Emas Kalau kita tengok di mana-mana kedai emas, memang penuh dan beratur panjang yang nak membeli emas. Apatah lagi bila dengar harga turun, berduyun-duyun mak ke kedai dan tengok mana yang berkenan di hati.

Namun, ada juga yang rasa tidak puas hati, bukan apa, saban hari dengar harga turun dan mulalah risau takut rugi pula beli masa itu. Sedangkan tiap-tiap hari dengar harga emas turun. Kalau dibeli sekarang, nanti esok lagi murah. Rugi pula.

Sebenarnya, mak-mak tak perlu rasa rugi atau takut, bila dengar hari ini harganya turun terus beli, lepas itu menyesal bila dengar esoknya turun lagi.

Perkongsian daripada Nur Zulaikha ini ada benarnya. Tak perlu takut harga makin turun, boleh saja beli sebab rahsia orang banyak emas bukan hanya tunggu harga turun tapi belilah secara konsisten bila ada duit.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Penting Simpanan Barang Kemas Di Ar-Rahnu, Siap Boleh Upgrade Lebih Berat Lagi

Nak Beli Emas Gunalah Wang Lebihan Bukan Duit Komitmen Bulanan, Kena Tahu, Faham

Info Lebih Menarik DI SINI

Harga Turun, Rugi Tak Beli

Ada orang bertanyakan tentang hal ini terutamanya bila dengar nilai emas tiap-tiap hari turun.

“Saya nak beli emas tapi takut harga turun lagi. Macam mana ya?

IKLAN

Jawapan:

Bagi saya, kembali kepada asas. Beli emas masa ada duit, bukan tunggu harga turun. Turun naik harga ni kita pun tak tahu.

Macam hidup kita jugalah, masa terbaik yang kita ada adalah hari ini. Esok belum pasti.

Harga emas 999.9 RM243 per gram hari ini – INI PASTI.

Malah, emas turun lagi ke paras RM200 per gram – INI BELUM PASTI!

Selain itu, kita ada konsep pemurataan harga.

IKLAN

Jumlah dibayar / jumlah gram yang kita ada = harga purata kita.

Kita juga boleh leverage atau rendahkan risiko dengan beli sedikit demi sedikit.

Jika nak beli 100 gram, boleh beli 20 gram dulu, dua hari lagi, beli 20 gram, lepas tu 20 gram lagi. Sampai cukup 100 gram.

Jika nak beli 1000 gram, boleh beli 100 gram dulu, esok beli lagi 100 gram dan seterusnya.

Ini untuk orang yang takut nak ambil risiko besar, jika beli 1000 gram terus.

Rahsia Orang Banyak Emas

Buat beginilah.
Setakat yang saya temui, orang yang ada banyak emas, rahsianya adalah mereka bermula dan mereka konsisten.

IKLAN

Tak ada rahsia lain!
Hidup kita pun ada risiko, selalu penuh dengan risiko. Nak berjalan masuk bilik air pun ada risiko. Bila nak turun tangga ada risiko. Nak bawa kereta pun ada risiko dan nak pergi kerja ada risiko.

Jika asyik nak fikir risiko, kita takkan ke mana-mana.

Ambillah risiko yang kita boleh tanggung, setakat kita mampu tanggung. Bukanlah percaturan berjuta ringgit. Ini juga bukan perjudian nasib.

Emas fizikal ini kita kena tahu, jika harga turun sekali pun emasnya di tangan kita dan GRAM kita sedikit pun tidak berkurang!

#AspirasiEmas
#CeritaEmasKaklong

MW: Betul tu, kala utak nak risiko, belilah sedikit, sedikit dulu. Lama-lama jadilah banyak.

Sumber: Nur Zulaikha

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI