Sedapnya Resepi Original Roti Kerca Air Tangan YM Datin Sri Tengku Zawyah

Resepi roti kerca ini makanan dari negeri Kedah. Dahulunya, menu sebegini menjadi hidangan istimewa dan terkenal di kalangan kerabat Kedah. Menerusi perkongsian rancangan video Air Tangan VIP, majalah Nona membawakan resepi original roti kerca dari air tangan YM Datin Sri Tengku Zawyah.

Kongsi Tengku Zawyah yang mesra di panggil Kak Engku, resepi tradisi roti kerca ini dari bonda tercinta, Tengku Faizah. Istimewanya roti kerca ini dinikmati bersama daging hancur yang mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan untuk membuatnya pun mudah sungguh. Siapa pun boleh mencuba, sebab tak renyah mana.

Seronok tengok Tengku Zawyah berkongsi cara memasak roti kerca sambil ditemani Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak. Walaupun dikelilingi kehidupan penuh glamour, Tengku Zawyah tetap ke dapur memasak untuk anak-anak. Malah, hidangan roti kerca ini jadi kegemaran anak-anak dan menantu.

Mula-mula Kahwin Dulu Memang Tak Pandai Masak

Rupanya, Tengku Zawyah ini pernah bergelar pendidik. Sungguhlah, kesantunan terserlah dalam kelembutan bicaranya di sepanjang video Air Tangan VIP berdurasi 16 minit 47 saat itu. Seronok tengok Tengku Zawyah memasak di hadapan penonton.

IKLAN

Masa mula kahwin mula-mula memang tak tahu masak.” Kongsi Tengku Zawyah ketika ditemubual Kiffy Razak. Beliau juga merupakan anak bongsu dalam keluarga. Diakuinya itu pun jadi penyebab tak pandai memasak waktu itu.

Dan lama kelamaan selepas mendirikan rumah tangga, barulah Tengku Zawyah mula pandai memasak. Jadinya, jangan pernah rasa susah hati bila tak pandai memasak ya. Sebab tak pandai memasak, masih boleh belajar.

Macam Tengku Zawyah sendiri yang belajar memasak dengan ibu saudaranya. Malah, jangan tak tahu resepi roti kerca Tengku Zawyah ini semakin mendapat tempat di hati ramai orang.

IKLAN

Mudah Nak Buat Resepi Roti Kerca Tengku Zawyah Ini

Kalau nak tahu inilah istimewanya rancangan video Air Tangan VIP. Penonton boleh belajar memasak secara langsung dengan empunya resepi original. Dapat tengok depan-depan gitu.

Nak tahu cara membuat resepi sedap roti kerca Tengku Zawyah ini bolehlah tonton video Air Tangan VIP di bawah.

IKLAN

Selain Tengku Zawyah, Rancangan video Air Tangan VIP ini bakal membawakan YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Idham dan Puan Seri Nooraisha Farizan.

Kesemua personaliti VIP Nona ini akan menyingsing lengan baju, menumbuk cili, menggaul rendang dan tomyam demi berkongsi resepi masakan ekskusif mereka kepada penonton.

Air Tangan VIP akan bersiaran setiap bulan di saluran YouTube dan Facebook rasmi Majalah Nona. mendekati sisi sebenar wanita kenamaan yang dipaparkan, inspirasi gaya mereka di dapur berbanding hanya berpenampilan cantik dan elegan semata-mata.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita