
Nurulhidayah Ahmad Zahid melakar satu lagi pencapaian apabila dinobatkan sebagai Wanita Ikon Selangor 2026/2027, sekali gus diberi amanah mewakili Selangor sebagai finalis Anugerah Wanita Ikon Malaysia.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nurulhidayah melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut. Namun, bagi beliau, gelaran Wanita Ikon Selangor 2026 bukan ukuran bahawa dirinya lebih baik daripada wanita lain.
Sebaliknya, pengiktirafan itu dilihat sebagai satu amanah untuk terus belajar, memperbaiki diri dan memberi sumbangan kepada masyarakat.
Bukan Sekadar Mengejar Gelaran

Menurut Nurulhidayah Ahmad Zahid, pencapaian tersebut tidak hadir daripada usahanya seorang.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada panel juri, penganjur, keluarga, rakan-rakan serta semua pihak yang memberikan doa, bimbingan dan sokongan sepanjang perjalanannya.
Bagi beliau, gelaran Wanita Ikon Selangor 2026 membawa tanggungjawab yang lebih besar untuk membawa nama negeri ke peringkat seterusnya.
Mahu Buka Lebih Banyak Ruang Untuk Wanita

Lebih daripada sekadar menerima pengiktirafan, Nurulhidayah mahu menggunakan platform tersebut untuk membuka lebih banyak ruang kepada wanita Selangor agar terus bangkit dan saling menyokong.
Beliau juga mahu wanita menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang serta melihat kejayaan sebagai sesuatu yang boleh dikongsi dan diraikan bersama.
“Bukan untuk mengejar gelaran, tetapi untuk membuka lebih banyak ruang kepada wanita agar terus bangkit, saling mengangkat antara satu sama lain, dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.
Bawa Aspirasi Wanita Selangor
View this post on Instagram
Dengan pengiktirafan ini, Nurulhidayah Ahmad Zahid bakal membawa nama Selangor sebagai finalis Wanita Ikon Malaysia.
Beliau turut memohon doa agar diberikan kekuatan, keikhlasan dan kebijaksanaan untuk memikul amanah tersebut serta memastikan setiap langkah yang diambil memberi manfaat kepada wanita, masyarakat dan negara.
Anda mungkin berminat dengan
Dalam pada itu, Nurulhidayah mengucapkan tahniah kepada semua finalis yang terpilih mewakili negeri masing-masing.
Pengiktirafan sebagai Wanita Ikon Selangor 2026 menjadi satu lagi platform buat beliau meneruskan usaha memperkasakan wanita dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Baca juga artikel: Ratu Pecut SUKMA Lunaskan ‘Dendam Lama’, Raih Pingat Emas Acara 100M Wanita
Sumber: Instagram
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

