‘Saya Akan Merinduinya..’ Arwah Kakak Yang Baik, Selalu Jemput Hantar Adik Ke Sekolah

Suasana pilu terus menyelubungi keluarga Allahyarham Siti Nur Surya, 19. Mangsa pembunuhan kejam yang dipercayai rakan sendiri di ruang tamu kediamannya di Kampung Lubok Batu, Telemong.

Sekitar 8.15 malam Isnin tadi, sudah pun selesai pengebumian jenazah Siti Nur Surya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu.

Ahli keluarga bagaikan dalam mimpi. Sukar untuk membendung rasa rindu pada anak perempuan yang banyak berjasa. Dan kini sudah pun tiada. Sanggup pula melupakan impian hidupnya demi menjaga ibu yang terlantar sakit kanser otak tahap tiga.

Sedih, rasa macam mimpi kakak dah takde.” Luah Siti Nurliyana Syuhada Ismail, 15 insan pertama yang menemui kakaknya sudah tidak bernyawa lagi.

Demi Kasih Pada Ibu, Arwah Pendam Cita-cita

Waktu hayat arwah masih ada, kakaknya itulah yang selalu menghantar dan menjemputnya pulang sekolah. “Arwah sangat baik. Saya akan merinduinya selepas ini.”

“Saya tak sangka tragedi berdarah ini berlaku pada kakak. Ketika melihat mayatnya dengan pergelangan tangan kiri putis, saya takut dan terus keluar rumah untuk menelefon bapa.”

IKLAN

Arwah punya impian mahu jadi seorang pelukis pelan. “Demi kasih arwah pada ibu, mahu jaga ibu yang sakit, dia sanggup korbankan pelajaran. Tak mahu sambung pengajian sebaik tamat tingkatan lima.

“Sepatutnya arwah sambung pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara (ABN) Hulu Terengganu Januari tahun ini.”

Demikian maklum bapanya Ismail Muda, 58 yang sama sekali tidak menyangka anaknya dibunuh rakan sendiri.

Baca sini : Hiba remaja meninggal, disaksi ibu yang sedang sakit, rakan sekolah ditahan.

IKLAN

Pandangan Terakhir Ibu, Buat Hati Yang Melihat Pilu

Kenalan Allahyarham itu sudah pun ditahan untuk siasatan, namun dia tetap tidak menyangka gadis sebaya anaknya itu sanggup mengambil tindakan sedemikian kejam, jika benar dakwaan berkenaan.

Dari kesan tapak kaki beserta darah di lantai pintu menuju pintu bilik, dia dapat kesan beberapa tapak kaki kecil. Malah, pada pintu almari ditabur bedak. Dipercayai untuk menghilangkan kesan cap jari.

Arwah dah lama berkawan dengannya. Tapi tak tahu apa yang berlaku sampai jadi pembunuhan.”

Ismail sendiri tak dapat jelaskan sama ada isterinya itu tahu atau tak dengan tragedi yang menimpa anaknya. Secara zahir tak nampak wajah isterinya bersedih, namun dihatinya tiada siapa tahu.

IKLAN

Ketika jenazah diusung keluar dari ruang tamu sekitar jam 6.30 petang, Ismail maklumkan pada isteri. Palingkan muka isteri ke arah keranda. Agar isteri dapat lihat keranda anak buat kali terakhir.

Namun, isterinya hanya memandang tanpa reaksi.

Bagaimanapun, ahli keluarga dan tetamu ketika itu berada di ruang tamu tak dapat menahan kesedihan dan kepiluan hati mereka.

MW : Semoga roh Allahyarham Siti Nur Surya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Dan kematiannya mendapat pembelaan yang setimpal.

Sumber/Foto : Harian Metro, Berita Harian, HMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI