Pada awalnya mungkin terasa seperti tidak masuk akal, namun apabila gangguan ini berterusan sudah tentu menimbulkan tanda tanya. Sama ada terfikir siapa yang mengetuk atau apa tujuan sebenar si pengetuk pintu.
Malahan hingga sekarang, masih kekal misteri siapa yang ketuk pintu, gangguan yang berterusan hingga takutkan penduduk.
Masih Kekal Misteri Siapa Yang Ketuk Pintu
Sabak Bernam: Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk.
Difahamkan, gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.
Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi.
“Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.
Ads
“Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.
“Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ,” katanya.
Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
“Saya tak pasti siapa yang lakukan perkara (ketukan pintu) itu. Yang pasti, kejadian ini pertama kali berlaku dan harap ia tidak berulang kembali,” katanya.
Mendengar Ketukan Di Dapur
Sementara itu petugas kesihatan Klinik Desa Sungai Burong, Sungai Besar, Siti Nur Ain Remli, 27, berkata, dia mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh di dapur rumahnya, kira-kira 1 pagi tadi.
“Bunyi ketukan itu berlangsung selama lima minit. Kemudian, ia bersambung pula dengan ketukan pada pintu kayu dapur.
“Khuatir ada individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan, saya menghubungi pihak polis dan mereka datang meronda kira-kira 1.30 pagi,” katanya.
Ads
Dia berkata, suaminya, Mohammad Aminuddin Abd Rahman, 27, turut mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh itu.
Gangguan Ketukan Di Tengah Malam
Sementara itu, Pengerusi Taman Budi, Batu 40, di sini, Abu Hasan Ashari, berkata, seorang penduduk di taman itu menerima gangguan ketukan itu kira-kira 12.45 tengah malam tadi.
“Sebelum ketukan itu terjadi, berlaku gangguan bekalan elektrik di perumahan ini kira-kira 11.24 malam tadi dan pulih pada 12.15 tengah malam.
“Kira-kira 30 minit kemudian, dia (penduduk) memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp pintu belakang rumahnya diketuk sebanyak dua kali,” katanya.
Kata Abu Hasan, susulan kejadian itu, pihaknya mengetatkan lagi rondaan di taman perumahan terbabit bermula waktu malam hingga awal pagi.
Ads
Akan Dikenakan Tindakan Mengundang Ketakutan
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba menakutkan penduduk susulan kejadian itu.
“Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegusaran kepada orang awam.
“Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atau Seksyen 13(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
MW: Risau juga jika mak, ayah tinggal di kawasan yang diganggu ini. Oleh itu jaga keselamatan diri dan keluarga. Semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.
Anak diejek pondan, ibu kongsi anak remaja lelaki jenis suka duduk rumah. Alam remaja adalah zaman meneroka bagi sesetengah remaja lelaki. Agak jarang remaja suka duduk di rumah dan membantu ibu ayah.
Satu perkongsian dari seorang ibu di Dong YaQun di fb menuai komen bila mana berkongsi tentang anak sulungnya yang suka membantunya di rumah namun digelar pondan hanya kerana anaknya itu jarang keluar melepak bersama rakan sebaya.
Diejek Pondan Kerana Suka Duduk Rumah
Kongsi, Dong YaQun, anak sulungnya itu banyak membantu meringankan bebannya sebagai ibu dalam mencari rezeki, membantu menguruskan adik-adik yang masih kecil selain suka duduk di rumah saja.
Baca perkongsian darinya.
Inilah anak sulung saya yang digelar pondan.
Dia ni sejenis remaja lelaki yang suka duduk di rumah dan boleh buat kerja rumah. Kerja di dapur dia buat. Masa adik dia masih kecil dia boleh menjaga adik dia.
Ibu Kongsi Anak Sulung Lelaki Jarang Melepak Di Luar
Dia boleh pangku adik dia sambil susukan dengan botol susu. Kadang-kadang dia sendiri yang buatkan adik dia susu biar pun waktu tu dia masih di sekolah rendah. Kadang-kadang dia akan mandikan adik dia.
Sehingga sekarang umur adik dia sudah 6 tahun tapi dia masih lagi mandikan adik dia. Dia tidak pernah tu lepak atau tidur di rumah kawan-kawan dia kecuali rumah sepupu dia. Itu pun jarang sekali.
Dia tidak pernah melawan cakap mama dan dady dia. Dia jenis diam bila ditegur. Menjawab bila ditanya. Mungkin inilah sebabnya dia digelar macam pondan.
Sampai begitu sekali penilaian orangkan. Lelaki yang berjiwa lembut tidak pandai melawan ibu bapa, yang suka menjaga adik-adiknya, yang suka duduk di rumah saja tidak suka lepak-lepak dengan kawan-kawan digelar pondan.
Aduh, aneh-aneh manusia sekarang.
Lelaki sejati itu tidak semestinya seorang lelaki yang pandai merokok, pandai minum, suka berkelahi atau yang suka melepak ya. Dunia-dunia ada-ada saja. Hihiii sekian semua.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rumah tangga Nabila & Engku Emran didakwa berantakan? Seperti yang berlenggar di sosial media, didakwa rumah tangga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila dan suaminya Engku Emran kini sedang berantakan.
Khabarnya ketika Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah kelibat Engku Emran tidak kelihatan
Rumah Tangga Nabila & Engku Emran Didakwa Berantakan?
Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Engku Emrah juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro status rumah tangga pasangan popular ini didakwa bagai sudah retak menanti belah.
Menurut laporan itu lagi, sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” ungkap sumber tersebut.
Apapun MW mengharapkan yang terbaik buat pasangan ini dan kekal bahagia hingga ke jannah.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahu.. semoga diberi kekuatan kepada kedua orang tua baby Nishka ini. Meruntun rasa hati bila membaca perkhabaran terbaru tentang anak kecil seusia 4 bulan yang menghidap kanser otak tahap 4 ini.
Dalam instagram rasmi baby Nishka, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham dimaklumkan anak kecil ini agak kritikal keadaannya. Kanser yang ada di kepala juga makin membesar, begitu juga dengan saiz kepalanya.
Selanjutnya perkhabaran tentang baby Nishka,
Ya Allah…sesungguhnya berat untuk kami menelan semua ni tapi mummy daddy tahu adik dah berjuang sedaya upaya adik.. sehabis baik.
Untuk pengetahuan semua.. keadaan baby Nishka agak kritikal dan tenat. Kanser di kepala adik semakin membesar. Saiz kepala juga membesar dari 41 ke 44cm.
Pergerakkan baby Nishka juga sangat minimum. Sejuk je badan adik. Mummy daddy tak sanggup nak tengok adik macam ni.
Semua datang tengok adik. Semua sayang adik.
Semoga Allah mempermudahkan urusan adik.. mummy daddy sayang adik sampai bila-bila sayang.. #pray4babynishka #braintumorstage4 #doautknishka
Ibu Beryukur Dapat Lebih Dekat Dengan Nishka
Baby Nishka juga mengalami kanser buah pinggang dan menerima rawatan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Ibunya, Khairiah Kamarudin, 35 merupakan seorang pendidik di SK Bandar, Pulai Chondong, Machang. Malah, dia bersyukur kerana dapat berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bekelam di Bachok sejak semalam untuk lebih dekat bagi memantau keadaan anaknya.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan kerana meluluskan permohonan perpindahan saya dan juga pihak HUSM yang merawat serta mengambil bera tentang keadaan bayi saya.” Tutur isteri kepada Mohd Farham Che Ahmad, 36 kepada Harian Metro.
Nora Danish terharu penghijrahannya jadi ikutan pengikut media sosial. Hijrah seorang wanita bukan sekadar perubahan penampilan, tetapi perjalanan hati untuk membuktikan cinta sejatinya kepada...