Perkhabaran duka yang dikongsi oleh pelakon dan penyanyi yang lakonannya dikenali ramai menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, Wafariena Roslan atau Wafa tentang pemergiaan kakak tercinta begitu menyentuh hati.
Seperti mana yang dikongsi menerusi Instagram Stories beberapa jam lepas, Wafa berkongsi beberapa keping gambar dan meluahkan;
“Pemergian Yang Dicemburui” Syahid Al-Fatihah.
Ads
“Allah bagi pinjam kakak tak lama. Baby comel sangat macam muka kakak”
“Wafa Cantikkan Lagi Kubur Kakak”
Selain itu Wafa juga turut berkongsi gambar tanah perkuburan;
“Nanti Wafa Cantikkan lagi kubur kakak nah. Al Fatihah”.
Ads
Ternyata kesedihan Wafa mengundang simpati para pengikutnya di Instagram apatah lagi pemergiaan kakaknya selepas melahirkan bayi kesayangan.
Mohon Doa Agar Baby Isma Zafri Anaqi Cepat Sembuh
Selain itu, Wafa juga turut memohon doa agar bayi arwah kakaknya yang sedang dirawat di wad bernama Isma Zafri Anaqi cepat sembuh.
“Adik baby kena kuat, adik baby ganti mamatau, semua orang tengah tunggu adik baby ni.
Ads
“Isma Zafri Anaqi, Nama yang diberikan oleh arwah. Hari ini baby dah bagi sikit tindak balas. Alhamdulillah mohon doa yang membaca. Terima kasih banyak-banyak”.
MW: Salam takziah buat Wafariena dan keluarga semoga tabah menghadapi ujian Allah ini. Semoga roh arwah kakak Wafariena dicucuri rahmat. Kami juga doakan baby Isma Zafri Anaqi juga diberikan kesembuhan segera.
Lepas Alif Satar mengesahkan dirinya kini Positif Covid-19, semua kontak rapat menjalani ujian saringan termasuklah Pengurus Peribadinya, Nia Adlina Aishah atau lebih mesra disapa Dina.
Menerusi perkongsian terbaru di laman sesawang Facebook, Dina mengesahkan dirinya Negatif Covid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.
“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan Negatif Covid-19 oleh pihak hospital.
“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12,” ungkap Dina seperti mana dipetik menerusi portal Astro Gempak.
Namun di sebalik khabar tersebut, Dina turut menyampaikan berita kurang enak apabila ibu bapa dan adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif Covid-19 hari ini.
“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” kongsinya yang turut memaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.
Dina juga turut memberitahu, isteri Alif, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, akan menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.
“Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat.
“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa simptom atau sakit,” katanya.
Difahamkan Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka.
Sebelum ini Alif telah menjalani penggambaran drama Penjara Cinta dan kemudian membuat persembahan Jumaat lalu di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35).
Susulam Alif Satar disahkan positif Covid-19, rata-rata penyanyi dan pengacara SFMM35 menjalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin selama 14 hari.
Antara yang berkongsi menerusi Instagram masing-masing adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni, serta penyanyi, Ernie Zakri Syamel, Naim Daniel, Hael Husaini dan Zynakall.
MW: Kami mendoakan yang terbaik buat mereka, keputusan yang keluar baik-baik belaka. Kami juga doakan semoga lepas ini Alif dan keluarga tabah harungi dugaan yang menimpa. Semoga isteri dan anak-anak Alif juga dijauhkan dari jangankitan Covid-19
Sumber: Astro Gempak Sumber Foto: Instagram Alif Satar & Facebook Nia Adlina Aishah Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Perginya Allahyarham Datuk Zulkafli Zain, 76, baru-baru ini telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat balunya, Datin Normala Omar, lima orang anak dan tujuh cucu. Paling menyentuh perasaan sewaktu pelakon veteran itu meraikan ulangtahun kelahiran, suaminya telah tiada.
Namun air mata berlinangan mengiringi sambutan ulang tahun yang diadakan oleh anak-anak dan cucu-cucu kesayangan. Paling sebak bila Datin Normala mendengar ucapan nota ‘Papa’ buat Mama oleh salah seorang anak kesayanganya.
Suaminya Telah Tiada, “Bunga Buat Ala” Undang Sebak Sekeluarga
Allahyarham rupanya telah meninggalkan pesan kepada anak-anak apabila dia sudah tiada, setiap kali sambutan ulang tahun kelahiran ibu mereka tolong berikan bunga untuk isterinya.
Malah salah seorang anak Allahyarham iaitu pelakon Dr. Norzizi berkongsi kisah tentang keluarga mereka di akaun Instagramnya.
“Aduhhhh Papa ! Ada lagi titipanmu! Baru kami tahu! I will put this in my book about Papa “Bunga Buat Ala (Datin Normala)” Al Fatihah Zulkafli Bin Hj Md Zain,” coret Norzizi yang menyampaikan amanat buat ibu yang mana suaminya telah tiada lagi.
Norzizi yang kini muncul dengan sebuah naskah buku yang berjudul Aku Cuma Punya Cerita turut berkongsi rasa sedih ketika sambutan ulang tahun bonda tercinta.
“Cerita Ulangtahun Mama. Semalam 25 Nov 2020. Ulangtahun Mama. Lepas subuh saya mesej dalam group ucap selamat ulang tahun yg ke 63 buat Mama! Adik-adik semua dah ada di rumah saya untuk malamnya nanti sambutan Ulangtahun.
“Tapi sebaik sahaja saya mesej dan saya turun bawah jumpa Mama, “Ma menangis ke Ma?” Terkeluar kata itu kerana Saya tak pasti mendengar suara macam lain dan saya tak nampak sangat wajahnya, & sebaik sahaja soalan saya itu, Mama yang sedang duduk di hujung katilnya, menunjukkan wajah awan berarak mendung dan hanya menanti hujan lebat menyirami bumi!
“Tak pernah saya lihat dia begini. Dia sebegitu kuat, malah lebih kuat dari kami adik-beradik yang nampak lebih berduka sejak Papa pergi. Lantas ku peluk erat Mama. Ku rasa esakan di tubuhnya meski tiada bunyi yang kita dengar. Aku dalam keadaan berdiri dan Mama memeluk pinggangku seolah akulah Ibu.
Aku Ikat Hati, Biar Tak Sama Larut
“Hati aku turut sama luluh tapi aku ikat hati. Biar tak sama larut. Ku kuatkan pelukan, ku gosok belakangnya, ku usap kepalanya, tangisan Mama tidak jua kedengaran tapi aku tau dia kali ini terasa bahawa suaminya telah tiada utk mengucapkan
“Selamat Ulangtahun Ala Sayang!” Selepas pelukan itu, Mama kembali tersenyum manis dalam tawar. Happy Birthday Mama Sayang!
Usaha Gigih Untuk Sambut Ulang Tahun Mama
Sambung Norzizi menerusi entri yang lain, dimana mereka adik beradik begitu gigih menyambut ulang tahun Mama kesayangan.
“Tahun ini saya merasakan kami semua letak effort yang tinggi sikit dari selalu untuk birthday Mama. Saya lihat adik-adik nampak bersungguh birthday kali ini tapi bila FB beri balik memories dan saya tengik setiap tahun rupanya sama sahaja meriah.
“FB bagi memories dua tiga tahun lalu, dua tahun lalu dan dari gambar-gambar tu sy sedar bahawa sama sahaja excitement dan usaha gigih untuk birthday Mama. Macam-macam tempat kami pi utk celebrate birthday Mama setiap tahun.
“Tapi tahun ini stil sy rasakan extra effort adik-adik untuk bahagiakan Mama setelah Papa tak ada. Sangat saya hargai. Masa tengah set up dinner, saya nampak @zilazulkifli melekat di tepi dinding memandang ke meja makan & saya tahu dia mencari wajah Papa.
“Cucu sulung pun dah mula besar dan tahun ini Armada bacakan doa ulangtahun buat Mama, aku tahu kalu Papa ada, dia pasti akan terharu dan bangga melihat Cucunya membacakan doa dan ku lihat lagi Zila dan masa nak suap makanan, lamb kesukaan Papa, airmata Zila bercucuran dan saya yakin kabur matanya untuk makan lamb itu. @zazazulkafli tika dia sendiri hendak bacakan nota “Papa” buat Mama, dia sendiri pun sama sebaknya.
Dalam Gelak Ketawa Ada Sisi Duka
“@zazleenzulkafli juga berderai di hujung itu. Ku lihat bahagia di situ, dah lama kami adik beradik tak berkumpul sejak PKPB, tapi dalam gelak tawa, ada sisi-sisi kedukaan kerana merasakan sesuatu yang mula tidak lengkap. Kita semua akan pergi. Dan gambar ini, akan mula hilang seorang demi seorang. Yang ada hanya ingatan yang abadi!” tulis Norzizi.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Dr. Norzizi Zulkifli
Selepas nekad mengambil tindakan drastik tinggalkan dunia seni, aktres Bollywood, Sana Khan umum bernikah dengan ulama, Mufti Anas.
Rupanya selepas penghijrahannya, Sana Khan sedang mengatur langkah lebih baik dengan mendekatkan diri dengan Allah. Pernikahannya dengan seorang lelaki yang kuat agama tentu lagi memberi kebahagiaan buat Sana Khan.
Aktres Bollywood yang pernah muncul dalam filem Jai Ho, Sana Khan mengejutkan semua orang dengan berita pernikahannya dengan seorang ulama, Mufti Anas yang berasal dari Surat, Gujarat.
Tidak lama selepas itu, gambar dan video perkahwinan mereka menjadi viral di media sosial. Sana Khan berkongsi gambar pertama dengan suaminya di media sosial akhirnya menjadi bualan hangat di kalangan netizen.
Dia kelihatan berpakaian pengantin berwarna merah dan gambar itu menjadi viral.
Sementara itu, nama Sana telah berubah selepas rasmi berkahwin dengan Mufti Anas.
Sekiranya peminat mengunjungi akaun Instagramnya sekarang, mereka akan melihat nama ‘Saiyed Sana Khan’ muncul di biografinya. Ada sumber mengatakan pasangan itu dikatakan telah bernikah pada 20 November 2020.
Ini bukan kali pertama Sana Khan menjadi berita utama di media. Pada bulan lalu, dia telah mengumumkan untuk mengundur dari dari industri hiburan.
Dia berkongsi sebuah penulisan panjang di Instagram dan mengungkapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan dan mahu menjalani kehidupan yang baru.
Dan sekarang, dia sudah siap untuk memulakan kehidupan baru bergelar isteri dan berbahagia dengan suaminya.
MW: Ternyata hidayah itu milik Allah, siapa sangka Sana Khan yang mengambil Tindakan drastik meninggalkan dunia glamor kini disatukan dengan lelaki yang membimbing dirinya ke jalan Allah. Semoga berbahagia Sana Khan.