Pelakon cantik, Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta alami cedera terseliuh kaki. Katanya, ‘betullah malang tak berbau. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.’
Kerana seorang pelakon tambahan yang terpijak kain Che Ta, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini terjatuh sampai terseliuh kaki kirinya di set pengambaran drama Dayang Senandung, yang dijalankan di sebuah hotel dekat Puchong.
Katanya, waktu itu dia melakonkan babak dikerumuni peminat. “Depa rempuh betui-betui macam main rugbi. Lutut dah berbalut.” Itulah yang buatkan Che Ta jatuh. Ia juga memberi kecederaan kepada bahagian lututnya.
Bukan saja berbalut lutut, malah Che Ta terpaksa menggunakan tongkat dan diberi cuti selama seminggu untuk berehat.
“Huru-haralah jadual saya selepas ini.”
Rozita Che Wan di set pengambaran drama Dayang Senandung bersama pelakon Hun Haqeem.
Redha Dengan Ujian
Walaupun, kaki terseliuh Che Ta tetap redha dengan ujian yang menimpa dirinya. Malah, kongsinya di instagramnya, sakit itu penghapus dosa.
Ads
“Orang yang sakit juga selayaknya semakin bergembira mendengar berita ini karena kesusahan, kesedihan dan rasa sakit karena penyakit yang ia rasakan akan menghapus dosa-dosanya.”
Dan biar pun dalam keadaan sakit-sakit itu, Che Ta tetap kelihatan cantik menawan. Memang tak de sapalah boleh lawan. Anggun jelita gitu.
Sehinggakan bila Che Ta kongsi gambar bertongkat di instagram, ramai yang memuji gaya ‘letoopan’ Che Ta tu. Artis lain pun tak mengagumi kecantikan ibu anak tiga yang kekal anggun sentiasa.
Masih dalam keadaan tak sihat ini, Che Ta tetap bersedia untuk berlakon drama Dayang Senandung. Katanya, jika pengarah benarkan dia menjayakan babak dalam keadaan duduk, dia sedia melakukannya.
Usia perkahwinan bertahun-tahun, belum tentu menjamin kebahagiaan dalam perhubungan. Apabila diri tak mampu lagi untuk bertahan, keputusan nekad harus diambil untuk memutuskan ikatan perkahwinan.
Tidak setuju dengan keputusan untuk bercerai, seorang lelaki menetak isterinya menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di bahagian leher dan tangan dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang St Helier, Bahau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 7.40 pagi daripada seorang pembantu perubatan dari Klinik Ladang St Helier memberitahu bahawa seorang wanita yang berlumuran darah berada di dalam longkang di belakang rumahnya.
Beliau berkata, Selasa lepas, pasangan itu telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara Bahau untuk mendaftarkan perceraian mereka, dan apabila pulang ke rumah, mereka bertengkar, namun pertengkaran berakhir apabila wanita itu balik ke rumah ibunya di Taman Megah Mahsan, sebelum kembali semula ke rumah selepas anak-anak pulang dari sekolah.
Menurutnya semalam, semasa berada di belakang rumah, pasangan itu sekali lagi bertengkar dengan si suami yang berumur 39 tahun, yang menuduh isterinya berumur 36 tahun itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
“Lelaki itu kemudiannya mengambil sebilah parang pendek berhulu hitam yang ada di belakang rumah dan menetak isterinya di bahagian kiri leher,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Khairiel berkata, kejadian disaksikan oleh anak ketiga wanita itu yang berumur 11 tahun, yang kemudiannya meminta bantuan jiran di hadapan rumah dan menurutnya pasangan itu telah berkahwin selama 18 tahun dan mempunyai enam anak perempuan.
Beliau berkata, penoreh getah itu mengalami kecederaan luka akibat tetakan di bahagian leher, tangan kanan dan tangan kiri, di samping patah bahagian lengan kanan dan retak pada tangan kiri, kini sedang dirawat di zon merah wad kecemasan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, dan berada dalam keadaan stabil.
Menurutnya polis telah menahan suami wanita itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -Bernama
MW: Usia perkahwinan bertahun-tahun belum tentu menjamin kebahagiaan dalam perhubungan. Apabila tak mampu lagi bertahan, mungkin perceraian adalah keputusan yang terbaik.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anda yang berhajat mencari telefon pintar dengan kamera terbaik, sila hadamkan ini. Sebab inilah, HUAWEI P40 PRO+ perlu ada di tangan anda.
Sejak HUAWEI P40 dilancarkan di Malaysia, telefon pintar kelas perdana ini berjaya membuatkan penggemar HUAWEI berasa teruja. Ia hadir dengan Kamera Ultra Vision Penta yang menghasilkan fotografi terbaik untuk anda.
Siri HUAWEI P40 ini dikuasakan oleh Kirin 990 5G dan perisian luar biasa HUAWEI. Kehadiran Huawei P40 Pro+ tentunya membuatkan anda ingin tahu. Teknologi rangkaian 5G membolehkan anda merasai sendiri kepantasan internet tanpa batasan.
Tetap, anda perlu betul-betul yakin sebelum memiliki HUAWEI P40+ ini kan? Nah! 3 kelebihan HUAWEI P40 Pro+ yang anda takkan dapat jumpa dalam telefon pintar kelas perdana yang lain.
Bukan saja hebat dengan kamera hadapan. Malah, HUAWEI P40 PRO+ memberi pilihan fotografi terbaik untuk anda apabila menggunakan kamera belakang.
Yang mana kamera belakang Siri HUAWEI P40 PRO+ ini juga dilengkapi dengan sistem lensa penta yang merangkumi sensor time-of-flight (ToF) dan kesan bokeh yang diperbaharui.
Dan tentunya dengan kelebihan ini menjadikan kamera belakang HUAWEI P40 PRO+ antara yang terbaik dalam kelas telefon pintar lainnya.
Ia mempunyai kamera utama 50MP dan kamera ultra lebar 40MP dan kamera telefoto optikal 3x 8MP dan lagi telefoto 8MP dengan 100x super zoom yang menggunakan rekaan periscope. Sensor kedalaman ToF membantu anda dapatkan fungsi ‘autofocus’, gambar potrait dan mode video yang lebih baik.
Kesemua gabungan ini menjadikan telefon pintar HUAWEI P40 Pro+ yang miliki kamera terbaik yang perlu anda miliki. Ia juga hadir dengan teknologi AI Golden Snap HUAWEI yang membolehkan anda memadamkan objek tak diperlukan dalam gambar, refleksi dan mengambil shot terbaik.
Fungsi One-Tap Share yang mudah digunakan membolehkan anda menikmati sambungan yang telus ketika menggunakan HUAWEI P40 PRO+ dan HUAWEI MateBook.
Anda juga mudah untuk memindahkan foto, video malah dokumen antara kedua perkakasan ini. HUAWEI P40 PRO+ juga boleh digunakan pada HUAWEI Matepad Pro5G.
Terdapat juga Multi-Device Control panel untuk mengawal pelbagai peranti yang sedang anda gunakan. Malah, ia juga mempunyai kawalan pintar yang membolehkan anda menikmati fungsi setiap peranti dengan lebih baik.
Misalnya, pengguna yang sedang mendengar HUAWEI Music dan berhampirannya ada HUAWEI Sound X, Multi-Device Control Panel akan memberi cadangan penggunaan audio pembesar suara pintar untuk kesan bunyi yang lebih berkualiti. Anda juga boleh mengawal HUAWEI Sound X dengan telefon pintar anda dengan hanya satu sentuhan. Mudah bukan!
HUAWEI MeeTime, aplikasi panggilan video yang dilengkapi dengan 1080 Full HD. Ia membolehkan setiap pengguna HUAWEI menikmati panggilan video dengan kualiti paparan gambar video yang jelas dan terang.
HUAWEI P40 PRO+ telah tersedia dengan Petal Search yang membolehkan anda mendapatkan dan memuat turun sebarang aplikasi di telefon pintar. Mudahlah untuk anda merasai sendiri pengalaman terbaik menggunakan peranti HUAWEI.
Sebut saja aplikasi yang sentiasa anda gunakan Maybank2u, Shoppe, WhatsApp, WeChat, Facebook dan banyak lagi, semua ini boleh diperoleh dengan mudah di Widget Petal Search.
Gunakan Petal Search Widget – Find Apps dalam telefon pintar Siri P40 anda. Klik Find Apps pada homescreen untuk mula.
Aplikasi Petal Search Widget akan paparkan senarai aplikasi popular pilihan untuk anda muat turun. Taip saja aplikasi yang anda kehendaki pada butang carian.
Berdasarkan carian anda, senarai aplikasi paling relevan akan tersenarai pada Petal Search Widget – Find Apps. Seterusnya, muat turun dari HUAWEI AppGallery, boleh juga install aplikasi dari link rasmi, jadikan versi web atau install aplikasi dari penstoran lain.
Ini adalah 3 sebab utama mengapa HUAWEI P40 PRO+ adalah salah satu peranti pilihan terbaik anda. Dengan adanya One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya mudah.
Sudah tentu sebagai ibu, dirinya merasa terkilan tidak dapat bercakap dengan anaknya buat kali terakhir. Guru dan rakan arwah Nur Aqilah juga turut terasa kehilangan Nur Aqilah.
Menurut ibunya, Nur Atiqah, mereka kerap berhubung melalui telefon dan pada malam kejadian, arwah Nur Aqilah tidur awal jadi ibu ini tidak sempat mendengar suara anaknya buat selamanya.
Sudahlah sepanjang PKP, ibu dan anak ini tidak dapat berjumpa kerana mereka tinggal berasingan. Biar pun berat, ibu muda ini redha dengan ketentuan Allah.
“Sejak dua hari lalu, anak begitu teruja hendak ke sekolah setelah hampir lima bulan bercuti tetapi tidak menyangka kegembiraannya berakhir tragedi pilu.” Demikian luahan Nur Atiqah Saadin, ibu kepada Nur Aqilah Husna.
Nur Atiqah ketika ditemui menjelaskan dia merasa terkilan kerana tidak dapat bercakap dengan arwah anaknya ketika menghubungi bekas suaminya, Amirul, tiga hari lalu.
Menurutnya, sejak bercerai dengan Amirul, Nur Aqilah dan adiknya, Mohd. Ammar Darwish, 4, tinggal bersama bekas suami dan kali terakhir mereka bertemu ialah pada awal Mac lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
“Saya tinggal di Tampin, Negeri Sembilan, namun hampir setiap hari kami berhubung melalui telefon. Bagaimanapun, pada malam kejadian, saya tidak sempat bercakap dengan arwah yang tidur awal kerana kerana terlalu teruja untuk ke sekolah.
“Saya terkilan kerana tidak dapat bercakap dengan arwah malam tadi tetapi reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di Hospital Alor Gajah dan Nur Atiqah memberitahu, anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beringin.
Arwah seorang murid yang baik, disenangi guru dan rakan menyebabkan kehilangannya amat dirasai,” kata guru Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana, Azmirah Abd Aziz, 45.
Guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) itu merujuk keperibadian Nur Aqilah Husna Abdullah, 9, murid Tahun 3 sekolah berkenaan yang meninggal dunia selepas motosikal dinaiki terperosok ke bawah lori dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Panchor M17 Kampung Panchor, Durian Tunggal kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, Nur Aqilah yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal ditunggang bapanya, Amirul Hussaini Muhammad, 33, maut serta-merta di lokasi kejadian.
Mengulas lanjut Azmirah berkata, walaupun bukan guru kelasnya, dia mengenali sifat arwah kerana telah mengajarnya sejak tahun lalu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
“Walaupun agak pendiam, arwah akan bertanya pada guru jika tidak memahami sesuatu subjek dan mempunyai ramai kawan.
“Saya pasti sangat merasai kehilangannya kerana dia duduk betul-betul di hadapan meja guru di dalam kelas,” katanya sebak.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit Melana, Ir Fairullizam Isahak berkata, pihaknya telah melancarkan kutipan derma kilat untuk mengurangkan beban ditanggung keluarga arwah.
“Kami harap sumbangan ini dapatlah membantu mengurangkan perbelanjaan bapa arwah yang cedera dan mungkin tidak dapat bekerja sehingga dia benar-benar pulih,” katanya.
Dalam kejadian semalam, nahas dilaporkan berlaku apabila pemandu sebuah Proton Wira dalam perjalanan dari Pantai Belimbing menghala ke Melaka Pindah hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan.
Kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun itu kemudian merempuh Toyota Alphard yang dipandu guru lelaki berusia 47 tahun dan sebuah lori yang berada di laluan sama.
Lori itu kemudian terbabas sebelum menghimpit motosikal Honda EX5 ditunggang Amirul Hussaini bersama anaknya yang berada di sebelah kenderaan berat itu.
Dalam masa yang sama melalui satu perkongsian di instagram MW, bekas guru yang pernah mengajar Nur Aqilah tidak menyangka mangsa yang terlibat dalam kemalangan pada pagi itu adalah bekas muridnya. Pada hari kejadian, dia melalui kawasan kemalangan dan tidak tahu bahawa ada mayat muridnya di bawah lori.
MW: Bukan mudah menerima kehilangan anak dalam sekelip mata apatah lagi di saat menghitung hari untuk berjumpa dengan anak kesayangan setelah sekian lama tidak bertentang mata. MW sekali lagi mendoakan ibu kepada arwah Nur Aqilah Husna dikurniakan ketabahan, kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.
Seorang wanita di India meninggal dunia akibat komplikasi selepas bersalin di rumah dengan bantuan suaminya yang dipercayai mengikuti panduan video YouTube.