Follow kami di :Instagram Uyaina Arshad

Uyaina dedah petanda jodoh terbaik, pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan suami, Raja Syahiran  membongkar rahsia petanda jodoh terbaiknya.

Seperti mana yang didedahkan menerusi jawapan sebuah pertanyaan di Instagram Stories akaun rasminya, Uyaina akui dia mendapat petanda jelas bahawa suaminya yang juga seorang penyanyi, adalah jodoh terbaiknya hanya menerusi mimpi.

Uyaina Dedah Petanda Jodoh Terbaik “Buat Sahabat Wanita Tengok Keikhlasan, Kesungguhan Lelaki Itu”

Uyaina Dedah Petanda Jodoh Terbaik

Walaupun mimpinya ringkas namun itu sudah cukup kuatkan hatinya mengatakan Raja Syahiran lelaki tepat untuknya.

“Saya bersyukur sebab saya pernah dapat petanda dalam bentuk mimpi yang sangat jelas.

“Alhamdullilah. Dalam mimpi itu, Syahiran datang dan pegang cincin.

Uyaina Dedah Petanda Jodoh Terbaik “Buat Sahabat Wanita Tengok Keikhlasan, Kesungguhan Lelaki Itu”

Cukup Beri Kekuatan

“Itu sahaja. Tiada perbualan. Pendek sahaja mimpinya. “

“Tapi cukup. Cukup untuk beri saya kekuatan untuk melangkah ke fasa yang seterusnya,” jawabnya.

Bagaimana Mengetahui Lelaki Calon Tepat Sebagai Jodoh?

Uyaina Dedah Petanda Jodoh Terbaik “Buat Sahabat Wanita Tengok Keikhlasan, Kesungguhan Lelaki Itu”

Malah Uyaina juga ditebak bagaimana mengetahui seorang lelaki itu calon yang tepat sebagai jodoh kepada Uyaina menerusi seorang pengikut setia di Instagram. Jawab Uyaina dia seperti wanita lain sangat takut mengenai perkahwinan dan segala hal yang datang kepadanya.

“Bagus soalan ni. Dulu, saya pun selalu tertanya solan yang sama.

“Saya sangat takut mengenai perkahwinan dan segala hal yang datang dengannya.

Pernah Lalui Kegagalan Dalam Hubungan

“Macam mana kita nak tahu dia adalah yang tepat?

“Terutama kalau sebelum-sebelum ini, kita pernah lalui beberapa kegagalan dalam hubungan. Buat sahabat wanita saya, tengok keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu,” katanya.

Uyaina Dedah Petanda Jodoh Terbaik “Buat Sahabat Wanita Tengok Keikhlasan, Kesungguhan Lelaki Itu”

Menarik Di Sini : Selamat Pengantin Baru Uyaina & Raja Syahiran, “Banjir Terburuk Dua Hari Sebelum Nikah Cabaran Kepada Kami”

“NIKMAT Bila Dapat Sesuatu Perkara, Benda Hasil TITIK PELUH Sendiri,” Uyaina

Restu Keluarga Sangat Penting.

Uyaina turut menasihati adalah sangat penting untuk kedua pihak berbincang serius mengenai banyak perkara terutama masa depan.

“Bincang mengenai perancangan masa depan, kestabilan kewangan, kemajuan karier, dan apa yang kamu berdua inginkan dalam perhubungan.

“Gelombang pemikiran kamu sama atau tak?

“Banyak benda boleh sembang dan bincang selain ‘you sayang I’ tak.  Kemudian, bincang dengan keluarga. Restu keluarga adalah segalanya,” katanya.

Mingguan Wanita: Semoga mahligai yang dibina Uyaina dan suami kekal hingga ke jannah. 

Sumber Foto :  Instagram

Follow kami di :Instagram Uyaina Arshad

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI