‘Berkali Cuba Terjun Dari Kereta, Cederakan Diri’ Seksanya Dugaan Bertunang Gadis Ini

Gadis ini Sya Aisyahra, lalui ujian bertunang yang cukup hebat. Gara-gara hantaran sihir tanpa disedarinya. Sebaik bergelar tunangan orang, dia tak lagi jadi dirinya sendiri. Lain sungguh, hingga pernah cuba mahu cederakan diri sendiri.

Akuinya yang berkongsi kisah benar yang dilaluinya bermula Jun 2019, walaupun dirinya yakin menyatakan diri sendiri sihat.. hakikatnya dia sedang lalui tempoh depresi yang menyakitkan.

Baca sini : Tukar dugaan jadi motivasi, wanita ini berjaya tundukkan mak tiri

‘Berkali Cuba Terjun Dari Kereta, Cederakan Diri’ Seksanya Dugaan Bertunang Gadis Ini

Ya.. Dugaan Bertunang Itu Benar

Dugaan bertunang itu benar, dugaan depression itu benar, aku cuba bangun dan kuat balik, setahun disihir tanpa sedar.

Bismillah. Sebenarnya dah lama simpan rasa untuk share, tapi masih rasa tkut. Harini kuatkan semangat untuk menulis. Ada kebaikan boleh ambik iktibar bersama, jika khilaf dan salah itu kekurangan saya. Wallahualam.. *posting ini panjang, saya halalkan share jika untuk kebaikan.

IKLAN

Jun 2019. Aku bermula jadi tunangan orang. Segalanya nampak smooth walaupun sebulan sebelum (ramadhan) aku rasa macam salah buat keputusan. Boleh dikatakan setiap hari menangis dan sedih.. (Perasaan mula berkecamuk)

‘Berkali Cuba Terjun Dari Kereta, Cederakan Diri’ Seksanya Dugaan Bertunang Gadis Ini

Atas pujukan keluarga dan layanan baik si dia, kami bertunang. Tarikh sepatutnya aku nikah pada Oktober 2019 (bulan 10 selepas tunang 3 bulan seperti dirancang)

Tak sampai seminggu bertunang, aku makin rasa mnyesal bertunang, rasa memberontak dan perlahan-lahan agresif. Berkali-kali aku mengamuk nak terjun dari kereta, bergaduh dengan family, cederakan diri sendiri dan 2 kali dibisik syaitan untuk bunuh diri. Allahu.

IKLAN

Dalam tempoh tu, macam-macam lagi dugaan lalui, aku tergilakan orang lain, aku banyak buat perangai teruk-teruk supaya tunang aku tak tahan, dengan family pun rasa porak peranda bergaduh adik beradik. Aku mula suka menyendiri, layan perasaan dan murung.

‘Berkali Cuba Terjun Dari Kereta, Cederakan Diri’ Seksanya Dugaan Bertunang Gadis Ini

Aku Makin Murung Sampai Tak Makan

2 kali percubaan untuk ikhtiar cara kampung, tapi tak jalan. (Allah belum izin) Aku makin agresif dan murung sampai tak makan. Dua kali aku pengsan tiba-tiba sebab sakit kepala melampau. Masa kena warded, jantung otak semua doc check, Alhamdulillah takda penyakit cumanya aku diberikan surat panic attack dan next checkup utk anxiety disorder dan sesi kaunseling.

IKLAN

Aku degil sangat kalau keluarga nak bawak jumpa ustaz. Aku yakin yang aku sihat. (kononnya)

Pendekkan cerita, macam-macam sakit yang aku lalui dan buatkan orang sekeliling aku sakit sekali dengan perangai aku,
(Ayah, kalaulah ayah ada, mesti mak tak sorang-sorang fikirkan cik nangis risaukan cik)
Puas berjuang, 2 kali putus tunang. Wallahualam masih ada harapan dibaiki atau tidak itu rencana allah aku serahkan, sebab kita sudah usaha.

Sampaikan awal Ogos baru ni, ada hamba Allah datang nasihat aku suruh berubat. Sebab dia tegur aku terlalu ‘lain’.

MW : Semoga gadis ini terus kuat melawan penyakitnya itu. Dan dipermudahkan urusan olehNya.

Sumber/Foto : sya aisyahra

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI