Hampir empat jam lalu, selebriti Fazura membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan pertamanya. Khabar gembira itu dikongsikan Fazura di dalam instagramnya @missfazura dan diiringi dengan tiga keping gambar hitam putih dirinya yang terkini disamping suami, Fattah Amin.
Pasangan romantis ini akhirnya mengumumkan khabar gembira yang dinanti-nantikan peminat mereka selama ini.
Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife
Ads
Ads
Ads
MW dan team redaksi mengucapkan tahniah buat Fazura dan Fattah Amin atas khabar gembira ini. Semoga tempoh PKP yang ada ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan berehat sambil memberi tumpuan kepada perkembangan kehamilan pertama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terbaru Kementerian Kesihatan mengesan kluster baru wabak Covid-19 di Sarawak yang berpunca dari rakyat Malaysia melancong ke Itali, sehinggakan lima mangsa meninggal dunia.
Bermakna, kes yang diimport dari luar negara oleh rakyat tempatan, kemudian menular di dalam negara. Sebab itulah, pentingnya untuk kuarantin diri di rumah selama 14 hari. Dalam masa yang sama, buat ujian saringan Covid-19.
Biar pun anda tidak alami simptom-simptom Covid-19, hakikatnya anda baru pulang dari negara berisiko seperti Itali, China, Korea Selatan malah Jepun. Sebab, 30 peratus orang yang dijangkiti tiada gejala langsung. Ini kajian yang kata.
Bagi pelakon Ummi Nazeera yang pernah membuat perjalanan ke luar negara, beliau mengambil pendekatan berjaga-jaga dan lebih selamat. Bukan saja kuarantin diri di rumah, malah melakukan ujian saringan Covid-19.
Malah, menyarankan agar rakyat Malaysia yang pernah membuat perjalanan ke luar negara, turut membuat ujian saringan di mana-mana pusat perubatan swasta yang menawarkan khidmat tersebut.
“Syukur Alhamdulillah.. The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni.. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni.
“Walaupun KKM suruh quarantine sahaja. Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi untuk buat confirmation test ni. Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya. Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap!
Pada masa yang sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yang tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan.
Stay safe everyone !! #StayAtHome #HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yang bertanya.
Tambah Ummi Nazeera lagi, di fasiliti kerajaan, test hanya akan dibuat (free) jika memenuhi kriteria. Kalau tak memenuhi kriteria dan ingin buat test juga, buat di private (duit sendiri). Range harga RM550-700.
MW : Diharapkan anda yang pernah melakukan perjalanan ke negara berisiko berkatalah dengan jujur dengan frontliners semasa membuat ujian saringan. Penting! untuk anda patuh agar anda tidak mewujudkan satu lagi kluster baru Covid-19.
Dua tiga hari ni, perkakasan elektrik pelbagai guna Thermomix berlegar-legar di media sosial. Dikatakan boleh memasak sehingga 50 ribu resipi dan mempunyai 20 fungsi tersendiri. Punyalah hebat, sehinggakan ramai yang berangan dan bercita-cita untuk memiliki Thermomix di dapur rumah sendiri walaupun harganya boleh tahan juga mahalnya.
Namun demikian dalam keadaan ekonomi sekarang, sebelum berhasrat meneruskan untuk membeli Thermomix ini ada baiknya, hadam betul-betul perkongsian daripada Puan Mona Din ini sebagai rujukan.
Benda ni tengah viral sekarang, sakan dok melintas dan lalu lalang di media sosial, kan? Asbab curious, saya pun ambil masa, google tengok, study function, tengok harga, baca komen-komen semua.
Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik dan sisters semua;
Dalam keseronokan kita meminati produk terbaru di pasaran, dalam keghairahan kita suka mengikut apa orang puji bagus kita pun nak juga ada,dalam kecintaan kita kepada peralatan terbaru dapur, konon untuk menambah senang kita memasak, saya dengan niat yang baik,tidak ada sebarang hasad dengki, tidak ada langsung rasa irihati, tidak juga seorang yang anti teknologi, ingin memberi pandangan dan menasihatkn dengan tulus ikhlas.
Tak payahlah beli dulu,tiada kepentingan pun sangat produk sebegitu..!
Kalau ia tiada di dapur kita pun, Insha Allah apa jua resepi yang ia boleh lakukan, periuk belanga biasa kita di rumah pun mampu, melaksana sepertinya jua.
Sungguh, saya cuma mahu mengingatkan,sekarang bukan masa yang sesuai,
untuk bermewah,untuk berseronok, untuk bermimpi indah.Dunia sekarang sedang tenat.Kita sedang di uji oleh virus corona yang maha dahsyat.
Akibatnya, seluruh dunia bukan hanya kehilangan nyawa, tetapi juga semua sektor pekerjaan sedang menderita. Ekonomi sedang merudum, merudum, merudum dan terus merudum. Di mana-mana saja, diseluruh dunia.
Tiada siapa mampu meneka,bilakah malapetaka ini akan berlalu. Entah di mana penghujungnya, tiada siapa yang tahu.
Oleh itu,jika pun kita sangat bernasib baik masih punya wang sekarang, berjimatlah! Jika pun kita sangat beruntung masih punya kerja sekarang, beringatlah!
Kita tidak akan boleh menjangka apa yang coronavirus ini mampu hancurkan,kepada kita, kepada karier,kepada negara, kepada dunia..!
Berjimatlah.Simpanlah sebaik mungkin wang yang ada, untuk makanan, untuk keperluan asas yang lebih penting.
Tiada gunanya ada Thermomix yang canggih, andai mungkin satu hari nanti,
kita akan kepupusan stok dan bahan masakan untuk di guna, bersamanya.
Jangan terikut oleh trend.Jangan terlalai oleh periklanan.Di musim tragedi pedih coronavirus ini, jangan lagi kita bermimpi di siang hari.
Berjimatlah, bersederhanalah, hidup lah dulu dengan apa yang kita ada,
Se adanya.
Lupakan dulu Thermomix ini, buat sementara atau mungkin elok juga seperti ada yang kata, bagus jika dapat dilupakan terus untuk selamanya…!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang berhasrat nak beli Thermomix viral ni, fikirkanlah sebaiknya. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita kena lebih berjimat dan bersedia. Gunakanlah periuk belanga sedia ada di dapur rumah kita. Paling penting, walau secanggih mana pun gajet dapur yang kita guna, yang paling berharga adalah ‘Air Tangan dan Kasih Sayang’ kita buat keluarga.
Biarpun kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor industri perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula dengan bersyarat, namun pemilik The Groomerz Barbershop ini memilih untuk tidak membuka premis perniagaannya sehingga PKP berakhir.
Pengarah Urusannya, Roslan Mohamadmelihat 6 faktor bahaya yang menjurus kepada penularan Covid-19 sekiranya meneruskan operasi seperti biasa. Tentulah beliau sendiri tidak mahu mempertaruhkan nyawa 50 orang pekerjanya.
Masa kerajaan umum barbershop adalah industri yang dapat izin untuk buka saya la insan paling melompat gembira sekali.
Saya pengarah urusan kepada 7 rangkaian The Groomerz Barbershop dengan 50 Barber dan kakitangan pengurusan di bawah saya.
Tapi bila fikir dalam-dalam, saya putuskan untuk tak buka Barbershop saya tu sebab :
Rupanya dah ada kes barber meninggal sebab positif Covid 19 ni di Mississippi . Fuhh dibuatnya asbab saya buka Barbeshop saya ni dan ada barber yang meninggal. Tak boleh nak bayang tu. Seram!
Walaupun barbershop kami luas, rasanya tak jamin nak duduk jarak 1 meter. Satu lagi, mustahil jugak tu nak jaga jarak sebab nak gunting rambut orang ni perlukan ‘physical contact’
sebab ada je yang positif tapi takde simptom. Memang dah ada kajian ada je Carrier ataupun pembawa Covid 19 ni yang nampak sihat takdak simptom tapi badan penuh virus Covid.
Haaa kalau bab ni, saya macam tak jamin barber boleh bertindak macam kat klinik.
Dengan tambahan kos untuk penyediaan peralatan tu semua, dengan masa operasi yang dihadkan. Memang tak berbaloi tuan puan.
Customer pun kebiasaannya nak cepat.
Saya baca semua komen netizen. Beribu komen. Yang paling win ialah… “boleh buka tapi siapkan kain kapan ya, eh dia tak pakai kain kapan tau, dia pakai bungkus plastik putih je kalau nak kuburkan pesakit covid ni…”
Fuhh terkedu saya.
Saya bayangkan anak isteri dan keluarga barber.
Mungkin juga anak isteri customer.
Mungkin juga anak isteri saya. Nauzubillah
Biarlah saya rugi ratusan ringgit sehari pun demi nyawa seluruh rakyat Malaysia.
MW : Rakyat Malaysia sudah pun memasuki fasa 3 PKP, sudah alang-alang berperang #DudukRumah biarlah menang bersama-sama barisan frontliners yang tak sesekali berputus asa. Elak tersungkur sebelum waktunya. Kerana rantaian Covid-19 ini haruslah diputuskan.
Sumber/Foto : Roslan Mohamad, Akem Ashaari Pemilik The Groomerz Barbershop
yang sayangkan Malaysia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!