Ibu mana yang tak sayang anak. Sanggup lakukan apa saja dan sebolehnya dia mahu berikan yang terbaik dan setiap anak sentiasa dalam doanya. Tapi, mampukan seorang anak menjaga hubungan dengan ibu dengan tidak melukakan perasaannya.

Menjaga hubungan dengan ibu adalah dengan tidak mengguris perasaan, tidak mengeluarkan perkataan yang sepatutnya. Sementelah ibu semakin tua. Pasti ada masanya, sikap ibu lebih kepada keanak-anakan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doa Ibu Sangat Mustajab, Jadi Mak Harus Berhati-hati dan Jangan IKUT Perasaan

Doa Ibu Mustajab, SEBUTLAH NAMA Anak Satu Persatu Untuk Kebahagiaan Dunia Akhirat

Info Lebih Menarik DI SINI

Periksa Hubungan Dengan Ibu

Tak susah pun untuk kita sebagai anak melihat hubungan dengan ibu. Jangan lukai hatinya. Mungkin depan ibu boleh mengatakan ok tapi dalam hati kita tak tahu.

Jangan main-main, luka hati ibu pun berkait rapat dengan rezeki kita. Kita tak sedar, rezeki kita susah nak dapat sebab kita tak jaga hubungan dengan ibu.

Fahami perkongsian daripada Rohana Saad ini tentang macam mana nak jaga hubungna dengan ibu. Jangan membelakangi ibu sebab suatu hari nanti kita juga akan menjadi ibu pada anak-anak.

JAGALAH HATI IBUMU WAHAI ANAK

IKLAN

Hati seorang ibu sangat tabah dengan apa saja ujian hidup. Namun, hati seorang ibu amat sensitif jika anak yang disayang melukakannya. Jagalah hati ibumu wahai anak.

Ibu itu adalah satu-satunya perempuan yang siap mempertahankan anak-anak, ia akan berada pada barisan hadapan ketika ada yang ingin melukai anaknya. Tak perduli apa pun kesalahan anaknya, si ibu akan mempertahan anaknya bermati-matian. Di depan kita mungkin dia ignore kita. Tapi di belakang kita, dia angkat tangannya berdoa pada ALLAH. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.

Ibu ini memang manusia istimewa. Walau macam mana dia terasa hati dengan kita, dia tidak sesekali buang kita dari doanya. Dia tetap akui kita anaknya walau satu dunia membenci kita.

Apapun yang kita lakukan seorang ibu selalu memaafkan kita. Kerana tak akan ada yang mampu menandingi kasih sayang seorang ibu dan tak ada yang mampu melebihi ketulusannya. Kasih sayang ibu begitu tulus tanpa syarat dan tanpa minta imbalan.

Hanya ibu yang akan menerima kita dalam keadaan apa pun. Hanya ibu yang akan tetap mencintai kita sampai bila-bila pun.

Jagalah hati ibu kita jika kita tidak mahu dimurkai Tuhan, jangan sampai kita melukai dan menyakitinya. Buatlah dia merasa bangga dan bahagia memiliki anak seperti kita. Raihlah keredhaan dari ibu, kerana keredhaan Tuhan terletak kepada keredhaan ibu kita.

IKLAN

Berbanggalah jika ibu masih ada, kerana dia yang akan tetap memeluk dan merangkul kita dalam keadaan apa pun. Doa yang tak pernah putus dari bibirnya buat sang buah hati, mampu membuat anak-anaknya menjadi bintang. Jangan sakiti hati ibumu, kerana sesakit apa pun hatinya beliau akan selalu mendoakan yang terbaik buatmu.

Semua orang boleh meninggalkan kita termasuk orang yang kita cintai atau pun sahabat kita. Tapi hanya Tuhan dan doa ibulah yang tidak akan pernah meninggalkan kita. Sejauh mana pun kita, doa ibu akan sentiasa memeluk kita dari jauh.

Kita akan selalu berada didalam doa-doanya, malah kadang-kadang dia lupa mendoakan untuk dirinya sendiri, hanya di ingatkan kebaikan buat kita anaknya.

Ingat! Siapa pun kita. Sehebat apa pun kita. Sebanyak mana pun kejayaan yang kita capai. Tanpa kasih sayang seorang ibu, kita bukan siapa-siapa. Cinta seorang ibu yang mendamaikan selalu, terakam indah dalam memori setiap jiwa.

Saat hidupmu bahagia, ibumu tidak pernah memintamu untuk memberi kebahagiaanmu kepadanya, tapi saat kamu terluka ibumu selalu datang untuk menerima bahagian dari lukamu.

IKLAN

Jagalah hati ibumu, di situ ada keajaiban. Bila hati ibumu gembira segala nikmat dunia akan kau rasa. Jika hati ibu sedih sebab kita, hidupmu akan bermasalah. Kita akan kehilangan banyak perkara.

Jika rezekimu terasa sulit untuk dapat, ada baiknya kau periksa hubunganmu dengan ibu. Jangan-jangan kau telah membuat hatinya terluka.

Mingguan Wanita : Jangan sesekali sakiti hatinya. Syurga dunia akhirat.

Sumber: Rohana Saad

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita