Nabila Huda atau Abil dalam salah satu posting instagramnya berkongsi gambar Al-Quran pemberian bapanya. Menariknya di atas Al-Quran itu dilihat terdapat sekeping kertas putih yang terdapat tulisan tangan Amy Searc sendiri di mana ayatnya,

“Istimewa untuk anak ku sayang 

Abil & Bert 

Moga Quran ini menjadi pendamping korang sentiasa.” 

Dari Papa & Mummy with Lots of Love 

Nabila kemudian mengulas, “Sweetest gift ever siap dapat autograph tau..Jangan jealous guys!!! Thank you papa and mummy.. 

IKLAN

Satu Hari Kita Baca Satu Muka Surat Mana Tahu Lama-Lama Khatam – NABILA HUDA

——————————————————————————————————

Nabila dalam satu igLive nya baru-baru ini mengajak para pengikutnya memanfaatkan masa lapang PKP ini dengan aktiviti bermanfaat.  Salah satunya dengan membaca Al-Quran.  

IKLAN

“Saya dapat hadiah Al-Quran ini daripada papa dan mama.

Daripada kita duduk lepak tak buat apa baik kita baca sama-sama mana tahu kita duduk rumah ni sampai raya.  

“Tergeliat lidah bila dah lama tak baca Al-Quran, satu hari kita baca satu muka surat mana tahu lama-lama khatam,”katanya di Live Instagram pada Rabu baru-baru ini.

Betul juga kata Abil tu, Ramadan pun tak lama lagi. Elok juga kita mulakan persiapan awal mengimarahkan Ramadan yang akan datang seawal mungkin. Lagipun kita tak tahu bila PKP ini akan berakhir. Harapnya semuanya cepatlah kembali pulih seperti selalu. Suramlah kalau Ramadan ini tak terisi dengan berterawih di masjid. Jom pakat-pakat doa semoga Ramadan ini Malaysia bebas daripada tularan Covid-19.  

IKLAN

Satu Hari Kita Baca Satu Muka Surat Mana Tahu Lama-Lama Khatam – NABILA HUDA

Tahun lalu sekitar Mei 2019, Nabila sempat menyerahkan Al-Quran dan sejadah ke Penjara Seremban. Usahanya itu menggembirakan warga penjara kerana kebetulan ketika itu pihak penjara merancang mengadakan sesi majlis khatam Al-Quran.

Sumber : https://www.instagram.com/kupu_kupu/

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI