Satu pesanan yang berguna daripada pelakon, Zila Bakarin buat golongan wanita yang terjebak dalam perkahwinan toksik. Belajar melepaskan dan jangan terus tunggu ‘suasana’ berubah.
Terutama apabila dapat ketua keluarga yang gagal mainkan peranan dalam menghidupkan kasih saying dalam perkahwinan.
Zila Bakarin Pesan
Ujar Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, wanita tidak perlu berfikir panjang sekiranya sudah jelas pasangan tidak mampu menjadi pelindung dan penyokong dalam rumah tangga.
“Zaman sekarang tak perlu fikir panjang. Kalau rasa lelaki tak berapa baik nak jadi suami, awak tak perlu tunggu.
“Makin lama awak tunggu, makin bertambah anak. Orang perempuan kalau mengamuk pasal lelaki, nanti lelaki pujuk, keluar seorang lagi anak,” tulisnya dalam Threads.
Ads
“Kalau Dapat Lelaki Tak Begitu Baik, Tak Perlu Tunggu!”
Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons kepada luahan seorang wanita yang mengaku tertekan sehingga melepaskan kemarahan terhadap anak kecil akibat sikap suami yang didakwa lepas tangan.
Tambah pelakon drama Panggil Aku Dahlia itu, tindakan menahan diri dalam hubungan tidak sihat hanya akan memberi kesan buruk kepada anak-anak, selain menambah beban emosi wanita itu sendiri.
Ads
“Sudah, awak tak perlu tanya patut atau tidak bercerai, cerai sahaja. Fokus dekat anak.
“Awak pula, takkan tiada adik-beradik? Daripada mengadu dekat Threads, pergi beli makanan.
“Awak tak perlu lepaskan kemarahan dekat anak-anak, kau kaki kan saja lelaki kau,” tegasnya.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ramai bersetuju dengan pendirian Zila yang menyifatkan kesejahteraan diri serta anak-anak perlu menjadi keutamaan berbanding mempertahankan hubungan toksik.
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai seorang wanita yang meluahkan tekanan hidup berumah tangga sehingga mengaku sering melepaskan kemarahan terhadap anaknya berusia dua tahun, susulan sikap suami yang didakwa tidak bertanggungjawab.
Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin mengubah cara manusia mendapatkan maklumat dan menyelesaikan pelbagai urusan harian. Jika dahulu orang ramai perlu menghadiri kelas atau mendapatkan khidmat pakar untuk sesuatu analisis, kini banyak perkara boleh dilakukan hanya menggunakan telefon pintar dan aplikasi AI seperti ChatGPT.
Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial menjadi tular apabila seorang wanita mendakwa hasil analisis warna atau colour analysis yang diperolehnya menerusi ChatGPT hampir sama dengan apa yang dipelajari ketika menghadiri kelas profesional yang menelan belanja lebih RM1,000.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan wanita yang gemar mengikuti perkembangan dunia kecantikan, fesyen dan solekan.
Menerusi hantaran yang dikongsi, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia pernah menghadiri kelas colour analysis dan kelas solekan lanjutan yang menelan kos lebih RM1,000.
Menurutnya, tujuan menyertai kelas tersebut adalah untuk mengetahui warna yang paling sesuai dengan tona kulit, bentuk wajah serta gaya solekan yang boleh menyerlahkan penampilan diri.
Bagaimanapun, selepas mencuba menggunakan ChatGPT, dia mendapati hasil yang diperoleh hampir sama dengan analisis yang diberikan dalam kelas profesional tersebut.
“I attended makeup class, colour analysis + advance makeup class. I spend RM1k++ for the classes. Turns out result yang i dapat sama dengan ChatGPT. So i can say ChatGPT reliable la juga,” tulisnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang kagum dengan kemampuan ChatGPT dalam memberikan analisis visual berkaitan kecantikan dan fesyen.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, colour analysis menjadi trend dalam industri kecantikan.
Analisis ini bertujuan mengenal pasti warna pakaian, tudung, solekan dan aksesori yang paling sesuai dengan warna kulit, mata serta rambut seseorang.
Biasanya, pakar akan mengkategorikan individu kepada beberapa kelompok warna seperti Spring, Summer, Autumn atau Winter.
Melalui analisis tersebut, seseorang dapat mengetahui warna yang mampu menyerlahkan penampilan serta mengelakkan warna yang membuatkan wajah kelihatan kusam atau tidak bermaya.
Kini, dengan bantuan teknologi seperti ChatGPT, proses tersebut dilihat semakin mudah diakses oleh orang ramai tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Ramai masih melihat ChatGPT sebagai aplikasi yang hanya digunakan untuk menjawab soalan atau membantu menghasilkan penulisan.
Hakikatnya, teknologi AI ini semakin berkembang dan mampu membantu dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kerjaya, pemasaran, reka bentuk serta kecantikan.
Malah, ramai pengguna mula menggunakan ChatGPT untuk mendapatkan cadangan gaya berpakaian, warna tudung yang sesuai, solekan harian, pemilihan aksesori dan inspirasi fesyen.
Walaupun hasil yang diberikan mungkin tidak menggantikan sepenuhnya kepakaran profesional, ia tetap menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah, pantas dan menjimatkan kos.
Di ruangan komen, ramai pengguna turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan ChatGPT untuk tujuan yang sama.
Ada yang mendakwa berjaya mengenal pasti warna tudung yang sesuai dengan tona kulit mereka, manakala ada juga yang menggunakan AI untuk mendapatkan cadangan solekan sebelum menghadiri majlis penting.
Tidak kurang juga yang mengakui teknologi seperti ChatGPT membantu mereka membuat keputusan pembelian produk kecantikan dengan lebih bijak.
Namun begitu, ada juga yang berpendapat analisis profesional masih mempunyai kelebihan tersendiri kerana melibatkan pemerhatian secara langsung oleh pakar yang berpengalaman.
Kemunculan ChatGPT membuktikan teknologi AI bukan lagi sesuatu yang asing dalam kehidupan harian.
Daripada membantu menghasilkan kandungan media sosial sehinggalah memberikan cadangan fesyen dan kecantikan, teknologi ini semakin menjadi sebahagian daripada rutin masyarakat moden.
Bagi ramai wanita, penggunaan ChatGPT bukan sekadar memudahkan urusan, malah membantu menjimatkan masa dan kos untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Walaupun begitu, pengguna tetap disarankan menggunakan maklumat yang diperoleh secara bijak dan menjadikannya sebagai panduan awal sebelum mendapatkan nasihat profesional jika diperlukan.
Apa yang pasti, perkongsian wanita ini membuktikan bahawa kecerdasan buatan kini bukan sahaja membantu dalam urusan kerja dan pembelajaran, malah turut memberi impak kepada dunia kecantikan dan gaya hidup wanita moden.
Setiap wanita pasti menyimpan impian untuk melihat keluarga terus berkembang dan dipenuhi gelak tawa generasi baharu. Namun, ada rezeki yang hadir segera dan ada juga yang memerlukan kesabaran bertahun-tahun sebelum dikurniakan pada waktu yang paling tepat.
Begitulah perasaan yang sedang dinikmati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, apabila penantian selama tujuh tahun akhirnya berakhir dengan kehadiran sepasang cucu kembar yang menjadi penyeri dan pelengkap kebahagiaan keluarganya.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Nancy Shukri meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Allah SWT mengurniakan dua cucunda yang amat bermakna buat keluarga kecilnya.
Perkongsian penuh emosi itu turut mendapat perhatian ramai apabila beliau berkongsi betapa besar nikmat yang dirasai selepas menunggu selama tujuh tahun.
“Setelah penantian yang cukup panjang selama tujuh tahun, Allah SWT akhirnya mengurniakan sebuah nikmat yang amat berharga buat keluarga kecil saya ini.”
Kata-kata tersebut menyentuh hati ramai netizen yang turut menumpang gembira atas kebahagiaan yang sedang dinikmati oleh Nancy Shukri dan keluarga.
Kegembiraan itu diraikan menerusi Majlis Kesyukuran dan Aqiqah yang diadakan bagi menyambut kehadiran dua cucunda tersayang, Neil Kamil Yee bin Faeroz dan Norrah Soraya Yee binti Faeroz.
Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh keberkatan itu menghimpunkan ahli keluarga serta sahabat terdekat yang hadir untuk sama-sama meraikan detik istimewa tersebut.
Bagi Nancy Shukri, kehadiran cucu bukan sekadar menambah ahli keluarga, tetapi membawa satu dimensi baharu dalam kehidupan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Sebagai seorang wanita yang sentiasa sibuk menguruskan pelbagai tanggungjawab negara dan masyarakat, detik meluangkan masa bersama cucu ternyata memberikan kebahagiaan yang berbeza.
Malah, melihat cucu membesar di hadapan mata menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat dirinya.
Dalam perkongsian sama, Nancy Shukri turut meluahkan perasaannya sebagai seorang nenek yang pertama kali mendukung dan menatap wajah cucu sendiri.
Menurut beliau, pengalaman tersebut membawa satu perasaan yang sukar diungkapkan kerana ia hadir bersama rasa syukur, kasih sayang dan keinsafan terhadap aturan Allah SWT.
“Sebagai seorang nenek, detik mendukung dan menatap wajah cucunda sendiri membawa perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.”
Perkongsian ikhlas itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang rata-ratanya memahami perasaan seorang nenek apabila akhirnya dapat menimang cucu selepas penantian yang panjang.
Ramai yang turut berkongsi pengalaman masing-masing dan mengakui kehadiran cucu sering membawa kebahagiaan yang luar biasa dalam sesebuah keluarga.
Bagi Nancy Shukri, pengalaman ini mengajarnya tentang hikmah kesabaran dan keyakinan bahawa setiap rezeki telah ditentukan Allah SWT pada waktu yang paling sesuai.
Beliau percaya setiap kurniaan mempunyai waktunya tersendiri dan manusia hanya mampu berusaha serta terus berdoa.
“Sesungguhnya setiap kurniaan Allah hadir pada waktu yang paling indah dan terbaik menurut hikmah-Nya.”
Ungkapan tersebut bukan sahaja menggambarkan rasa syukur seorang nenek, malah menjadi inspirasi kepada ramai wanita yang sedang melalui fasa penantian dalam kehidupan.
Sama ada menanti zuriat, jodoh, kejayaan atau kebahagiaan keluarga, setiap rezeki mempunyai jalan dan waktunya yang tersendiri.
Perkongsian Nancy Shukri itu secara tidak langsung menjadi peringatan bahawa kesabaran sering kali dibalas dengan sesuatu yang jauh lebih indah daripada apa yang dibayangkan.
Di sebalik kesibukan sebagai pemimpin negara, sisi peribadi Nancy Shukri yang penuh kelembutan sebagai seorang ibu dan nenek jelas terserlah menerusi perkongsian tersebut.
Kehadiran cucu kembar selepas tujuh tahun penantian bukan sekadar sebuah berita gembira, tetapi menjadi simbol bahawa setiap rezeki yang ditentukan Allah SWT hadir pada waktu yang paling sempurna.
Bagi beliau, nikmat bergelar nenek hari ini merupakan hadiah paling indah yang akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.
Sedih kalau membaca cerita ibu mengandung tanpa suami, tak tahu nak salahkan siapa. Didikan mak ayah atau pergaulan bebas si anak. Ini realiti pahit yang masyarakat kena hadap setiap kali wanita dan lelaki terlalu bergaul, sampai keluar ‘kepala budak’!
Kisah kali ini dikongsikan oleh Mak Liza, yang berdepan dengan kes wanita ikut lelaki sana sini sampai hamil dua kali. Baru kenal, cinta dah bertaut sampai tergadai maruah. Murahnya nilai cinta baginya.
Nama ibu ini Siti R. Tahun 2021 melahirkan seorang anak perempuan, Aisyah Humaira. 3 bulan umur Aisyah Humaira, meninggal dunia disebabkan tersedak susu ibu ketika sedang tidor. Sehari kami, rakan sebilik yang tidor di kiri, di kanan tilam ibu berkampung di Balai Polis bagi membantu siasatan.
Cukup tempoh 6 bulan di Baitus Solehah, keluarga jemput ibu pulang ke rumah. Keluarga tak benarkan bekerja, duduk rumah jaga adik adik.
Tahun 2025, bulan Januari sekali keluarga hantar ibu ke Baitus Solehah kerana mengandung kali kedua. Mula mula Baitus Solehah tak mahu terima, tetapi bila dipujuk rayu keluarga, meminta pertolongan, kami terima. Setahun ibu tinggal di Baitus Solehah bersama anak kedua.
Januari 2026, keluarga uruskan ibu keluar dari Baitus Solehah. Konon nak bekerja untuk menyara diri dan anak. Anak dititip dengan keluarga sementara ibu bekerja.
Namun tak lama. April 2026, saya mendapat khabar dari majikan Siti R lari dari tempat kerja. Siti R ikut lelaki yang baru ditemui. Sekali sekala nampak status lalu lalang di media sosial, bangga buat maksiat. Bercouple dengan jantan. Naik motor dengan jantan. Tinggal dengan jantan.
Bila jantan A tinggalkan, tinggal dengan jantan B. Cepat benar dapat laki baru. Bahasa di status lakiku, bukan kawan. Seseolah macam laki bini.
Tapi tak tahu dimana. Siapa tegur kena blok. Akhirnya tak tahu sekarang tinggal di mana, dengan siapa. Keluarga dah tak larat nak cari. Dengan keluarga pun dibloknya. Seseolah memutuskan hubungan. Tak mahu keluarga ambil tahu hal diri beliau, takut kena kongkong. Inilah yang dikhuatiri sebenarnya. Sudah diberi peluang kali kedua tapi ulang lagi. Buat lagi maksiat.
Tak tahu apa nak jadi…
Wahai jantan, apa yang syok sangat mainkan perempuan? Kalau betul berhajat, nikah aja. Tak payah hantaran pun tak apa. Bukan mahal pun mas kahwin nak kena bayar. Kalau dah begini, bapa Siti R kata walaupun Seringgit pun mas kahwin, saya setuju je nikahkan asal jangan main mainkan Siti R.
Sedih sangat sebab Siti R ni ada kad OKU ,masalah lemah pembelajaran. Jadi beliau tidak mampu nak fikir mana yang baik untuk masa depan. Halal haram pun redah aja asal hidup seronok.
Jantan tertarik sebab rupa wajah dan jenis melayan. Harap wajah tak kemana, lambat laun berkedut juga. Agaknya jantan pun sekufu juga.
Keluarga dah tak tahu nak buat macamana dengan Siti R. Bukan keluarga tak hirau atau tak peduli, tapi Siti R yang lari ikut jantan.
Apa pandangan anda, jenis perempuan dan lelaki macam ini?
Pernah mengenali seseorang yang hidup dalam generasi sandwich? Seseorang itu akan nampak tenang atau sebaliknya? Inilah yang perlu anda ketahui kali ini, nasib anak yang jaga mak ayah sudah tua dengan anak-anak masih kecil.