Ads

Baru Dua Hari Nikah, Isteri Diuji Pasangan Meninggal Dalam Kemalangan

Dua Hari Nikah
Dua Hari Nikah

Hari ini tular kisah baru dua hari nikah pada 23/8/2026 ( Ahad ), tiba-tiba semalam 26/8/2026 suami kepada Puan Hanim pergi bertemu Tuhan selepas terlibat kemalangan jalan raya.

Baru Dua Hari Nikah

Baru Dua Hari Nikah, Isteri Diuji Pasangan Meninggal Dalam Kemalangan

Menurut sahabat Hanim, mereka baru sahaja bersanding dan sempat berkongsi hari bahagia di media sosial melalui video perkahwinan.

Apa yang menyedihkan, kisah pasangan suami isteri ini tular kerana suaminya maut manakala si isteri, Puan Hanim selamat. Dikongsikan oleh Puan Beylaaeilish, kejadian berlaku di depan Balai Bomba Tampin, berdekatan dengan Hospital Tampin.

Kata-kata terakhir suaminya menerusi satu video persandingan menjadi satu memori ketat buat isteri,

Ads

“Habis dah majlis kita walau pun macam-macam dugaan, gaduh sana, gaduh sini. Tapi lebih kepada sabar dan terima apa yang jadi. Alhamdulilah, sampai ke sini juga, terima kasih, isteriku. I Love You, so much.

Isteri Diuji Pasangan Meninggal Dalam Kemalangan

Baru Dua Hari Nikah, Isteri Diuji Pasangan Meninggal Dalam Kemalangan

Kehilangan suami akibat kemalangan secara tiba-tiba biasanya membawa bentuk duka yang sangat berat kerana isteri langsung tidak mempunyai masa untuk bersedia atau mengucapkan selamat tinggal.

Dimuat naikkan oleh Puan Hanim, “Tunggu sayang kat pintu syurga ye, baby.”, kita dapat rasakan perasaan remuk yang dialami mangsa itu sendiri.

Ads

Yang paling menyakitkan tentang kematian mengejut kadangkala bukan hanya dia sudah pergi, tetapi hakikat bahawa isteri tidak pernah tahu bahawa pertemuan terakhir mereka benar-benar merupakan kali terakhir.

Baru Dua Hari Nikah, Isteri Diuji Pasangan Meninggal Dalam Kemalangan

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

Bukan sekadar kehilangan pasangan, tetapi perginya teman berbual, tempat mengadu dan seseorang yang mengetahui kehidupan dirinya dengan begitu dekat.

Apa pun, doakan yang baik-baik semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan soleh. Buat Puan Hanim, semoga terus kuat semangat dan tidak terduduk terlalu lama melalui ujian Allah.

Al fatihah buat yang telah pergi meninggalkan kita.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

jerawat

Jerawat Bukan Sekadar Masalah Kosmetik, Bila Perlu Dapatkan Rawatan Pakar?

Jerawat bukan sekadar masalah kosmetik. Pakar jelaskan bila rawatan jerawat diperlukan dan rutin skincare asas yang sesuai untuk kulit.