Ads

Tak Dapat Tawaran Berlakon, Zila Bakarin Pernah Sampai Catu Makanan

Zila Bakarin
Zila Bakarin

Ini kisah perit yang dilalui pelakon wanita, Zila Bakarin, terpaksa mencatu makanan bersama anak-anaknya disebabkan tidak menerima tawaran lakonan daripada mana-mana syarikat produksi sejak empat tahun lalu.

Tak Dapat Tawaran Berlakon

Tak Dapat Tawaran Berlakon, Zila Bakarin Pernah Sampai Catu Makanan

Zila atau nama penuhnya Rosmawati Bakarin, 51, berkongsi kisahnya menerusi portal Kosmo!, dia tidak mengetahui punca sebenar perkara tersebut dan ia menjejaskan sumber pendapatannya yang sebelum ini bergantung kepada tawaran lakonan.

“Kali terakhir berlakon, tahun lepas pada bulan September, itu pun hanya empat hari saja. Empat tahun sebelum itu, saya tiada langsung penggambaran.

“Kalau nak cakap susah, memang hidup agak sukar. Ada saat-saat memang berjimat juga sehingga perlu catu makanan.

“Macam saya beritahu anak-anak, hari ini makan mi segera dulu. Adakalanya anak-anak makan dulu, kalau ada baki baru saya makan,” katanya.

Ads

Zila Bakarin Pernah Sampai Catu Makanan

Tak Dapat Tawaran Berlakon, Zila Bakarin Pernah Sampai Catu Makanan

Meski melalui fasa hidup yang sukar sebelum ini, dia tetap positif dan yakin bahawa Tuhan akan memberi rezeki kepadanya.

Kini, tanpa pendapatan sebagai seorang pelakon, dia dikurniakan banyak tawaran membuat reviu pelbagai produk di media sosial.

Ads

“Saya sentiasa percaya Allah sudah susun yang terbaik. Saya pernah berkata kepada-Nya, penat berlakon dan mungkin sebab itu tiada tawaran.

“Namun, Dia beri rezeki saya dengan reviu macam-macam barang. Satu hantaran reviu boleh dapat sekitar RM2,000 untuk beberapa jam, syukur dapat juga teruskan kehidupan.

“Alhamdulillah Tuhan juga beri saya rezeki bahagia, anak, suami dan adik-beradik yang sentiasa ada waktu susah, tak makan dan tidak bayar bil. Keluarga banyak bantu,” katanya lagi.

Tak Dapat Tawaran Berlakon, Zila Bakarin Pernah Sampai Catu Makanan

Ads

Ditanya sebab tidak berkongsi kesusahan hidupnya kepada umum, dia menegaskan bukan individu yang mengemis perhatian dan simpati khalayak.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya tak akan mencari atau menagih simpati. Kemudian ada orang tak suka tengok kita senang dan nak lihat seperti meminta-minta. Jadi, buat apa saya nak tunjuk saya susah dan meminta-minta, nanti orang gelak.

“Selagi mampu, tidak merempat dan ada rumah, saya tak akan susahkan orang sebab bukan jenis begitu,” ujarnya.

Apa pun, rezeki itu daripada Allah. Jika Dia berkehendak, inshaa Allah semuanya akan datang bergolek tanpa disangka-sangka. Yang penting jangan penat untuk terus berusaha, selebihnya serah pada Dia Yang Maha Memberi.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Emily Koshy

Kisah Emily Koshy, Wanita India Pertama Dalam Pasukan Polis Malaysia

Kisah Emily Koshy, wanita India pertama dalam pasukan polis Malaysia dan antara tujuh wanita perintis yang menyertai pasukan itu pada 1955.