Sebaknya kisah ibu yang baru habis pantang ini. Genap 2 bulan bayi perempuannya dilahirkan, ibunya diuji suami alami asma kronik. Sehinggakan suami dikejarkan dan diwadkan di hospital.

Tak lama kemudian, ibu yang bernama Fatin ini pula alami jangkitan kuman dalam darah. Sehingga membuatkan dirinya dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Malah, anak kedua yang baru dilahirkan pula alami cirit birit sehingga berdarah dan diwadkan di hospital.

Sekarang ini, dikhabarkan anak pertama mereka pula alami demam dan ekzema teruk. Allahu.. berat sungguh dugaan yang ditanggung.

Simpati dengan keadaan yang dialami sepupu ini, Emmy Farhany Ahmad berkongsi di laman facebooknya. Memohon agar orang ramai mendoakan ahli keluarga ini.

Ibu Baru Habis Pantang, Suami Koma, Bayi Diwadkan

Salam sahabat dan saudara semua…
Dalam gambar ni sepupu saya Fatin
Elika Elisya
dan suaminya
Aizameen Haqim
bersama anaknya. Mereka ada lagi sorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.
Apa yang cuba saya nak sampaikan… berat ujian sepupu saya sekeluarga ni.. mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama… masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ICU.

Sekarang dalam keadaan koma… dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya… sepupu saya Fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan… malam tadi pula.. sepupu saya Fatin pula dimasukkan ke ICU kerana ada jangkitan kuman dalam darah… Fatin terlalu lemah… mulanya suspek denggi… bila darah drop… Fatin terus rebah sampai biru-biru muka… maybe terlalu berat nak menanggung ujian & tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak… berat lagi ujian.. dalam mereka suami isteri di ICU… harini baby lak warded.

IKLAN

Anak Kedua Pula Diwadkan

Beberapa harini.. baby kena cirit birit sampai berak berdarah.. tu yang pergi hospital… rupanya baby pun tak ok… dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis… setiap malam nangis tanpa henti… puas berubat.. tapi tak dapat ubati… hanya mengurangkan sakit saja… anak sulung pon tengah tak sihat.. demam… eczema teruk… sian si abang…

Saat ini si abang dijaga oleh mak sedaranya…
Jadi… saya nak menyeru kepada insan-insan yang mengenali saya… pls doakan untuk sepupu saya ni sekeluarga… berikan kesihatan kepada Fatin dan babynya serta anak sulungnya… doakan ada sinar buat Aizameen sedar dari koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak-anak. Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yang dapat membalasnya.
Berat ujian sepupu saya tanggung.

Kuat dik Fatin.. Along dan semua Family Haji Sahri sayang ko dik.

Sebak sangat.. saat ni rasa macam useless sangat sebab tak boleh balik kampung.. bagi moral support kat family.

IKLAN

Info terkini dari kakak Fatin :

Setakat ni Fatin dah sedar cuma masih lemah. Ameen masih koma… baby pula dah tak berak berdarah. Tu je yang saya boleh sampaikan.

Terima kasih juga yang DM saya nak hulurkan sumbangan barangan… nak buatkan doa selamat serta bacaan yassin/al-quran serta solat hajat untuk Fatin dan Amenn. Terima kasih semua.

Ya Allah… besarNya rahmatmu… Ada juga yang nak hulurkan sumbangan duit.. ini memang jauh dari fikiran saya… takut juga saya…. niat asal saya nak orang ramai mendoakan je… tapi rakyat Malaysia ni pemurah… kenal ke tak kenal mereka prihatin nak bersedekah/menyumbang.

IKLAN

Masing-masing faham dalam keadaan sekarang ni… anyway pada yang nak menyumbang… DM je saya… nanti saya maklumkan caranya.

Maafkan saya jika saya lambat reply DM. Maaf juga tak dapat nak approve friend dengan insan-insan yang nak friend dengan saya… ramai sangat.. maafkan saya.. saya percaya niat anda nak mendoakan Fatin sekeluarga.

Terima kasih semua

MW : Mendoakan semoga urusan Fatin sekeluarga dipermudahkanNya. Amin.

Sumber/Foto : Emmy Farhany Ahmad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI