Sumber/Sumber Foto: Instagram Hanis Zalikha

Hanis Zalikha berhadapan dengan detik cemas apabila anak keduanya, Alisa Aisyah tiba-tiba mengadu kesakitan di bahagian hidung.

Bercerita pengalaman yang cukup mengejutkan itu, Hanis menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya berkongsi tentang kejadian tersebut.

Hanis Zalikha Kongsi Detik Cemas Alisa Mengadu Sakit, Rupanya Putik Bunga Dalam Hidung

Sebagai ibu bapa pengalaman seperti ini sememangnya akan berlaku. Kejadian, apabila anak memasukkan benda ke dalam hidung. Nampak macam mudah tetapi teramatlah bahaya.

Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.

Hanis Zalikha Kongsi Detik Cemas Alisa Mengadu Sakit, Rupanya Putik Bunga Dalam Hidung

Hanis Zalikha Kongsi Detik Cemas, Alisa Mengadu Sakit Hidung

Pelakon yang juga isteri kepada Hairul Azreen ini menyatakan Alisa Aisyah yang mengadu sakit hidung akibat memasukkan putik bunga ke dalam hidungnya.

Kejadian itu berlaku ketika dia dan anaknya yang berusia dua tahun itu membuka bungkusan hadiah.

Hanis Zalikha Kongsi Detik Cemas Alisa Mengadu Sakit, Rupanya Putik Bunga Dalam Hidung

IKLAN

“Cerita hari tu. masa tengah buka bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung dan kata sakit sakit!

“Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu.

“Menjerit Mommy, ‘Alisa did you put this in your nose?’.

“Dia pun menjerit jugak “I am sorry mommy’.

“Tiba-tiba cakap maaf ni, betul lah tu,” kongsi Hanis.

Hanis Zalikha Kongsi Detik Cemas Alisa Mengadu Sakit, Rupanya Putik Bunga Dalam Hidung Hanis Zalikha Kongsi Detik Cemas Alisa Mengadu Sakit, Rupanya Putik Bunga Dalam Hidung

IKLAN

Gunakan Skop Kamera

Terang pelakon wanita itu lagi, pada awalnya dia tidak dapat nampak apa-apa dalam hidung Alisa ketika memeriksanya dengan mata kasar, bagaimanapun sebaliknya apabila menggunakan skop kamera milik suaminya, Hairul Azreen.

“Periksa mata kasar memang clear saja lubang hidung dia tu.

“Nasib baik daddy rajin beli gajet-gajet untuk periksa telingalah apalah.

“Berguna time cemas.

“Terus ke unit kecemasan dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor,” sambungnya.

IKLAN

Pasangan suami isteri ini rasa bersyukur apabila semuanya selamat dan Alisa kembali pulih.

Baca Disini Juga:

Rezeki Ramadan, Hanis Zalikha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Alisa Aisyah

Alisa Naik Ruam Pipi Hanis Zalikha Kongsi Tip Ini, Boleh Manfaatkan Kalau Serasi

Alisa Naik Ruam Pipi Hanis Zalikha Kongsi Tip Ini, Boleh Manfaatkan Kalau Serasi

Hanis Zalikha Kongsi Detik Cemas Alisa Mengadu Sakit, Rupanya Putik Bunga Dalam Hidung

Sumber/Sumber Foto: Instagram Hanis Zalikha

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI