Rutin setiap hari, mak bangun siapkan sarapan, anak masih lagi tidur. Selesai sediakan sarapan, mak kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja. Suami awal pagi dah gerak. Anak-anak pula bersedia untuk di hantar rumah pengasuh atau taska. Malamnya pula, hanya ada masa dua tiga jam sahaja dengan anak-anak. Inilah setiap hari yang dialui oleh mak ayah yang bekerjaya.

Sedar tak sedar, anak dah makin membesar dan masa kecil dengan mereka langsung tidak di rasa. Sedihnya. Rasa ingin kembalikan zaman kecil anak-anak ini dan tumpukan sepenuhnya pada mereka.

Masa yang berlalu tidak akan berulang. Tapi dengan masa yang ada ini gunalah sepenuhnya dan curahkan kasih sayang yang ada untuk anak-anak serta keluarga. Bagi mak ayah boleh gunakan tip ini untuk tunjukkan kasih sayang pada anak-anak agar mereka rasa tidak disisihkan, malah lebih dikasihi dan dicintai.

Beri Kejutan

IKLAN
  • Anda jarang memberi hadiah untuk anak. Mungkin setahun sekali sempena hari lahir. Tetapi, tidak salah untuk anda membuat beberapa kejutan yang tidak pernah terduga oleh anak anda. Contohnya, membeli aiskrim atau barang mainan yang disukai. Anda tidak perlu memanjakan mereka tetapi sekali sekala tunjukkan rasa cinta dan kasih sayang.

Lagu Istimewa

  • Lagu atau syair ciptaan anda sendiri dapat menjadikan kenangan manis untuk anak anda apabila dewasa. Anda boleh menyanyi atau bersyair ketika bermain bersama atau sedang di bilik tidur.

Membaca Buku Cerita

IKLAN
  • Selain menyanyi atau bersyair, anda juga boleh luangkan masa dengan membacakan buku cerita dengan memilih cerita kegemarannya. Walaupun, anak anda meminta berulangkali, jangan dikesalkan. Sebaliknya, tunjukkan kesabaran kerana ia dapat membuatkan anak anda bahagia.

Berbaring Bersamanya

  • Waktu tidur adalah masa yang tepat untuk anda berkongsi perasaan dengan si kecil. Berbaring bersama mereka seketika dan berkongsi cerita tenang perkara yang anda lakukan. Anda juga boleh mendengar keinginan, kesedihan dan kegembiraan yang dilaluinya. Tentu membahagiakan.

Catatan Cinta

IKLAN
  • Jika anak anda belum dapat membaca, anda boleh gambarkan sesuatu tentang cinta dan perhatian anda kepadanya. Tampalkan catatan cinta di tempat-tempat yang kerap mereka lihat seperti bekas berus gigi, bawah pinggan makan dan sebagainya.

Isyarat Khusus

  • Buatlah isyarat khusus dengan gerakan tangan yang bermaksud ‘I Love You’ dan anak ini dapat lakukan semasa mereka ke sekolah atau berjauhan dengan anda.

Bercuti

  • Luangkan masa untuk mengimbas kembali dengan anak-anak tentang perkara yang mengasyikkan. Atau anda juga boleh bercuti dalam masa yang singkat di tempat yang menarik. Inilah salah satu perkara yang boleh menghilangkan rasa penat dari rutin seharian.

Tak kisah, anak kecil ataupun anak makin membesar, sekurang-kurangnya dia tahu kita tidak pernah lupa, walaupun sibuk dengan kerja. Moga anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang mak ayah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI