Rata-rata wanita suka dengan emas sampaikan sanggup menyimpan untuk mendapatkan barang kemas yang diinginkan. Namun tak semua wanita minat untuk mengumpul barang kemas.

Sebab itu, jangan pelik, bila kita tengok ada mak-mak mahu pun wanita yang tak ada langsung memakai barang kemas di anggota badan. Bukan bermakna, dia tak ada tapi tak semua wanita suka untuk memakainya.

Ada sesetengah mak-mak yang mengatakan dengan jadikan emasa sebagai simpanan, ia membantu untuk waktu-waktu terdesak. Walau bagaimanapun, janganlah sampai untuk membeli pun sampai terpaksa mengikat perut.

Pun begitu, tak semua wanita yang tak minat beli emas tidak ada simpanan lain, mereka pun ada cara tersendiri untuk menyimpan. Kadang-kadang, emas jugalah boleh membuatkan hubungan suami isteri porak peranda.

Inilah yang dikongsikan oleh Suffiyah Ramadhani pendapatnya tentang emas yang dikatakan menjadi kegilaan mak-mak sekarang ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rahsia Orang BANYAK EMAS, Beli Masa Ada Duit Bukannya Tunggu HARGA TURUN

Tip Penting Simpanan Barang Kemas Di Ar-Rahnu, Siap Boleh Upgrade Lebih Berat Lagi

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Tak Semua Wanita Beli Emas Untuk Simpanan

Kalau pasal emas, janganlah bergaduh. Tak kiralah trend atau bukan, emas tak patut jadi punca penceraian bila suami tak mahu turutkan.

Zaman sekarang ni berpusu-pusu orang ramai membeli emas. Rata-rata mengatakan, sebab emas boleh jadi simpanan masa hadapan. Lalu, berbondong-bondonglah semua ke kedai emas membeli seutas dua perhiasan sebagai ‘savings’ di waktu susah.

Cuma, recently terbaca seorang influencer menulis tentang rumah tangga yang berantakan kerana suami tak izinkan si isteri beli emas. Diherdik dan dimarah, menurut isterinya yang bercerita.

Di satu sisi, emas itu sangat berharga sebagai simpanan. Tapi cara masyarakat kita memandang lekeh mereka yang tak mahu menyimpan emas ni, mestilah diubah.

Seolah-olah semua orang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang sama. Dan jikapun mereka ini berduit, ada orang suka memiliki dan menyimpan wang tunai berbanding emas. Ini tetap bergantung pada minat masing-masing.

IKLAN

Dan seorang isteri, usahlah membentak-bentak suami membeli emas untuk simpanan.

Isteri Jangan Meminta-minta

Sejujurnya, suami kita kadang tak bercerita segala bebanan masalah yang dia tanggung kepada kita.

Lelaki lebih banyak memendam rasa. Jadi perempuan, janganlah sampai meminta-minta atas tiket ’emas itu simpanan’. Tambahan lagi bila suami sahaja yang mencari nafkah dan semua belanja bergantung kepada dia. Bila suami terbeban dan tertekan akan timbul permasalahan emosi pula.

Emas tak jadi simpanan bila dah mula ganggu perbelanjaan bulanan dan bukan simpanan bila kita ikat perut semata-mata nak mendapatkannya. Malah, emas bukan simpanan, bila suami rungsing dan risau andai tak dibeli mengamuk pulak isterinya nanti sebab trend menjadi-jadi.

Bahkan emas bukan simpanan, bila bermasam muka dan jadi bergaduh suami isteri. Itu bebanan namanya.

IKLAN

Guna Lebihan Wang

Simpanan itu, adalah sebahagian dari ‘lebihan wang’ bulanan, atau sebahagian dari gaji yang diletak khas sebagai kegunaan masa depan. Jadi, bila gaji suami atau gaji kita ini cukup-cukup makan, lupakanlah emas sebagai simpanan.

Pasti akan ada golongan yang menjual emas, yang akan membangkang penyataan ini. Bagi mereka, yang penting emas terjual. Ini memang hakikat. Sebenarnya, kita yang menjual hanya boleh beri kesedaran tapi wajarkah kita meracun masyarakat, jika tak ada emas maka tak ada nilai?

Ada yang lebih bongkak dan sombong, bila orang kata tak minat emas, ditemplak sebagai tak berduit. Malu la tu sebab tak blh beli emas, kata tak minat – makcik bawang.

Bukan semua minat emas. Jadi biarlah mereka urus kewangan mereka. Dan para isteri, kalau benar suami tak redha, emas yang mahal pun akan hilang harga, di sisi Tuhan tak ada nilainya. Muhasabah diri.

MW: Betul tu, belilah ikut kemampuan dan guna lebihan duit, Jangan sampai suami isteri bergaduh semata-mata untuk jadikan emas sebagai simpanan. Bahaya.

Sumber: Suffiyah Ramadhani

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI