Bila harga emas turun, berduyun-duyun mak ke kedai emas untuk membeli apa yang berkenan di hati. Kononnya, inilah masa sesuai untuk membeli. Sampaikan ada yang sanggup gunakan duit komitmen bulanan semata-mata tidak mahu terlepas dengan tawaran itu.

Tanpa sedar, bila sudah guna duit komitmen bulanan, inilah yang menjadi punca mak-mak bergolok gadai pula, kadang-kadang boleh ‘sesak’ pertengahan bulan itu.

Tak perlu tergesa-gesa mak sekalian. Jangan kerana harga emas turun, mak-mak sanggup bersesak untuk membelinya. Memang, perempuan tak dapat dipisahkan dengan emas. Tapi, kita kena fikir, ada juga tak sesuai untuk beli emas.

Perkongsian daripada Nur Zulaikha ini boleh membantu mak-mak dan memastikan kita faham dan tahu sebelum ingin membeli emas. Malah, tak semestinya emas yang perlu dibeli sebab kita boleh juga menabung emas dalam bentuk lain.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Nak HADIAH, Mintalah BILA-BILA Ikut Kemampuan Suami, Tak Perlu Tunggu Ulangtahun

‘Hadiahkan Emas’, Tanda Kasih Suami Hargai Pengorbanan Isteri, Pasti Rezeki Mencurah-Curah

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Komitmen Bulan Perlu Dahulukan

Walaupun emas produk yang sangat bagus, malah disebut dalam al-Quran, tetaplah emas bukan untuk semua orang.

Benar, kita nak bantu ramai orang miliki emas, tapi bukan semua orang!

Ada yang tak sesuai beli emas.

Paling penting kena tahu dan kena faham.

IKLAN
1) Beli emas dengan duit yang ada (duit lebihan), bukan duit yang nak makan atau nak bayar komitmen rumah dan kereta. Jika kewangan tengah sesak, saya pun tak bagi beli emas.
2) Konsep kita adalah SIMPANAN EMAS FIZIKAL untuk jangka masa panjang. Bukan beli hari ini, nak jual balik esok.
3) Emas ada naik dan turun. Orang paling pakar dalam dunia ini pun tak dapat nak predict harga emas secara tepat. Ilmu manusia tetaplah terbatas. Hakikatnya Allah saja yang tahu.
4) Emas tak ada dividen.
5) Ia juga tak beranak. Simpan emas 10g selama 10 tahun tetaplah 10 gram.
6) Keuntungan emas hanyalah dari kenaikan harga emas, in term of mata wang ringgit sebagai ukuran yang kita gunakan hari ini. Umpamanya, tahun 2000 harga emas RM40 segram. Sekarang RM270 segram.
7) Emas fizikal di tangan kita takkan sama dengan akaun emas tanpa emas dan skim pelaburan emas.

 

Beli Emas, Siapa Yang Sesuai

Jadi siapa yang tak sesuai beli emas?

1) Mereka yang tak punya lebihan atapun “defisit” dari segi kewangan untuk masa dan ketika sekarang ini. Esok lain cerita.
2) Ada juga mereka yang harapkan dividen.
3) Sesetengah yang beli kerana nak kaya cepat.
4) Mereka yang tak faham asas simpanan emas dan tak faham emas ada naik turun.
5) Jangan asyik nak bandingkan emas dengan saham, emas dengan ASB, emas dengan hartanah. Semua instrument ada kelebihan masing-masing. Emas ada peranan dia sendiri. Don’t put all eggs in a basket, kan?
6) Mereka yang taknak bayar zakat emas. Kot la simpan emas terkaya pulak, ada 5 kilo emas nanti tapi tak nak bayar zakat emas. Ini pun jangan simpan emas kalau takut kena bayar zakat emas. Hakikatnya simpan duit pun ada zakat wang simpanan (jika cukup haul dan nisab).

Zakat adalah kemuliaan. Bila kena bayar zakat maknanya kita “kaya”.

Benar kata guru saya, EMAS MEMILIH TUANNYA.

IKLAN

Bagi saya pun, emas hanya untuk orang yang sabar.

Kita boleh berusaha jika kita benar-benar mahu dan Allah akan bantu kita

#AspirasiEmas
#PublicGoldKotaBharu
#CeritaEmasKaklong

MW: Betul emas ini ada gunanya lebih-lebih lagi bila kita nak gunakan bila terdesak. Tapi jangan pula kita terdesak guna wang yang sepatutnya untuk bayaran komitmen yang wajib setiap bulan. Haru biru.

Sumber: Nur Zulaikha

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI