada mereka, InshaaAllah mereka akan terbiasa. Nampak macam perkara remeh bukan, tetapi ini amat penting untuk ‘dibudayakan’ dalam institusi keluarga di rumah kita.
Langkah bijak dan perlu untuk ibu bapa :
✅ Sentiasa letakkan duit syling di suatu bekas khas yang tidak dapat dicapai oleh anak. Atas meja atau dalam almari contohnya.
✅ Berhati-hati dalam membeli alatan permainan untuk anak-anak. Elakkan terlalu kecil yang berisiko untuk masuk ke rongga hidung, telinga dan hidung.
✅ Perhatikan pergerakan anak terutama ketika bermain-main di dalam rumah bersama alatan permainan. Anak kecil memang cenderung untuk masukkan apa-apa objek ke dalam mulut.
✅ Elak letak bateri-bateri kecil merata-rata, terutama bersaiz kecil seperti bateri jam. Sangat bahaya jika ia masuk ke rongga hidung atau tertelan!
✅ Hati-hati bagi ibu yang memakai tudung ‘berbatu-batu’ yang cantik itu. Kadang kala ia tertcabut tanpa disedari dan diambil oleh anak kecil.
Semoga pesanan kali ini mampu memberi kesedaran buat kita semua. Sama-sama kita berpesan… marilah kita saling beringat. Anda dijemput untuk kongsi tulisan ini jika anda rasa ia amat berharga.
Selamat beramal!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim cuti sekolah ramai yang membawa anak pergi jalan-jalan baik dalam negara mahupun luar negara. Nak bawa anak-anak perlukan persediaan yang rapi agar segala urusan menjadi mudah. Namun jika mak-mak berhasrat nak bawa anak-anak terutamanya yang masih kecil, menunaikan umrah di tanah suci boleh baca tips yang dikongsikan oleh Yatt Hamzah ini.
Ramai mengetahui Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, ketika ini sedang mengerjakan umrah bersama suami, Mohammad Zulfadhli Khairuddin dan membawa bersama 3 orang puteri kesayangan mereka.
Berikut perkongsian daripada Yatt Hamzah sebagai rujukan;
“Ok, siapa ibu bapa yang bakal menunaikan umrah bersama anak-anak kecil tak lama lagi angkat tangan sikit”.
Please take note, 10 THINGS MUST BRING, WAJIB NECESSITIES FOR YOUR TODDLERS & BABIES;
1. PAKAIAN MUSIM SEJUK (Jaket, Topi, Stokin, Kasut, Sarung Tangan, Bedung, Selimut, bantal, towel, etc) untuk kekalkan rasa panas, jika pergi cuti sekolah Nov-Dec sebab sejuk sangat up to 8 C.
2.UBAT-UBATAN untuk anak-anak dan ibu bapa juga & Termometer.
3. Makan Sejuk Beku Bayi & Susu Ibu
(Simpan dalam Coleman dan minta pramugari simpan dalam peti sejuk jika tempoh perjalanan panjang.
4.Warmer untuk memanaskan makanan dan susu. Thermos WAJIb juga! Dalam flight minta je air panas nanti depa bagi.
5.Baby Wipes sebab perbersihan dimana-mana dan bila-bila masa. Pencuci pakaian bayi untuk cuci muntah, sisa makanan bayi dan penyangkut baju kecil untuk menyidai.
6.Nursing Cover atau Nursing Jubah & tudung.
7. Stroller kecil, jika boleh yang boleh angkut dibahu, senang nak bawa masuk masjid. Yang besar tak lepas (masuk) masjid.Niuntuk yang anak ramai macam Bonda sebab tak mampu nak dukung semua.
8.Wrist bands untuk pastikan keselamatan dan pastikan dekat dengan kita. Ni WAJIB!
9.1 bag bayi saiz sederhana yang boleh masukkan semua benda, susu, makanan, diapers, toiletteries, etc.
10.Permainan dan buku cerita untuk pastikan anak-anak sibuk, dan mereka takkan kacau kita dan orang lain solat. Trust me this really gives a lot of relief.
Percayalah. Semua diatas ini memang wajib dibawa. Tak pe je khaskan 1 luggage untuk segala keperluan ini. Korang akan rasa sangat lega bila bawa semua ini.Insya Allah.
Selamat menunaikan Umrah dan selamat berjuang dengan anak-anak syurga.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Terdahulu, Yatt bernikah dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima,2, dan Suci Hayfa Medina 7 bulan. Daripada perkahwinan lalu, Yatt memiliki anak perempuan, Suci Hanania Malika, 8.
MW: Jadi buat mak-mak yang berhasrat bawa anak-anak kecil untuk mengerjakan umrah, boleh ceduk tips yang dikongsikan oleh Yatt Hamzah ini sebagai panduan. Semoga dipermudahkan segala urusan di tanah suci dan mendapat umrah yang mabrur.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...