Tragedi pusat tahfiz yang meninggalkan kesan di hati masyarakat tiga tahun lalu, kini telah mendapat pembelaannya. Remaja lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Tertuduh didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, hampir tiga tahun lalu.
Pada 28 Januari 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu, yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela diri.
Remaja 19 Tahun Dijatuhi Hukuman
Pada awalnya kedua-dua mereka dituduh secara bersama atas kesalahan membunuh, namun pertuduhan itu dipinda susulan keputusan pada akhir kes pendakwaan.
Menurut pertuduhan dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.
Ads
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga dikenakan denda atau pampasan.
Ads
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim sementara tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.
Seramai 71 saksi memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan bermula pada 30 Mei 2018.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.
MW: Semoga kesedihan ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi pusat tahfiz ini sedikit terubat dengan hukuman yang diterima tertuduh. Biar pun nyawa tak dapat diganti dengan apa cara sekali pun, namun sekurang-kurangnya kematian mereka mendapat pembelaan.
Ibu terkejut anak maut kemalangan – “Malam tadi hantar Fatin naik bas, pagi ini dapat berita dia dah tak ada.” “Baru malam tadi kami sekeluarga menghantar anak sulung menaiki bas, namun pagi ini saya dapat berita dia meninggal dunia dalam kemalangan,” kata Fieza iaitu ibu kepada Fatin Nasrin Fadli, 22, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Lebuhraya Timur Barat berdekatan Tasik Banding, Perak pada jam 1 pagi tadi.
Ibu Terkejut Anak Maut Kemalangan – “Malam Tadi Hantar Fatin Naik Bas, Pagi Ini Dapat Berita Dia Dah Tak Ada”
Kemalangan tragis itu melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan jenis PERODUA Alza, mengakibatkan 15 nyawa pelajar melayang manakala tujuh lagi mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Gerik.
Menurut Fieza, keluarganya hanya mengetahui tentang kemalangan tersebut kira-kira jam 6 pagi selepas terbaca maklumat mengenainya di Facebook.
“Waktu itu saya cuma tahu anak terlibat dalam kemalangan, tapi saya tidak pasti keadaannya, sama ada cedera atau telah tiada. Kami terus bertolak dari Jertih, dan dalam perjalanan, pihak hospital menghubungi memberitahu anak saya telah meninggal dunia,” katanya sebak.
Fieza memaklumkan, setakat jam 10.50 pagi, beliau masih berada di Tanah Merah, Kelantan akibat kesesakan jalan raya dan tidak pasti berapa lama lagi akan tiba di Hospital Gerik.
“Allahuakbar… sedih sangat sebab dia baru balik beraya dan malam tadi, kami menghantarnya dengan gembira kerana sepatutnya anak ada kelas hari ini,” katanya.
“Kami masih terkejut. Arwah anak sulung daripada lima beradik dan sepanjang berada di rumah untuk sambutan Hari Raya, dia nampak sangat ceria,” katanya lagi.
Dalam kejadian tragis itu, kesemua 15 pelajar UPSI disahkan maut apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbalik di Jalan Jeli – Gerik, berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi.
Resepi pisang goreng penyet ini menu yang sangat popular di kalangan masyarakat Bugis Sabah. Di sana makanan ini dinamakan Sanggar Pappek. Istimewanya pisang goreng penyet ini dimakan dengan sambal tomato yang mudah pembuatannya tapi enak rasanya.
Resipi turun temurun masyarakat Bugis ini dikongsikan oleh Cik Puan Hadija Dija. Makanan ini amat popular di kalangan masyarakat Bugis terutama di daerah Tawau Sabah. Rasanya sangat sedap dan ringkas saja pembuatannya.
“Mama Jaja nak share resepi dengan kawan-kawan yang berada di Semenanjung, (ramai yang minta resepi sebelum ni kan), baiklah korang di bawah ni mama jaja dah selitkan bahan-bahan dan cara untuk buat di setiap gambar, korang ikut jer comfirm menjadi.
Bahan Utama Sanggar Pappek
Pisang Sanggar (Pisang Abu) yang mentah @ muda.
Kupaskan kulit Pisang.
Make sure jadi macam ni bila kupas ya. Cuci pisang yang di kupas tadi, toskan dan goreng sehingga kekuningan.
Penyetkan pisang yang telah Di goreng tadi seperti dalam gambar.
Kalau korang nak senang, tak payah susah-susah, pakai pinggan duralex tu jer bagi penyet comfirm penyet sekata la pisang tu. Akan jadi macam ni. Lagi nipis lagi sedap bila masa nak makan nanti. Gorengkan pisang yang dah dipenyetkan tadi. Goreng sehingga garing or kekuningan.
Bahan-bahan Sambal Tomato
Bahan A
Tomato (tomato kecik or besar pun boleh).
Bahan B
Belacan
Cili padi
Garam
Aji
Secukup rasa
Tumis tomato (tomato jer tau). Lepas tu korang tumbuk dan campurkan la sekali bahan B tadi dalam lesung tu.
OK Dah siap untuk di hidang. Cicah dengan sambal tomato, memang tak ingat jiran sebelah.
Hasrat miliki anak kedua tidak kesampaian, ibu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Impian sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak kedua bertukar menjadi tragedi apabila si isteri, seorang suri rumah berusia 35 tahun, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Hasrat Miliki Anak Kedua Tidak Kesampaian, Ibu Meninggal Dunia Dalam Perjalanan ke Hospital
Difahamkan, wanita tersebut mengalami sakit untuk bersalin sebelum suaminya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan perubatan. Namun, wanita berkenaan dipercayai tidak sedarkan diri sebelum pengsan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 5.57 petang semalam daripada kakitangan zon merah Jabatan Kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah yang memaklumkan bahawa wanita berkenaan serta bayi yang dikandungnya telah disahkan meninggal dunia.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki ambulans. Doktor telah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi namun malangnya, bayi itu juga tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Hasil temu bual bersama suami mangsa mendapati wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod penyakit atau masalah kesihatan yang diketahui sebelum ini.
Tambah beliau lagi, tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat ditemui hasil pemeriksaan ke atas jasad mangsa.
Mayat wanita tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...