Sukarnya mahu buat orang faham situasi murung yang ibu depresi alami. Kerana tak semua nasihat yang diberi mampu hadam lumat dalam jiwanya yang celaru.
Mereka dibelenggu perasaan takut, paranoid malah trauma yang panjang. Dan jika tak dirawat sakitnya makin melarat.
Tapi berapa ramai orang yang belajar untuk faham..
Berapa ramai yang usaha nak membantu..
Dan berapa ramai yang tak pernah sekali jatuhkan hukum dengan ‘kata-kata’.
Wanita ini, Nad Masrom yang merupakan Kaunselor Laktasi pernah alami kemurungan dalam hidupnya. Tiga bulan dia ambil masa untuk berhenti menangis yang berpanjangan.
Selepas mengalami satu emosi kehilangan permata hati yang lahir dari rahimnya. Sebulan pertama, selepas arwah pergi cuma air mata jadi penemannya saban hari.
“5 tahun untuk pulih lebih banyak. Nak kata sepenuhnya pulih itu rasanya tidak. Sebab masih lagi ada perasaan takut walaupun tak seteruk dulu.”
Kongsinya dengan rakan fb yang bertanyakan status kemurungannya itu.
Sungguh, dalam melawan emosi depresi Nad menemui satu terapi yang membantunya melawan kemurungan yang tak bertepi itu.
Selalu Dikejar Takut Bayangan Sendiri
Tak dapat bayangkan macam mana keadaan ibu yang ‘tergamak’ kelar 3 anaknya kemudian cuba kelar diri sendiri pula.
Tak dapat bayangkan betapa dasyatnya tahap kemurungan yang dialaminya.
Pengalaman saya sendiri satu ketika dulu yang sehingga tahap delusi selepas anak pertama saya meninggal dunia pun, masih tak boleh dilupakan.
Takut.
Trauma.
Ads
Paranoid.
Semua tu masih tak boleh hilang dari diri saya sampailah sekarang.
Ada ketikanya saya takut dengar anak menangis. Saya jadi berdebar-debar, panik, berpeluh-peluh.
Dalam pantang, saya selalu dikejar dengan bayang ketakutan saya sendiri. Takut yang saya tak pasti kenapa. Mungkin kerana peristiwa kehilangan Najla yang saya tak nak ia berulang lagi.
Mujurlah suami juga ada perasaan ‘trauma’ kehilangan yang sama. Jadi dia lebih memahami keadaan saya.
Memang susah nak buat orang lain faham. Orang lain akan beri pendapat yang tidak relevan pada diri kita sendiri (walaupun sebenarnya pendapat itu adalah betul).
“Ala.. relakslah. Semua mak alami benda yang sama..”
“Ala.. biasalah budak menangis. Biar je dia menangis, jangan dimanjakan sangat nanti jadi mengada-ngada!”
Bila dengar semua ayat-ayat ini, saya rasa macam diri sendiri TAK NORMAL jika dibandingkan dengan ibu-ibu lain.
Berapa Orang Faham Trauma Yang Saya Lalui
Hanya keluarga terdekat yang sangat memahami. Mereka faham perasaan trauma yang saya lalui. Jadi mereka tak abaikan segala ‘ketakutan’ yang saya rasa.
Pantang saya telefon (kakak, kakak ipar atau anak saudara), laju mereka sampai depan rumah.
Ads
Tapi selepas saya jadi kaunselor penyusuan, saya belajar untuk kurangkan semua rasa ‘takut’ itu.
Saya cuba letakkan diri saya pada ibu-ibu yang mengadu ada masalah terutama ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan masih dalam pantang.
Memahami masalah mereka sedikit sebanyak dapat membantu saya menguatkan diri saya dari ‘dalam’.
Dari situ saya sedar, saya tidak keseorangan.
Kemudian saya sengaja menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan bersama Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru dan BCNP.
Saya rasa OK walaupun penat.
Masa saya terisi dan kemurungan serta rasa takut saya dapat dikurangkan dan diatasi dengan baik.
Bila saya rasa sedih, saya akan MENULIS.
Tapi saya tak interpretasikan semuanya di media sosial. Penulisan yang emosional saya akan simpan sebagai draft. Bila saya dah ok, saya akan baca semula dan saya dapat rasakan betapa negatifnya diri saya ketika menulis luahan itu.
Saya ada ruang catatan saya yang tersendiri dan ia adalah privasi. Yang baik, saya akan berkongsi secara umum.
Ads
Cuma saya mula sedar, MENULIS adalah satu TERAPI yang sangat baik selain meluah.
Meluah kepada orang lain memerlukan kepercayaan yang tinggi pada seseorang itu. Dan inilah masalah saya, saya tidak mudah percaya pada semua orang.
Jadi, saya ambil langkah untuk menulis dan meluah segala isi hati saya.
Luahkan Ibu.. Bila Emosi Bernanah Bahaya Mengundang
Kebanyakan ibu-ibu yang datang untuk sesi kaunseling dan berada dalam keadaan tertekan, saya akan minta mereka menulis juga.
Selalunya perasaan akan berbeza sebelum dan selepas menulis apatah lagi bila kita cuba untuk bacakannya semula.
Kadang-kadang kita rasa takut untuk berkongsi. Takut untuk dikecam atau tidak bersedia untuk menerima pendapat tentang apa yang perlu dilakukan.
Tapi lebih bahaya kalau kita terus biarkan segala perasaan tu BERNANAH dalam diri.
Jadi, jangan terus simpan ia seorang diri.
Buat ibu-ibu yang mungkin sedang bercelaru atau runsing, cubalah terapi menulis ini.
Mungkin boleh mengubat sedikit perasaan ‘kecewa’ atau depresi yang ada dalam diri.
Kemudian mintalah pertolongan dari Allah agar diberi jalan penyelesaian untuk masalah yang kita hadapi.
Kadang-kadang, penyelesaian itu datang dalam pelbagai rupa. Kita boleh bertemu dengan orang yang alami masalah serupa atau Allah datangkan bantuan dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.
Depresi sangat bahaya. Prihatin dengan orang sekeliling kita. Mungkin ada di antara mereka yang perlu ‘diselamatkan’.
Don’t judge.
Help them.
Sumber/Foto : Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Suka Menulis
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Burnout sering dilihat sekadar stres biasa namun ia perlu diberi perhatian yang wajar kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan mental sekiranya tidak ditangani dengan baik. Dalam terma psikologi burnout merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan.
Ia berlaku apabila kita tidak lagi mampu menampung tekanan apabila sumber kekuatan kita dalam menghadapi tekanan selama ini semakin menyusut. Sebagai contoh, jika seorang suri rumah dalam keadaan ‘burnout,’ mereka akan berada dalam keadaan kelesuan melampau sehingga tidak lagi mengendahkan apa yang terjadi kepada keperluan rumah tangga.
Analogi yang mudah adalah seperti kenderaan yang kehabisan bahan api untuk menggerakkan enjin. Dalam keadaan ini mereka tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Antara gejala burnout ini adalah seperti sentiasa berasa penat, ada masalah tidur, tidak bermotivasi untuk bekerja, sering marah-marah dan juga sakit badan dan sendi.
Perkongsian Doktor Redza Zainol ini di laman sosial twitter memberitahu bagaimana isterinya menangani masalah burnout ini.
Itu Cara Dia Elak Emosi ‘Burnout’
Saya perhati je dari pagi.
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ini sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Itu dulu.
Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang.
Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.
Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.
Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira.
Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.
Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.
Saya silap.
Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi itu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
Sebenarnya yang susah nak terima menantu dalam hidupnya itu sebab apa? Tak kasihan ke tengok anak sendiri berbelah bagi nak jaga kedua-dua hati. Kedua-dua penting, satu orang yang lahirkannya dan satu lagi orang yang lahirkan zuriatnya.
Sungguh, yang melalui situasi ini pasti pening kepala nak selesaikan dan rapatkan hubungan keluarga. Nak-nak pula aad yang jadi batu api.
Nauzubillah…
Lagi berat hati bila jadi kes macam saudara FirdausShakirin kongsikan ini, sedih.
“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yang mak impikan, yang mak bayangkan, yang mak harapkan, tapi dia pilihan saya.”
“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya dan saya harap, mak pun sama, dapat terima.”
Kenapa Mertua Tak Dapat Terima Menantu
Entah kenapa, masih ada segelintir mertua yang tak dapat menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yang merupakan pilihan anaknya sendiri. Buah hati anaknya…cinta anaknya.
“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia tak boleh tidur.”
“Kenapa bini kau balik keje lewat?” Dia ada meeting mak, pastu jem, sebab tu dia lewat sampai.”
“Kenapa bini kau duduk dalam bilik” dia menyusu anak mak, tak kan nak menyusu kat ruang tamu, abang nampak nanti.”
Kenapa…, kenapa…, kenapa…
Banyak perkara yang mertua boleh persoalkan semata-mata untuk mencari kesalahan si menantu. Kadang-kadang ada yang sengaja menyalahkan menantu atas sebab-sebab yan-buat untuk menampakkan buruk si menantu, untuk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu atas alasan, dia tak suka menantu itu, dia tak sebulu dengan menantu itu, dia tak expect yang dia akan dapat menantu macam tu.
Expectation dia lebih tinggi…
Tolong terima menantu anda seadanya dirinya, itu pilihan anak anda dan bukannya anda. Anak anda yang bakal berkongsi hidup dengannya, dan bukannya anda.
Tolong jangan membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA.
Suami tergamak ‘menamatkan hayat’ isterinya dengan berus gigi kerana malas masak, curang. Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher isterinya Risma Fatmawati, 18, yang dikahwininya sejak empat tahun lalu dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
Suami Tergamak ‘Menamatkan Hayat’ Isterinya Dengan Berus Gigi Kerana Malas Masak, Curang
Kejadian dilaporkan di Tanjungbatu Kota, Karimun, Kepulauan Riau di Indonesia susulan penemuan jasad mangsa di kediamannya pada akhir minggu lalu. Menurut pihak berkuasa, pelaku dikenali sebagai Iwan, 23, berjaya diberkas ketika cuba melarikan diri.
“Setiap kali saya pulang dari kerja, dia tidak pernah masak. Kebiasaannya, saya akan makan sendiri. Apabila saya meminta dia membuat kerja rumah seperti masak atau cuci baju, dia mesti akan membentak dan berkata dirinya bukan orang gaji di rumah kami,” lapor TribunBatam.id memetik kenyataan Iwan pada awal minggu lalu.
Pelaku juga berasa tidak puas hati apabila ibu mentuanya juga selalu campur tangan dalam masalah rumah tangga mereka malah menyuruh isterinya mencari lelaki lain kerana pasangan itu sering berkelahi.
Suspek juga mendakwa mangsa kantoi berselingkuh.
“Saya kerap jumpa isteri saya bersama lelaki lain di hotel,” ujarnya.
Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa memberitahu pasangan itu sempat bertengkar sebelum Iwan hilang sabar dan bertindak di luar kawalan lalu mencekik mangsa sebanyak dua kali sebelum menikam dengan berus gigi yang telah diruncingkan. – Agensi
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...