Masuk Tahun Baru, Fazura Fattah Kongsi Wajah Anak, Nur Fatima Aisya

Memasuki tahun baru 2021, akhirnya pasangan suami isteri pelakon ini Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi wajah anak perempuan sulungnya, Nur Fatima Aisya di media sosial, instagram masing-masing.

Lebih dua bulan juga para peminatnya ternanti-nanti akan wajah Fatima.

Sehinggakan sebelumnya, peminatnya tetap bersyukur walaupun ketika itu Fazura sekadar berkongsi foto sipi-sipi wajah Fatima. Nampak kaki dan tangan saja pun dah buat hati para peminatnya seronok.

Happy New Year 2021! Lots of Love.. Fattah, Fazura and Fatima.” Ucap Fazura sempena tahun baru 2021.

Masuk Tahun Baru, Fazura Fattah Kongsi WAJAH Anak, Nur Fatima Aisya

Akhirnya, inilah wajah Fatima yang begitu dinantikan para peminatnya. Sebelumnya, Fazura memaklumkan yang keputusan tidak berkongsi foto Fatima adalah pilihan yang dibuat oleh mereka berdua.

Bagaimanapun, bersedia untuk mendedahkan wajah Fatima untuk tatapan umum ketika usia Fatima masuk 2 bulan. Dan akhirnya, mereka berdua menunaikan janji itu.

IKLAN

Usia Nur Fatima 2 bulan, rancang kongsi wajah anak. InsyaAllah tidak lama lagi – Fattah

“Me and my mini me..” – Fazura

Masuk Tahun Baru, Fazura Fattah Kongsi WAJAH Anak, Nur Fatima Aisya

Ramai yang memuji wajah comel Fatima.. “MasyaAllah.. beautiful family.” Antara titipan balas yang dikongsikan rakan-rakan artis Lisa Surihani dan Diana Danielle.

Gambar terkini, Fazura mengenakan busana gaun sedondon dengan anak perempuannya itu. Fatima comel memakai pelilit kepala putih berenda.

Me and my mini me.” kongsi pelakon ini dalam foto berdua mendakap Fatima.

IKLAN

Wajah Anak.. Mix Daddy And Mommy..

Masuk Tahun Baru, Fazura Fattah Kongsi WAJAH Anak, Nur Fatima Aisya

Daripada maklumbalas beberapa netizen, memaklumkan wajah Fatima gabungan ibu dan ayahnya. “Nak.. wajahmu mix daddy and mommy. Terus bahagia kalian bertiga sampai ke syurga.”

Gambar berdua Fattah dan Fatima juga mendapat reaksi yang menggembirakan followernya. Fatima kelihatan terlena dalam dakapan ayahnya.

Tulis Fattah, “Fatima and daddy.” Rata-rata terpesona dengan wajah Fatima yang kelihatan manja dengan ayahnya itu.

IKLAN

Masuk Tahun Baru, Fazura Fattah Kongsi WAJAH Anak, Nur Fatima Aisya

Sekitar Oktober lalu, Fazura selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan swasta. Dan pasangan ini, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Keduanya menjalinkan percintaan ketika sama-sama menjayakan drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Fazura hamil, kini kandungan berusia empat bulan.

Sumber/Foto : Fazura, Fattah Amin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI