Selebriti yang juga aktivis sosial, Abby Abadi kini begitu aktif mengumpul dana dan menyalurkan derma menerusi program WALLET KASIH PKP untuk membantu keluarga terutamanya yang terjejas ketika pandemik Covid-19.
Abby Abadi Hulurkan Bantuan
Mengajak pengikut di laman sosialnya, Abby mempunyai cara tersendiri dalam urusan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Malah Abby juga menjelaskan bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk kecil-kecilan.
Abby juga menjelaskan wang yang disumbangkan adalah hasil dari dana yang dikumpulkan daripada sahabat-sahabat dan pengikut di laman sosial yang sudi menyumbang. Malah agihan derma juga diberikan setiap hari.
Abby Abadi Hadkan Sumbangan 30 atau 50 Orang Sehari
Namun menerusi entri di akaun Instagramnya semalam, pelakon ini berasa tertekan apabila didesak oleh individu yang meminta bantuan kewangan daripadanya.
Abby juga terpaksa menghadkan sumbangan kepada 30 orang sahaja sehari dan ia bergantung kepada dana yang terkumpul.
Ads
Seperti mana yang dipetik menerusi akaun Instagramnya Abby menulis;
Entri Abby Abadi di akaun Instagramnya.
“Adaaaa ni… duduk dekat luar dgn macam2 aktiviti Awak org buat pe je kt rumah tuuu??
“Yg minta bantuan sehari limit 30org je kita buleh transfer ye. Kalau ada yg membantu buleh pergi 50 org.. kitapun ada kerja lain.. janganlah mendesak. Dan takperlu video cal insta tak henti2.. pening tauu! Naik darah tinggi Sy..
“Ps: Ye ke takde bantuan langsung dan mengharap Sy je? Ramai je yg menghulur bantuan kan? Jimat2 k..Tak terkejar Sy nk bantu semua.. ”.
Ads
Abby Abadi Saling Tolong Menolong
Abby sebelum ini dengan hati yang ikhlas telah mengajak sahabat-sahabat dan pengikutnya menerusi entri di akaun Instagramnya menolong mereka yang memerlukan bantuan.
Sememangnya usaha murni Abby ini sangatlah mulia dan seharusnya menjadi ikutan ramai. Bagi mereka yang sudi menghulurkan derma bolehlah bersama-sama menyumbang program WALLET KASIH PKP yang diusahakannya. Semoga apa yang dilakukan akan dirahmati Allah SWT.
“SEDEKAH
“ALLAH SWT berfirman,
Ads
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba’ 34:39)
“Hebatnya mereka yang berada dalam golongan ini. Dengan izin ALLAH SWT, pahala yang berganda & berterusan mengalir sebagai bekalan di akhirat kelak. Hadis di atas seiring dengan ayat 261 Surah al-Baqarah yang bererti “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir tumbuh 100 biji. ALLAH melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ALLAH Maha Luas lagi Maha Mengetahui”.
“Sahabat IG ku, yg ku kasihi kerana ALLAH.. Sy mohon bantuan lagi.. sorang RM10 pun Alhamdullillah
“Ramai yg terputus bekalan makanan, terputus susu, pampers anak.. sy sedih. Tapi kalau Sy nak bantu sorang, nk kayuh sendiri memang tak terkejar. Jadi Sy berharap sangat Sahabat2 Sy disini bersama Sy utk Wallet Kasih PKP yg Sy usahakan ini.
“Yg terkumpul setiap hari, itulah yg Sy agihkan.. tp tetap tak cukup. Makin hari makin ramai pula yg DM tak berhenti. PKPB bersambung lagi.. Bertambah2 masalah mereka. Bertangguh itu dan ini. Tapi yg bertangguh2 dgn jumlah yg besar, kena usahakan dana lain ye. Sy yg kerdil dan hina ini bukan siapa2.. tak dpt nk kumpul banyak & tak mampu nk bg jumlah besar2.. mcm yg Sy selalu bgtau, Sy target duit makan, susu pampers je sorg sikit.
“Tolong ye… Sahabat yg kaya
“WALLET KASIH PKP
“RHB BANK
“Arbaieyah Abdul Manan
“26233500041199”.
Cukup memilukan hati seorang ibu apabila kehilangan anak tersayang. Apatah lagi anak yang selama ini cukup rapat dan manja dengannya terlebih dahulu meninggal dunia.
“Adik sayang mama sangat-sangat”. Itulah antara perbualan terakhir Mahanom Ismail bersama anak bongsunya, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.
Shahrul Kamal adalah juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, petang semalam.
Anak Rapat & Manja
Mahanom, 67 tahun yang ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kelihatan sugul dan menahan sebak.
Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.
“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.
“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’,” katanya.
Menurutnya, Shahrul Kamal amat rapat dengannya dan seorang yang sangat manja.
“Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, ‘mama..mama, buka pintu’.
“Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,” katanya menahan sebak.
Arwah Tinggalkan Isteri & 4 Anak
Berkongsi mengenai kerjaya anaknya, Mahanom berkata, sebelum menerbangkan jet persendirian, beliau juga pernah bekerja dengan syarikat penerbangan MAS dan Etihad.
Katanya, dia sekeluarga akan berbincang mengenai urusan pengebumian jenazah arwah dengan keluarga besannya.
“Saya akan bincang dengan keluarga besan, sama ada pengebumian akan dilakukan sama ada di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam,” katanya.
Katanya, Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia antara tiga hingga 12 tahun.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Memang bukan mudah untuk menerima kehilangan orang tersayang, namun hati harus redha dengan setiap ketentuan ujian dariNya.
Alhamdulillah, berita gembira pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse telah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 10.15 malam tadi.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu menerusi kaedah pembedahan dan dilaporkan kini dalam keadaan yang sihat.
Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2016 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam, selepas sembilan tahun menjalin percintaan.
Syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Pengacara Gegar Vaganza itu juga akan berehat selama dua bulan daripada segala aktiviti seni untuk menjalani proses berpantang, selain memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” katanya menerusi kenyataan itu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan, Ungku Hariz Faizal yang juga pelakon meluahkan perasaan syukur sudah bergelar bapa.
Ungku Hariz turut mengucapkan terima kasih dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.
Sementara itu program Vlog Mommy Jihan yang memaparkan aktiviti Jihan dan suami sepanjang tempoh kehamilannya berusia 31 sehingga bersalin disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 10.55 malam di saluran Astro Ria.
Kecoh di media sosial dengan kes penipuan dan belum sempat jumpa Boy Iman, Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku dan dia akan bertemu dengan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul Iman untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.
Bekas bintang Gegar Vaganza 2, Datuk Nassier Wahab sendiri sedih tidak menjangkakan perkara tersebut menjadi kecoh dan hanya mengetahui tentang penahanan Boy Iman daripada kakitangan DBI Technology.
“Saya masih belum berkesempatan berjumpa Datuk Boy, kerana baru pulang dari Mekah dua hari lepas dan keadaan kesihatan saya juga masih tidak mengizinkan.
“InshaAllah, bila kes ini reda saya akan bertemu dengan Datuk Boy untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian.
Ketika diminta mengulas mengenai penahanan Boy, Duta syarikat perumahan mampu milik itu menjelaskan dia dilantik sebagai duta DBI Technology, sementara penerbit filem 404 itu ditahan untuk membantu siasatan tentang syarikat lama iaitu, DBI Property.
“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga segala kekusutan dan kekecohan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya,” ujarnya.
Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.
Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...