Paling Sukar Dalam Hubungan PJJ, Bila Perpisahan Sementara Betul Jadi Depan Mata

Saat paling sukar bagi pasangan PJJ (Hubungan Jarak Jauh), bila terpaksa berjauhan-berpisah sementara menjalani kehidupan suami isteri. Demi mencari nafkah tuntutan itu dijalani penuh kesabaran.

Itulah yang berlaku pada Sofuan Saadon, berpisah sementara dengan isteri di Semenanjung. Guru ini meneruskan bakti mendidik anak bangsa di SMK Matu, Sarawak.

Rindu usah cerita, namun perkara paling berat mahu dilakukan saat perpisahan benar-benar terjadi di depan mata. Saat melepaskan pegangan dengan yang tersayang, melepaskan si dia pergi di bawa pesawat penerbangan. Allahu..

Bila Perpisahan Benar Terjadi, Inilah Saat Yang Paling Sukar

BAGI pasangan yang PJJ (perhubungan Jarak Jauh), inilah saat yang paling sukar. Perpisahan sementara. Demi diri, pasangan, keluarga dan kerjaya.

Masih jelas dalam ingatan aku ketika pertama kali aku balik ke Sarawak tak lama selepas berkahwin. Isteri yang menghantar aku ke stesen bas sebelum aku ke KLIA2.

Aku tahu isteri sedih dan berat nak lepaskan aku tapi kami tiada pilihan. Bini nampak kuat waktu itu. Dia cuba tahan air mata dari jatuh.

Jangan risau.. Nanti cuti abang balik. Bukan selamanya di sana,” pujuk aku buat pertama kalinya.

IKLAN

Isteri mengangguk perlahan. Aku renung mata isteri dalam-dalam. Sinar mata yang penuh pengharapan.

Isteri Tak Dapat Kawal Perasaan, Tangisan Dilepaskan Di Tepi Jalan

Rupa-rupanya selepas hantar aku dan bergerak tinggalkan Terminal Aman Jaya itu, isteri berhenti di tepi jalan dan menangis semahu-mahunya.

Itulah perpisahan sementara kami selepas sah menjadi suami isteri. Isteri tak dapat kawal perasannya. Dia lepaskan segalanya pada ketika itu. Apabila dia kembali tenang, barulah dia teruskan pemanduan ke rumah sewanya.

Aku perasan, dari hari ke hari, isteri seakan sudah reda dengan pemergian aku untuk mendidik anak bangsa. Dia nampak akur melepaskan aku pergi.

IKLAN

Namun, situasi kali ini agak berbeza.

 

Paling Sukar Dalam Hubungan PJJ, Bila Perpisahan Sementara Betul Jadi Depan Mata

IKLAN

Perpisahan Kali Ini Jauh Bezanya, Seakan Dia Tak Mahu Melepaskan

Hampir sebulan aku dengannya dan sama seperti kali pertama dahulu, dia seakan tak mahu lepaskan aku pergi. Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengulang ayat-ayat yang biasa aku katakannya dalam dua tahun ini.

Abang pergi bukan untuk seronok-seronok. Cari nafkah untuk keluarga kita.. ”

Kita memang jauh, berlainan tanah. Tapi setiap hari kita boleh dengar suara. Sayang tahu abang buat apa..”

Sekarang ni masa cepat. Nanti cuti abang balik lagi..”

Ya Tuhan, tolong jagakan dia untukku.

Sumber/Foto : Sofuan Saadon

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI